Wednesday, February 26, 2020

Butik Haqqi Cawangan Bangi Kini di Bangi Sentral

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haqqi merupakan sebuah jenama pakaian yang aku kira sudah tidak asing lagi dalam persiapan kelengkapan haji dan umrah. Ia merupakan satu hub persiapan pakaian haji dan umrah dan sekaligus menawarkan pelabagai pilihan baju patuh syariah buat lelaki dan wanita. Terkini, butik Haqqi cawangan Bangi telah berpindah ke lokasi baharu. Ikuti butirannya !


Ya, Butik Haqqi cawangan Bangi telah berpindah ke kawasan Bangi Sentral. Lokasi yang cukup strategik kerana ia merupakan sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai butik-butik terkenal yang lain. Satu langkah yang cukup bijak menukarkan butik Haqqi cawangan Bangi ke sini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pengurus besar Haqqi, Dr Fitri Haris dan juga pihak dari Tabung Haji. Setakat hari ini, butik Haqqi telah memiliki 4 buah cawangan termasuklah di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan juga Bangi. 


Kerjasama Haqqi dan Tabung Haji merupakan satu kerjasama yang bagus dalam memperlengkapkan jemaah Haji dan Umrah untuk ke tanah suci. Ia sekaligus memastikan kelangsungan Haqqi sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah dan melebarkan sayap bukan sahaja pada pasaran tempatan malah untuk pasaran luar juga. Syabas buat Haqqi di atas pencapaian ini.



Bagi yang belum maklum, Dr Fitri Haris sebelum ini merupakan duta untuk jenama Haqqi selama setahun sebelum mengambil alih dan menjadi pengurus besar jenama Haqqi pada tahun ini. Beliau telah mendapat penajaan dari Haqqi sepanjang beliau terlibat dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV). Semenjak daripada itu, beliau cukup berminat untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi.


Dr Fitri Haris yakin, jenama Haqqi boleh pergi jauh kerana ia sering mendapat sokongan penuh selebriti tempatan dan juga agamawan yang namanya sudah tidak asing lagi dalam industri. Diharapkan dengan pertukaran kepimpinan ini dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea segar dapat dilahirkan oleh beliau. 



Raya semakin menghampiri. Oleh itu, ramai sudah mula mencari-cari dan membuat persiapan raya. Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk membeli-belah di butik Haqqi sewaktu kunjunganku ke sana. Sempena pembukaan butik Haqqi di sini, terdapat banyak promosi sedang berlangsung. Makanya ini adalah masa yang cukup baik untuk beli persiapan baju raya. 



Apa yang aku suka di Butik Haqqi ini ialah design baju melayu dan kurtanya yang moden dan terkini. Selain itu, pemilihan warna juga sangat pelbagai dan sekaligus membuat kita rambang mata untuk memilih. Pilih punya pilih, dapatlah sambar beberapa pasang kurta dan baju melayu.



Juga sekarang sedang berlangsungnya promosi di mana setiap pembelian RM250 dan keatas di dalam satu resit, berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik. Moh lah datang ke Butik Haqqi cawangan Bangi Sentral. Manalah tahu rezeki kita kan. 


Jangan tunggu dekat-dekat nak raya baru nak serbu. Takut warna, design dan saiz habis nanti. Plus, takut jammed je nanti kawasan Bangi nie. Maklumlah, bumi Bangi merupakan hub untuk pelbagai butik-butik terkenal. Musim perayaan memang selalu sesak dengan manusia. Kalau sanggup redah, boleh je.

Butik Haqqi Cawangan Bangi
3-43, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut :


13 comments:

  1. Sesuai sangat laa ni, dah nak masuk musim puasa dan raya ni, bolehlah siap sedia awal...kalau tak boleh keluar lagi, beli aje online kan, ada kan jual online...mudah dan senang...
    Nanti nak cari juga untuk suami dan anak bujang, sebab dah nampak color yang berkenan tu haaa

    ReplyDelete
  2. Butik Haqqi ni mmg cantik2 baju dia, nti dkt nk raya blhlah serbu tgk mana yg berkenan

    ReplyDelete
  3. nice. semoga dipermudahkan lagi urusan perniagaan since dah bertukar cawangan. Alhamdulillah, semoga membantu lebih ramai bakal-bakal haji, umrah :)

    ReplyDelete
  4. wahh dah makin banyak butik yang jual kelengkapan umrah sekarang ye

    ReplyDelete
  5. koleksinya nampak ekslusif, design pun cantik2. location memang stategik, suka shopping sini semua ada hehe

    ReplyDelete
  6. Wah! Bagus nyer Butik Haqqi dah ada cawangan yang x jauh dari kawasan rumah. Boley lah shopping raya Di sinie. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Sempat memborong ke tu? Rawlins pun suka mencari baju raya kat sini sebab dekat dengan rumah.
    Moga kita dapat berpuasa dan beraya dengan aman nanti kan

    ReplyDelete
  8. wah banyaknya dia borong. Dr Fitri tu cam gitu juga ya, tak tua2 pun,

    ReplyDelete
  9. Cantik la baju-baju kat butik Haqqi ni. Sesuai dengan kita nak masuk bulan Ramadhan dan nak raya tak lama ni untuk boleh la kita cuci-cuci mata sikit beli baju-baju yang cantik ni

    ReplyDelete
  10. Butik Haqqi cawangan Bangi tu dah berpindah ke Bangi Sentral? Elok sangat tu.. Lagi strategik dan senang pelanggan nak mai.. Hemm.. Lawa-lawa design baju melayu dan kurta nya.. Kalau dekat nak je carikan baju raya untuk hubby..

    ReplyDelete
  11. Thank you for sharing! Although Vee will never get to use them or wear them , but thanks for sharing still.
    God bless you brother. Will share with Kawan2 Islam if I have chance.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Butik Haqqi buka cawangan baru di BAngi Sentral. Senang lah orang bangi nak shopping Haqqi lepas ni :)

    ReplyDelete
  13. Memang setiap tahun Haqqi akan war war kan koleksi terbaru jenama nyer, nampak kemas and material pun kualiti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...