Wednesday, December 19, 2018

Berbelanja RM30 Di San Francisco Coffee Berpeluang Memenangi Hadiah Lumayan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Coffee dan seorang Zharif memang tak dapat dipisahkan. Tambah-tambah bila aku ada kerja perlu diselesaikan dan kena berjaga malam, kopi pasti menjadi peneman aku. Baru-baru nie aku singgah ke San Francisco Coffee yang baru sahaja dibuka di Tamarind Square, Cyberjaya. San Francisco Coffee merupakan salah satu coffee shop kegemaran aku sebab harganya yang berpatutan dan menu-menunya yang lazat. Tak sangka pula, banyak diskaun dan ada pertandingan menarik yang SF Coffee tengah adakan. Ikuti butirannya !


Selain terkenal dengan hidangan kopinya, San Francisco Coffee juga terkenal dengan menu-menu ringannya. Bagi aku, SF Coffee merupakan coffee shop yang menawarkan hidangan dan minuman pada harga yang sangat berpatutan. Bahkan, dekorasi dalamannya yang terapeutik memberikan ketenangan buat pengunjung untuk bersantai dan membuat kerja. Ouh ya, wifi internet juga disediakan di setiap cawangan dan kelajuannya sangat memuaskan ! Sebab tu, aku lebih memilih untuk membuat kerja di SF Coffee berbanding di coffee shop yang lain.


Air kopi kegemaran aku di SF Coffee sudah pastinya Hot Hazelnut Latte. Memang sedap sangat sebab personally hazelnut memang perisa kegemaran aku. Ada banyak lagi jenis minuman yang lain. Kalau korang nak jenis frappucino pon ada. Yang penting, harga dia sangat berpatutan berbanding coffee shop lain.


Dan menu-menu di SF Coffee juga sangat sedap. Nak makan makanan berat ada, nak makan makanan ringan pon ada. Contoh makanan berat seperti menu-menu spaghetti. Banyak pilihan menu spaghetti di sini. Antaranya ialah Aglio Spaghetti yang aku pilih nie. Untuk pilihan makanan ringan, korang boleh cuba roti-roti sandwich di sini. Aku suka Croissant Sandwich dia. Aku pilih turkey slice. Bubuh sos cili pedas-pedas, memang sedap sangat !!


San Francisco Coffee juga tengah adakan pertandingan buat semua penggemar kopi. Caranya mudah je :
  • Belanja sekurang-kurangnya RM30 menggunakan kad MyDebit didalam satu resit.
  • Isikan butiran peribadi anda di belakang resit.
  • Masukkan resit anda ke dalam kotak khas ‘Wave2Win’ yang disediakan di setiap cawangan SF Coffee.

Isikan butiran anda di belakang resit yang telah dicop dan masukkan ke kotak pertandingan yang disediakan di kaunter

Pertandingan ini akan berlangsung selama empat bulan dan akan tamat pada 28 Februari 2019. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang. Antaranya ialah :
  • Hadiah utama : 2 x Branded Italian Homemade Coffee Machine yang bernilai RM 40,000
  • Hadiah pertama : 5 x Premium Branded Road Bicycle yang bernilai RM 10,000
  • Hadiah kedua : 4 x kamera DSLR jenama Sony beserta aksesori yang bernilai RM 10,000
  • Hadiah ketiga : 8 X Iphone X yang bernilai RM 5200
  • Hadiah saguhati : 4 x Apple watch yang bernilai RM 1800, 3 x Marshall headphones yang bernilai RM 400 dan 50 x BODUM French Press yang bernilai RM 100


Mudah kan nak turut serta ? Hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 30 menggunakan MyDebit Paywave dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan ini. Buat pengguna kad debit Maybank, ada extra 15% diskaun untuk setiap transaksi menggunakan paywave. Ini satu berita gembira buat peminat-peminat coffee di luar sana. Alang-alang datang bersantai tu, boleh turut serta pertandingan nie. Aku dah turut serta. Korang bila lagi ?

Cepat pergi ke mana-mana cawangan San Francisco Coffee berdekatan dengan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai SF Coffee dan pertandingan “Wave2Win” ini, sila layari :

WEBSITE : www.sfcoffee.com  

22 comments:

  1. sedap rupanya kopi SF ya.. hee~ kite kena sekali nih rasa nak lagi haa.. muffin butterscotch pun sedap yakmat..

