Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama dah tak pekena roti naan cheese, perut tiba-tiba mengidam nak makan. Kalau roti naan cheese nie, yang paling terbaik adalah di RSMY Best Cheese Naan. Tak jumpa lagi roti naan cheese yang sedap selain di RSMY nie. Jadinya, aku pon gigihkan diri ke Kuala Lumpur untuk menikmati roti naan cheese di cawangan terbaru RSMY yang terletak di Capsquare Kuala Lumpur. Ikuti butirannya !
RSMY Capsquare KL merupakan cawangannya yang kelima. Empat cawangannya yang lain berada di Masjid India, Medan Tuanku, Danau Kota dan juga di Bangi. RSMY yang mula beroperasi pada tahun 2000 ini, pada awalnya hanya menyajikan pelbagai jenis nasi beriyani. Sehinggalah pada tahun 2004, mereka mula memperkenalkan roti naan cheese dan ia telah tular pada suatu ketika dahulu. Semenjak dari itu, RSMY mendapat jolokan sebagai sebuah restoran yang menyajikan roti naan cheese yang terbaik. Sebab tulah nama RSMY Best Cheese Naan tu melekat sampai sekarang.
Kepada mereka yang penasaran nak tahu, apakah maksud disebalik nama RSMY itu, meyh sini aku cerita. RSMY merupakan singkatan kepada Restoran Selera MY. MY tu boleh jadi Malaysia ataupun Mohd Yusof, iaitu pemilik restoran ini, Dato' Mohd Yusof. Baru aku tahu, RSMY ini merupakan 100% milik bumiputera.
Tidak susah pon untuk cari cawangan terbaru RSMY nie. Ianya sangat berhampiran dengan Wisma Jakel dan Lulu Hypermarket. Alaaa korang taip je RSMY Best Cheese Naan - Cs kat apps Waze atau Google Maps, mesti jumpa punya. Kalau tak jumpa jugak, korang cari je banner besar yang tergantung depan kedai mereka nie. Dari jauh boleh nampak.
Boleh nampak Menara KL dari sini |
Kalau dah datang sini, tak cuba roti naan cheese dorang, itu kira satu pembaziran kedatangan. Dah datang, wajib order ! At least satu jenis. Ada banyak jenis roti naan cheese di sini. Ada roti naan cheese biasa, roti naan cheese garlic, roti naan cheese yummy dan yang terbaru, roti naan cheese beef pepperoni. Macam kes aku, tak cukup order satu, jadi order semuanya. Hahaahah.
Roti naan cheese di sini senang untuk dibezakan melalui potongannya. Setiap potongan berbeza antara satu sama lain dan mengikut jenis roti cheese naan tersebut. Sangat menarik !
Bersempena pembukaan terbaru cawangan RSMY ini, mereka memperkenalkan satu lagi menu cheese naan baharu iaitu Beef Pepperoni Cheese Naan. Apa yang membezakannya ialah terdapatnya hirisan-hirisan daging di dalam naan cheese ini. Memang sedap dan aku pasti, ramai yang akan menyukai menu cheese naan baharu nie.
Masih mengekalkan cara tradisional untuk masak roti naan iaitu di dalam tempayan. Seronok melihat roti naan itu bertukar warna dan menjadi empuk semasa proses memasak.
Terdapat 9 jenis kuah cicahan. Antaranya ialah Dhal Fry, Alu Anda (Potato + Egg), Sabji, Chenna (Kacang Kuda), Chicken Kerayi, Mutton Kerayi, Chicken Magesh, Beef Keema dan Chicken Tandoori. Sesetengah orang makan kena ada kuah cicah, sesetengah orang boleh makan cheese naan begitu saja pon tak apa. Korang jenis macam mana ?
