Assalamualaikum dan salam sejahtera
Restoran Royal Darbar, satu lagi restoran yang menyajikan makanan asli kaum India yang menarik perhatian aku dan sekaligus menjadi salah satu tempat yang aku akan kunjungi sekiranya teringin makan makanan asli masyarakat India.
Ikuti butirannya !
Restoran Royal Darbar yang terletak di Wisma Motor, Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR, merupakan sebuah restoran yang baru sahaja dibuka. Restoran ini berkonsepkan makanan asli India yang mana menu-menu yang terhidang di sini cukup sinonim dengan masyarakat India. Sekiranya anda teringin dan mencari makanan India yang HALAL, Restoran Royal Darbar lah yang anda kena kunjungi.
Dekorasi dalaman restoran ini sangat bercirikan kemewahan. Rona warna kuning, emas dan merah telah dipilih untuk menghiasi di setiap sudut restoran ini. Dan lebih menarik lagi, pengunjung dapat melihat kertas dinding dan gambar-gambar yang digantung di sini memaparkan kisah kehidupan beraja di era zaman dahulu kala. Berada di dalam restoran ini seolah-olah membawa pengunjung di era tersebut. Sangat nostalgik !
Mari kita teroka hidangan yang disajikan di sini pula. Restoran Royal Darbar menawarkan dua jenis pilihan. Pengunjung boleh memilih untuk hidangan buffet ataupun hidangan ala carte. Bersempena pembukaan restoran ini, terdapat promosi yang ditawarkan untuk hidangan buffet. Hidangan buffet ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan,
RM 24.99++ (Harga biasa : RM 35)
Masa : 11.30 AM - 2.45 PM
Mari kita tengok antara pilihan makanan untuk hidangan buffet,
Terdapat pelbagai pilihan makanan di bahagian buffet. Antaranya ialah Baingan Bharta, Mutton Rara, Chicken Kahori, Moong Dal Halwa, Fish Min Moile, Paneer Tikka, Hara Bara Kabab, Bahi Bhalla, Tandoori Tikka dan macam-macam lagi.
Pengunjung juga boleh memilih untuk menempah menu ala carte. Terdapat banyak hidangan ala carte yang dihidangkan di Restoran Royal Darbar ini. Untuk mereka yang tidak berapa sinonim dengan masakan India, kalian boleh baca deskripsi daripada menu tersebut. Hidangan di sini kebanyakkannya ditulis dengan nama aslinya iaitu dalam bahasa India. Oleh itu, pengunjung boleh baca huraian berkenaan sesuatu menu tersebut di dalam buku menu yang disediakan.
1. Mutton Gulati Kabab : RM 30.00 | 2. Tandoori Prawns : RM 45.00 3. Fish Afgani Tikka : RM 25.00 | 4. Chicken Tandoori : RM 25.00 |
1. Kheema Mutter : RM 25.00 | 2. Mutton Rogan Josh : RM 25.00 3. Chicken Rahra : RM 25.00 | 4. Rahra Meat : RM 25.00 |
Hidangan yang kami pilih pada ketika itu merupakan hidangan yang disarankan dan seringkali menjadi hidangan pilihan pengunjung yang datang untuk menikmati makanan di sini. Dan ternyata, tidak hairanlah mengapa hidangan-hidangan ini menjadi kegemaran orang ramai. Memang sedap dan mempunyai rasa yang cukup unik. Kaya dengan rempah ratus.
1. Chaat Papdi : RM 15.00 | 2. Prawn Briyani : RM 35.00 3. Garlic Paratha : RM 7.00 | 4. Meetha Paratha : RM 7.00 |
Roti Naan atau Paratha yang dihidangkan di sini masih dibakar menggunakan cara lama iaitu dengan menggunakan arang dan dibakar di dalam tempayan. Membakar dengan cara lama memberikan rasa dan aroma yang berbeza berbanding menggunakan cara moden. Oleh sebab itu, demi untuk mengekalkan rasa asli masakan roti ini, roti-roti di sini dibakar dengan cara lama. Jangan lupa untuk cuba roti naan atau paratha yang dihidangkan di sini.
Manakala untuk pilihan minuman pula, aku telah memilih untuk menikmati Manggo Lassi. Lassi merupakan minuman yogurt yang amat terkenal dalam kalangan masyarakat India. Semasa aku berada di negara India pada beberapa tahun yang lalu, Manggo Lassi merupakan minuman harian aku semasa di sana. Sangat creamy dan manis. Boleh minta untuk kurangkan manis sekiranya anda tak berapa minum minuman yang manis.
1. Manggo Lassi : RM 10.00 | 2. Pineapple Juice : RM 10.00 |
Tidak lengkap menikmati fine-dining tanpa mencuba hidangan pencuci mulutnya. Kami telah mencuba 4 jenis hidangan pencuci mulut di sini. Pencuci mulut kegemaranku sudah pastinya Sizzling Brownie. Sangat disarankan untuk mencuba !
