Saturday, December 22, 2018

Swiss-Court Holiday Apartments (SCHA) - Lokasi Percutian Best Buat Seisi Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk mereka yang masih mencari-mencari lokasi penginapan untuk bercuti bersama seisi keluarga di sekitar negeri Perak, aku ingin sarankan korang untuk menginap di Swiss-Court Holiday Apartments (SCHA). Apa yang menarik sangat dekat sini ? Jom ikuti butirannya !


Lokasi penginapan ini terletak di Damai Laut Perak. Agak jauh kedalam untuk sampai ke sini tapi sangat berbaloi sebab lokasinya yang cantik, luas dan dikelilingi kehijauan. Terdapat 3 jenis penginapan di sini :
  • Swiss Garden Beach Resort
  • Swiss Villa
  • Swiss-Court Holiday Apartments (SCHA)

Aku telah menginap di SCHA. SCHA ini sangat sesuai dijadikan lokasi penginapan untuk seisi keluarga kerana ruangnya yang besar dan boleh memuatkan sehingga 4-5 orang dewasa dalam satu studio apartment. Studio apartment ini lengkap dengan pelbagai kelengkapan.

Rate harga Studio Apartment untuk 1 malam : RM250


Sofa yang terdapat di dalam studio apartment di sini boleh bertukar menjadi sebuah katil yang mana anda hanya perlu mengubah bentuk sofa itu. Cara-cara untuk mengubah bentuk sofa ini kepada katil ada disediakan. Bantal dan juga selimut extra ada disediakan dalam setiap studio apartment.



Setiap studio apartment di sini dilengkapi dengan penyaman udara, kipas siling, TV, peti ais, dapur masak elektrik, seterika, pengering rambut dan kelengkapan memasak. Ruang mandinya juga sangat selesa dan luas.



Ouh ya, alat untuk memasak seperti kuali, periuk, senduk, pinggan mangkuk dan juga sudu garfu ada disediakan di setiap studio apartment. Jadi mereka-mereka yang bercadang untuk menginap di sini, bolehlah bawa bahan-bahan dari rumah.


Oleh kerana penginapan ini agak jauh kedalam, jadinya untuk ke pekan agak sedikit jauh. Jadi, adalah lebih baik korang siap-siap beli makanan ringan atau makanan segera seperti maggi cawan dan sebagainya sebagai persediaan sekiranya korang lapar pada tengah malam.

Pemandangan daripada balkoni bilik aku

Sekiranya anda bercadang untuk tidak memasak, boleh juga ambil pakej-pakej makanan yang ditawarkan di Swiss-Garden Beach Resort. Di situ terdapat satu tempat makan yang diberi nama Garden Terrace. Pengunjung boleh mengambil pakej makanan yang mereka sediakan. Harganya juga sangat berpatutan.


Menu sarapan pagi di sini merupakan menu kegemaran aku. Terdapat pelbagai menu sarapan yang enak disediakan. Tidak lupa juga untuk menu-menu makan tengahari dan makan malam. Setiap hari menu adalah berlainan supaya pengunjung tidak berasa bosan dihidangkan menu yang sama.



Untuk mereka yang merancang untuk bercuti dan menginap di sini, anda boleh juga melakukan pelbagai aktiviti menarik kerana ia terletak berhampiran dengan pantai. Antara aktiviti air yang pengunjung boleh lakukan seperti snorkelling, jetski, menaiki banana boat, memancing dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung juga boleh menunggang kuda, bermain ATV, bermain golf dan juga jungle trekking. Memang banyak aktiviti yang disediakan.

Mini water theme park di Swiss-Garden Beach Resort
Masuk adalah percuma untuk mereka yang menginap di Swiss Villa dan Swiss-Garden Beach Resort
Tetapi mereka yang menginap di SCHA, anda kena bayar RM20 untuk bermandi-manda di sini

Tambahan lagi, fasiliti di sini juga sangat banyak. Terdapatnya kolam renang, taman tema air yang baru sahaja dibuka, bilik karaoke, sauna, tempat bersantai dan tempat untuk ber-BBQ. Oleh kerana bilik karaoke tu cuma satu sahaja, jadinya kena tempah awal sebelum nak masuk. Kalau tak, pengunjung lain yang kebas. Hihi.

Kemudahan di lobi, Sauna, bilik karaoke, dan ruang bersantai

Kolam renang di SCHA

Pelampung gergasi boleh disewa, paling besar berharga RM20 untuk 1 jam

Sepanjang 3 hari 2 malam berada di sana, aku sangat seronok sebab boleh bermandi-manda dekat kolam renang bila-bila masa, makanan di Garden Terrace pelbagai pilihan dan sedap-sedap. Cumanya tiada WIFI disediakan untuk penginap di SCHA. Agak sedikit terkilan di situ tapi bagus juga sebab dapat luangkan masa dengan kawan-kawan daripada ralit menghabiskan masa dengan telefon. Menurut receptionist di situ, insyaAllah mereka akan menyediakan kemudahan Wifi di masa akan datang. Bila tu, tak pasti.