Aku telah memilih untuk cicah dengan Chicken Tandoori, Beef Keema, Mutton Kerayi, Chicken Kerayi dan Chenna. Beef Keema memang menjadi pilihan ramai kerana sarat dengan hirisan halus daging-daging yang maha enak. Mutton Kerayi tu pon sedap sangat, daging kambing dia lembut, sangat rapuh dimulut gitue. Yang paling win, sudah semestinya Ayam Tandoori tu. Ya Allah sedap sangat !!! Ayam tandoori di RSMY tidak menggunakan pewarna tambahan untuk menaikkan warna merah padanya. 100% warna terhasil daripada paste cili yang dikisar.
Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru ini, RSMY membuat satu promosi istimewa buat pengunjung-pengunjung yang hadir di cawangan RSMY di Capsquare KL ini. Sekiranya mendapat sambutan, promosi ini mungkin akan berterusan sehingga lah ketahun hadapan.
Pilihan air minuman juga sangat pelbagai. Macam-macam ada dan semuanya adalah fresh. Bukan guna kordial tau. No no no. Air minuman pilihan aku sudah pastinya Kedondong Asam Boi ! Hihi
Honey Lemon, Berry Lassi, Teh Bunga, Ribena Soda dan Kedondong Asam Boi |
Selain itu juga, hanya di cawangan RSMY Capsquare KL ini sahaja yang menyajikan menu lauk nasi campur untuk hidangan tengahari. Ini merupakan satu cubaan yang baru buat RSMY. Menurut isteri kepada pemilik RSMY, Datin Nur Hidayah, atau lebih mesra dengan panggilan Datin Eida, kawasan Capsquare ini merupakan kawasan orang bekerja. Jadinya bila waktu makan tengahari, mereka seolah-olah tiada pilihan untuk mendapatkan nasi dan lauk campur yang dihidangkan panas-panas. Oleh kerana itu, Datin Eida memilih untuk menghidangkan lauk nasi campur juga di cawangan ini. Dan Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang baik.
Lebih istimewa lagi, lauk nasi campur ini semua merupakan masakan air tangan Datin Eida sendiri 😉 Sumber : Facebook RSMY Best Cheese Naan - Cs |
Lauk-pauk yang disajikan terdiri daripada pelbagai jenis masakan. Lebih daripada 35 lauk setiap hari dihidangkan panas. Sekiranya ada lauk yang masih tidak habis selepas jam 4.30 petang, kesemua lauk-pauk tersebut dijual dengan harga 50% lebih murah. Ini bagi mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Tapi kebiasaannya, lauk nasi campur ini habis dijual pada waktu makan tengahari.
Sumber : Facebook RSMY Best Cheese Naan - Cs |
Ketika kunjungan aku ke sana, sempat berborak dengan Datin Eida yang kebetulan ketika itu sedang menguruskan restorannya. Memang sudah menjadi rutin beliau setiap hari sejak tertubuhnya cawangan RSMY terbaru di Capsquare ini, datang setiap pagi untuk memasak lauk untuk nasi campur. Beliau sangat peramah dan merendah diri orangnya.
Bergambar kenangan bersama Datin Eida |
RSMY BEST CHEESE NAAN - CAPSQUARE KL
No 2/4 Tingkat Bawah Wisma TKT, Persiaran Capsquare,
Off Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur.
Tel : 012-231 2192
Waktu beroperasi : 11.00 Pagi - 12.00 Tengah malam
Facebook : https://www.facebook.com/rsmycs
Saksikan rakaman video ketika kunjungan aku ke sana di bawah ini :
Rawlins pergi RSMY hanya untuk cheese meleleh tu - lauk pauk memang tak pandang. Haha. Senangnya nak makan lepas nie kalau pergi ke Lulu.
ReplyDeletePernah makan kat bangi. Masa tu baru buka. Stress tak bukak lagi orang dah ramai. Sampai macam tu sekali. Dah banyak cawangan kurang la sikit jam kat kedai ni. Cheese dia meleleh oh....