1. Mango Kulfi : RM 10.00 | 2. Gulab Jamun : RM 10.00 3. Plain Kulfi : RM 10.00 | 4. Sizzling Brownie : RM 10.00 |
Nampak menggiurkan bukan ? Aku yakin, sekiranya kalian datang ke sini, pasti rambang mata dengan hidangan-hidangan yang ditawarkan. Jangan lupa untuk cuba semua ! Hihi
Senarai penuh menu-menu yang ditawarkan di sini, boleh lihat di pautan berikut : MENU ROYAL DARBAR
RESTORAN ROYAL DARBAR
Wisma Motor, 339, Jalan Tunku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
Tel : 010-4305797
Waktu beroperasi : 11.30 AM – 11.00 PM
Website : www.royaldarbar.net
Facebook : www.facebook.com/royaldarbarKL
Instagram : www.instagram.com/royaldarbarkl
roti naannnnn
ReplyDeletewow.. pelbagai menu yang menyelerakan la.
ReplyDeleteHarga pun tengok okay sangat.
Tak la terlalu mahal.
Berbaloi dengan sajian disediakan.
Dan yang best tu tengok suasana dalam restonan tu sungguh menenangkan je.
Baru rasa selesa nak menikmati makanan disediakan.
Ada nampak restiran ni bila g JLN TAR tapi xberanii nak masuk.. uiisshhh tengok foods dia mengancam sesangat dan interior restoran dia mewah.meny kebab tu mmg temptingggg
ReplyDeletePehhh, makanan India eh zharif. Nad tak pernah lagi pergi restoran India setakat ni. Kalau pergi pun memang blur taktau nak order apa. Tapi tengok harga dia macam affordable. Memang dia bukak tengahari kejap camtu je ke?
ReplyDeleteMenyelerakan semua menu yang ditawarkan.Dekat jalan tar ye?Celah mana tu ek?
ReplyDeleteMacam xpernah lalu lagi.Boleh la lepas ni Amni cuba kat situ pulak.Harga2 makanan kat sini pun nampak murah dan berbaloi.Yang penting brownues tu hahaha
eh murahnya! dah la suka makanan india. hehehe nanti nak tryh la datang sini mengancam betul
ReplyDeleteEh dekat sangat dah dengan kak ana ni. Lama dah teringin nak makan masakan india asli tp tak jumpa yang halal. Ni dah tau wajib ajak family makan sini. Harga pun murah sangat tu. Berbaloi dengan menu yang dihidangkan.
ReplyDeleteAmboi banyaknya makanan boleh habis ker tu hehehe tengok makanan India pun dah sama sedap dengan makanan Melayu. Paling best tu tengok yang dessert semua sedap-sedap belaka nak makan kat sana. Jom serbu nanti ajak kita tau kalau nak makan lagi hehehe ....
ReplyDeleteI long time tak jejak area ni. The restaurant look super 'kelas atas' and the food selection look superb. I will check this place if happen to be in this area.
ReplyDeletetempat mewah tetapi harga buffet hanya RM24.99? Fuhh tengok harga pun dah telan ailio..tp ok la, sesapa yang fan masakan India, wajib cuba ke sini lah kan
ReplyDeleteBestnya tempat ni. Teringat masa dekat India dulu. Makanan pun nmpk sedap. Kari die mesti sedap kan. Nak kesinilah nnti dgn family. Thanks share ya ☺️
ReplyDeleteya ampun nampak sedap2 semua makanan kat sini..tak pernah lagi try makanan india selain dari roti canai dan kari...bolehlah rekomen kat member saper nak pekena cuisine indian datang makan kat sini
ReplyDeletethe restaurant so grand and cantik. the food look so delicious. I must ask hubby bring me there makan. The name royal sure very good restaurant. :)
ReplyDeletepergh mewahjuga ye dekorasi dia..semua kuning je..tengok makana dia penuh..sedap je..sama macam mamak ke..hehee..Tengok dessert dia tu semua nampak sedap..air pineaplle apa rasa tu..alahai..rasa nak cuba pulak
ReplyDeleteThe food looks so good!!! Omg I must bring my hubby over since he loves Indian cuisine, can't wait to try this out.
ReplyDeleteAstaga. Menyesalnya buka blog dengan makanan nie. Terliur nie. Restorannya nampak sangat elegan dan mewah.
ReplyDeleteEh murahnya harga buffet kat sini. kalau bawah rm30 tu memang jarang sangatlah nak jumpa. Macam teringin pulak nak cuba.
ReplyDeleteRestoran ni nampak eksklusif dan mahal. Harga OK tak? Makanan dia memang style buffet camtu ke? Senang nak cedok. Ada daun Pisang ke Zharif? Hahaha. Banyak tanya. Sebab memang suka Indian Food.
ReplyDeleteBestnya mcm2 ads,tgk pun sedap..kalau kak pasti blur nak pilih menu yg mana.
ReplyDeleteSedapnya dik uiiii. Udah la tgh bercuti.. Tgk pulak gnbaq2 mcm gini..mngundang btul la dik oiii. ..lapaqqq
ReplyDeleteThe food served looks delicious
ReplyDeletewould you like to follow each other? Please follow me,
I'll follow you back. Thank you! ^^
www.okcheori.com
Memang favourite Otomen ni masakan India. Nanti boleh lah ajak untuk singgah makan di sini
ReplyDelete