    ReplyDelete
  2. LeYa lebih suka Caramel.. Sedap! Hoho..hadiah-hadiah dia sangat menarik. Boleh la join ni

    ReplyDelete
  3. wahhh akak pun peminat coffee!!

    nak jugalah minum coffee sambil cuba nasib. hhehe

    ReplyDelete
  4. nak joinlah sebab nak apple watch tuh hahahaha nak beli mahal ooo

    ReplyDelete
  5. Wah... wajib nih Belanja di san fransisco coffee enak dong ya sebàb bisa kembali modal bahkan lebih jika beruntung. Btw tuh menu teman ngopinya ( kue) juga enak dan byk varianx

    ReplyDelete
  6. good to know for friends that using this card. Now convenient to use and suitable for coffee lovers too. Can enjoy yummy food and coffee at the same time too.

    ReplyDelete
  7. Sangat menarik dengan hanya berbelanja RM30 sahaja mampu menyertai penyertaan yang boleh memenangi hadiah lumayan. Memang berbaloi! Cx tak berapa gemar kopi tapi kalau mix dgn lain² ,cx boleh minum. Lagipun kalau minum kopi, badan cx jadi panas. Sukar tidur hihihi tp apa² pon, boleh saja minum kalau melibatkan hadiah menarik gini. Hahahha

    ReplyDelete
  8. wah makan2 kt san fransicso coffee bole join contest adiah lumayan tu...oh kena blanje rm 30 thru my debit paywave..tq for sharing..bole singgah mkn kt sini nanti

    ReplyDelete
  9. Wahhh... Menarik! makan-makan pastu berpeluang menang hadiah. Mana lah tau rezeki ker kannn... Menu pun semua menyelerakan.. Nanti kita kasitau kengkawan kita ehh

    ReplyDelete
  10. Wah bestnyer hadiah dia. aku tak menang hadiah utama pun takpe la. aku nak menang kamera tu je. hahaha. Kamera aku dah rosak ni hah.

    Nampak gaya kena pergi makan kat sini la. Mana tahu rezeki aku ke kan.

    ReplyDelete
  11. hi awak jom dating sekali lagi minum kopi aci tak hahahah... rindu pula rasa hazelnut latte tu rasa cam nak try menu lain la, teringin nak rasa sandwich tu... biskut dia sedap kot... kopi pun tak kedekut saiz besar kot... heeee

    ReplyDelete
  12. Waaaa.. Menarik. Akk tak kesampaian nak sampai sana. Haha..
    Jauh..
    Nak pulak tempat menetap sekarang ni takde.
    Kalau tak, nak jugak try coffee kat situ.
    Confirm sedap giler kan.

    ReplyDelete
  13. Biar betul RM30 ringgit boleh makan banyak macam tu hehehe ok lah tu menarik boleh lah datang berdating kat San Francisco Coffee ni dan lepas tu boleh sertai contest terus heheheh best-best...

    ReplyDelete
  14. Suka pi SF sebab makanan dia sedap. Bukan kedai kopi biasa k. Bleh makan spaghetti tauuu. Hehehe. Nanti nak join contest ni. Doakan akak memang. Hahaha

    ReplyDelete
  15. Dekat je gan rumah sis..sis pun dah join contest ni, harap-harap le menang, dapat basikal pun jadilah..boleh bagi kat anak sis

    ReplyDelete
  16. good luck in participating in the wave 2 win competition! there's one in gurney plaza penang too, been there once but yet to revisit again. perhaps this is a good excuse. haha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi minum coffee san francisso ni.. Sedap tak.. Tgk mknn dia pun sedap jjuga. .wah ada contest. .Boleh cuba ni. . Mne tau luck kan. .Hadiah pun best. .Hehe

    ReplyDelete
  18. Wah! Berbaloi ni. NAK MENANG APPLE WATCH!!! kang sy singgah san francisco tiap2 hr ni! Best blh belanja dgn peluang menang hadiah besar!

    ReplyDelete
  19. SF Coffee ni sedap makanan dia & kopi dia jugak. cuma kadang outlet dia susah sket nak jumpa. tapi berbaloi lah RM 30 spent sini mana tahu boleh menang kan!

    ReplyDelete
  20. saya peminat kopi....tapi kad debit dah hilang tak buat lagi.....memang senang guna paywave untuk bayar apa2...berbaloi sungguh sapa yang rajin gi SF minum kopi pastu lanjer kawan2...mana tahu menang salah satu hadiah2 yang ada...

    ReplyDelete
  21. Best jugak food selection dia eh...
    Kalau penang ni rasa mcm bru ada 1 kot SF coffee ni.. Tu pun kt Gurney Plaza
    Jauh la pulak dari rumah akak

    ReplyDelete
  22. Wow... Wave wave can win contest. I wanna go get my drinks now.... I really love their icy blender chocolate. Taste and and the aroma taste good!!!

    ReplyDelete