Sekiranya korang berminat untuk bercuti dan menginap di sini, berikut adalah butirannya :

SWISS-COURT HOLIDAY APARTMENTS (SCHA)
Hala Damai 3, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak Darul Redzuan

Tel : 05-618 1133/1409/1100


SGI Vacation Club telah ditubuhkan sejak September 2001. Ia merupakan satu organisasi yang menyediakan servis percutian dan penginapan. Terdapat banyak faedah sekiranya menjadi ahli SGI Vacation Club. Antaranya :
  • Penjimatan untuk rate harga bilik di kesemua hotel dan resort terpilih, bermula RM81++ satu malam.
  • Peluang untuk bermalam di lebih 3000 hotel dan resort yang berkualiti dan indah.
  • Berjimat dengan menempah penginapan dengan harga terkini untuk percutian akan datang.
  • Harga penginapan tidak berubah walaupun berlaku turun atau naik nilai mata wang dunia.

Tak rugi jadi ahli SGI Vacation club. Banyak faedah ditawarkan untuk mendapatkan penginapan yang berkualiti dan cantik pada harga yang berpatutan. Jom daftar sekarang !

14 comments:

  1. Ya Allah! Perfect place to go for family holiday! Semuanya lengkap dengan aktiviti² yang menarik dan tempat² best ntk spend time together with family. Memang highly recommended . Lagi² ada dapur masak. Cx mmg suka kalau pergi check in mana², ada tempat ntk masak. Senang kalau mlm² lapar. Lgpn dpt jimat banyak. Dia punya bilik pon kemain wow lagi! Studio apartment eh? Semestinya selesa. Tgk gambar pon menarik dah. Such a perfect place to recommend! Siap boleh sauna, main golf, jetski dan naik kuda bagai. Memang terbaik!

    ReplyDelete
  2. Wah..menariknya... interior hotel ni sangat cantik dan moden kotemporari...tenang jer..eh..eh...tgok makanan tu semua buatkan akak terbayang alangkah bestnya bercuti disini, disamping keindahan hotel dan kawasan sekitar pasti makanan sedap kan...kena masukkan dalam wishlist ni..mana tau sampai sini satusatu hari nanti

    ReplyDelete
  3. been waiting you to share this post. Yeah love the room there and now I see it's big for family to go too, gonna tell my dear as we no go this place before, need plan for next holiday!

    ReplyDelete
  4. nice pictures! Long time haven't been to Lumut. If going again, sure will check in this hotel. the room looks big, comfortable and very nice for whole family to stay oh

    ReplyDelete
  5. Kalau dah Check in tempat best macam ni, memang tak g mana2 dah kalau kak ana. Bilik punya lah cun, kemudahan utk memasak lengkap, aktiviti utk sekeluarga pun ada. Memang tak complaint dah lah. Boleh war war kan pada en suami ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Selalu baca orang pergi swiss garden tapi tak pernah baca lagi pengalaman disana. Tak sangka hotelnya begitu cantik. Pakej makanan pun sangat variety. Moga ada rezeki berhoneymoon disini, insyaallah :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh syoknya dapat menginap disana.. yg best tu kemudahan disediakan sgt relevan lagi2 ada anak ni boleh mandi2 dan ada permainan. Takdelah bosan. Berbaloi sangat pakej diberikan.

    ReplyDelete
  8. Kalau nak cari hotel, paling penting haruslah WiFi! Huhuhu. Kalau line provider telefon bagus oklah juga. Kalau i mungkin amek pakej makan terus lah kot senang. Hahaha. Yg penting kalau tgh malam lapar memang megi la jawapannya. Padanlah sonok naik pelampung unikorn. Rupenya bercuti ke sini ye

    ReplyDelete
  9. Lepas ni kalau jalan jalan di Perak bolehlah akak ajak family menginap di SCHA ni .Puas hati kalau dapat menginap di sini. Bilik luas ,cantik, kemas dan selesa .Makanan pun nampak sedap dan banyak pilihan .Bila nak menginap di sesuatu hotel memang kita akan pastikan bilik tu selesa ,bersih dan kemas kan .

    ReplyDelete
  10. Wah..bestnya tgk tempat Ida, mmg bagus bwk family kat sini bercuti

    ReplyDelete
  11. Amni ada voucher SGI ni tapi tak pergi redeem lagi.Tapi once tgh zharif dah pergi rasa macam mank g skrg je hahaha
    Nampak best dan menarik je semua facilities kat sana

    ReplyDelete
  12. Amboi Seronoknya dia dapat duduk kat hotel mahal-mahal ni kan hehehehe kita mampu tengok jer laaaa...

    ReplyDelete
  13. Alright thanks for the information and review about Swiss Court Holiday Apartments ini. Nampak nya apartment ini memang sesuai untuk family and group of friends. Lengkap dengan dapur, ruang tamu, beds and very spacious. Plus their facilities are complete and surrounding also very interesting.

    ReplyDelete
  14. Bestnya! Hari tu ada gak tengok booking.com tapi dah full. waterpark tu memang memanggil2 anak2, haha.

    ReplyDelete