ReplyDeleteWahhh kisahnya dah cawangan ke 5 ekk..ingatkan hanya 1 je yang kat setapak tu, ketinggalan betul sis ni. Sis pun suka ke sini..sb cheese nan dia mmg terbaik..lapo lak perut ni
ReplyDeleteAdoi adoi adoi.. this cheese naan making me superb craving and hungry.. gonna check out other branch... can't afford the craving anymore. must get it one!
ReplyDeleteOh...I love this. I love everything about cheese especially cheese naan. The food looks very tempting. Sure will check out this place soon.
ReplyDeleteniceeee! still can see the gooey cheese inside the cheese naan! bila they nak buka one in penang jugak so that i can try it as well! haaha
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
wahhh ni la naan cheese yang famous tu kan. dah lama nak try cheese tarik macam ni tapi jauh.ni dah banyak cawangan nanti kena singgah pulak
ReplyDeleteFuhh nampak menyelerakan sungguh makanan-makanan dia terutama cheese nan tu. Tahniah sebab dah buka cawangan baru! Wahh lepas ni lebih senanglah nak dapatkan cheese nan kat area-area tu kan! Sambil lepak ni mesti syok. Woohoo!
ReplyDeleteAduhai..sedap yer la. lama tak makan cheese naan. Nampak sedap sungguh cheese naan kat RSMY ni. Next time pergi KL nak terjah kedai ni.
ReplyDeleteSetuju..RSMY ni roti nan terbaik. Sedap wooo.. owh dah ada cawangan ke-5 ye
ReplyDeletewah cawangan dh ada 5 skarang...mmg suka cheese naan kt sini..sbb cheese nya byk btul..mkn plak ngan ayam tandoori....yummmyyy...slalunya pegi cawangan medan tunku or danau kota...wah ada set promo tu bgs juga
ReplyDeletesedapnya roti cheese nan..tu lauk cicah tu bermacam jenis. betul-betul famous sampai dah buka 5 cawangan sekarang. Lagi senang la orang kuala lumpur nak makan roti nan panas-panas dari tempayan. Nak cuba la nanti.
ReplyDeleteSelalu kwan2 kt kl ckp sedap nan cheese kt rsmy ni.. Teringin gak nak rasa. Next time kalau ke belah2 sana nak try jugak lah
ReplyDeleterindunya nak makan dekat rsmy ni. dah lama x makan naan cheese kat sini. dulu2 selalu pi makan dekat rsmy cawangan setapak tu. makan sambil lepak menyembang dgn member memang syok.
ReplyDeleteBaru tau cheese nan ni orang melayu punya.. Huhu. .Sebwlum ni pernah makan dekat kl tu. .Memang sedap. .Cheese dia pergh. .kuah dia pun sedap. .Tengok air tu terus rasa haus
ReplyDeleteRoti Naan Cheese ni sedap kalau makan ramai ramai and bila tengah lapar. Actually you guys order dua pinggan pun dah cukup. makan ramai ramai. Bal pernah try naan cheese ni. Sebenarnya agak muak sebab dia cheese leleh. Tak tau lah oramg lain macam mana sbb bal tak minat sangat dengan cheese. Hari tu sekadar mencuba rasa je. Tapi kenapa bila tengok gambar tu rasa macam sedap. eh. hahahahah
ReplyDeleteI love cheese naan. the aroma and the softness of the bread is the best! Looks like I gonna make a visit there soon to enjoy my fav food yay. thanks for sharing this info
ReplyDeleteThe cheese naan looks really really good! Omg first time hearing about them, I can't wait to visit and try it out for myself.
ReplyDeleteKemain nampak sedap sangat tu! RSMY ni tak jauh gak dengan rumah kita. Memang famous. Sebab cheese dia banyak!
ReplyDeleteohoooi sedapnya mengences ailio. best gak sebab depa ada bukak kat Bangi. balik kg boleh pi =D
ReplyDelete