Friday, March 14, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014

Assalamualaikum

Pada hari Rabu yang lalu, fakulti saya, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia ( FPPM ) telah mengadakan satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar bagi meraikan pelajar-pelajar fakulti yang memperolehi PNGS 3.75 dan ke atas pada semester 1 dan semester 2 tahun lalu. Alhamdulillah rezeki. Dapatlah merasa naik pentas ambik anugerah dekan.


Siap ponteng kelas English semata nak ambil sijil nie. Kemain excited. Minggu depan tak tahulah nak jawab apa dekat Dr. M. Pandai-pandailah aku goreng nanti. Bukan aku ponteng sebab buat benda lagha. Ponteng bersebab kot. Hihi



Action je rupanya ambil sijil tu. Sijil kene pulangkan balik sebab itu sijil kosong. Nanti baru fakulti bagi sijil betul. Sijil betul tak siap lagi ditandatangan. Beriya posing macam terima sijil betul. Malang sekali, tak ada siapa yang aku boleh kerah untuk ambil gambar aku di atas pentas. Okay sedih sekejap.





Semester lepas merupakan semester yang sangat penat bagi aku sebab aku ambil 21 jam kredit dan itu tak termasuk subjek yang tak kira jam kredit lagi. Fuhh lecak ketiak mak nakkk masa tu. Alhamdulillah, aku berjaya tempuh semester itu dengan keputusan yang cemerlang.


20 comments:

  1. Wah, tahniah Zharif! Insya Allah, first class degree la nanti. Seronok tengok kawan-kawan dapat Dean's List. Siap ada majlis tak pun dinner. Dekat sini takde pun.

    Aku kat sini pun tengah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan Dean's List :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Farah =)
      takpe Farah, usaha tangga kejayaan. i know you can do it ! chaiyokk =D

      Delete
  2. good luck adik...
    belajar rajin2 tau..
    dah besar sok boleh jd manusia yg berguna.. =)

    all the best to u.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak zaza =) really appreciate it...

      Delete
  3. Assalamualaikum dik. alhamdullilah. takda gambar atas pentas pun takpe.. syukur. semoga teruskan usaha anda dan berjaya lagi ya. hehehe camping mana dik oi? adoiii jeles tau dah lama akak tak pergi jalan2 beriadah.. hihiiii selamat pagi, akak singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      camping dekat-dekat dengan UPSI je.. nanti lepas deliver baby akak boleh lah beriadah semula =D
      hihi thanx kak sheila ^^

      Delete
  4. Suka baca blog abg :D kahkah

    awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. Nk tnye sket nih bdk lepasan spm boleh apply tk course ni dkat upsi? Atau budak matrix je yg bleh apply? Dulu zarep pakai brace traditional or damon braces?
    Nape nk kena ambik 21 hours credit, cgpa zarep rendah ke? Hrp balas =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya course ini untuk degree je.. untuk diploma tiada... once u get ur dip / stpm / asasi / matrik atau sedarjat dengannya then u can apply this course.

      about the braces, xtau lah braces traditional tu apa and damon braces tu apa.

      cgpa rendah lagi lah tak boleh nak ambik lebih dari 18 jam kredit hours. cgpa rendah macam mana nak handle banyak subjek. sy ambik 21 jam kredit sem lepas sebab sem 1 saya ambik jam kredit kurang daripada yang ditetapkan since i'm still new with the university environment so i know nothing about it. and whatever subject they give, i took it without add more subjects on it. so sem 2 lah sy kene cover balik jam kredit yg sepatutnya saya ambik sem lepas. faham ? ke confuse.

      Delete
    2. Phm.. =)
      Thank u..

      Delete
  6. Salam, nak tanya?
    Ni coarse degree ap eh?
    Sebelum amik degree ni, amik ap?
    Sekian, (pls jawab, hihi)
    Sy budak baru lepasan spm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. rasanya dekat bio sy dah tulis.. and dekat caption gambar pon dh tulis ...

      tp xpe lah sy jawab. ini program Ijazah Sarjana Muda Psikologi.

      sebelum degree masuk matrikulasi.

      Delete
    2. owh, sorry x prasan lak, gelojoh sgt bace -,-
      btw, matrik dulu amik sains tulen or perakaunan?
      Susah tak matriks? (plss jawab nak tanya pendapat :D)

      Sekian, tQ beb!!

      Delete
    3. saya ambik sains hayat modul 1.
      Depends on people. Kalau rajin ia senang, kalau malas ia jadi susah =)

      Delete
  7. Haha.. Gmbr jnji last tu. Anyonyonyooo..

    ReplyDelete
  8. ade muka kitaaaaa! haha and the last part tu ehem :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini