Friday, November 30, 2018

Jakel Menaja 200 Pemenang Cabutan Bertuah Untuk Menunaikan Ibadah Umrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Impian ke tanah Haram merupakan impian setiap umat Islam di seluruh dunia. Siapa yang tidak mahu ke kota suci Mekah kan ? Kalau aku diberi peluang sekarang, aku pasti akan sahut ! Tapi belum ada rezeki untuk ke sana lagi. Buat 200 pemenang bertuah Jakel, harapan mereka untuk menunaikan umrah menjadi kenyataan. Jakel Trading menaja 200 pemenang untuk ke tanah suci menunaikan umrah. Ikuti butirannya !


200 pemenang bertuah telah dipilih secara rawak melalui satu peraduan yang telah diadakan oleh pihak Jakel Trading. Peraduan tersebut merupakan lanjutan daripada Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018. Selain menawarkan pakej ibadah umrah, Jakel Trading juga menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu sepanjang kempen Peraduan Beli & Menang itu.

Bergambar kenangan bersama sebahagian besar pemenang-pemenang cabutan bertuah ini

Jelas terpancar wajah-wajah kegembiraan penerima hadiah pakej umrah ini kelmarin. Yelah, siapa yang tidak gembira dapat menunaikan ibadah umrah secara percuma, ye dakk ? Hadiah ini dimungkinkan dengan adanya kerjasama antara pihak Jakel Trading dan juga pihak Al-Khatiri Travel & Tours Sdn Bhd.

Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel bersama Pengarah Urusan Al-Khatiri Group, Tuan Hj Salim Bin Salleh

Al-Khatiri Travel & Tours Sdn Bhd merupakan agen yang dilantik oleh Jakel Trading untuk menghantar kesemua 200 pemenang ini ke tanah suci itu. Kesemua para pemenang ini akan berangkat ke Tanah Suci pada bulan Januari 2019.

Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati dari pihak Jakel Trading

Sebanyak 50 ribu penyertaan telah diterima dan hanya 200 pemenang telah dipilih. Ternyata, mereka memang sangat-sangat bertuah. Pasti kalian penasaran bagaimana mereka melayakkan diri untuk sertai peraduan ini bukan ? Berikut merupakan cara-cara yang melayakkan mereka untuk menang pakej ibadah umrah daripada Jakel.
  • Berbelanja produk di Jakel dengan pembelian sebanyak RM1000 dalam satu resit.
  • Mengisi maklumat dan memasukkan kupon tersebut di kotak yang disediakan di kaunter pembayaran.
  • Penyertaan telah dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan.
  • Cabutan tersebut telah dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia. 

Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati dari pihak Jakel Trading

Pemenang bukan sahaja menerima pakej ibadah umrah secara percuma, bahkan mereka juga menerima beberapa cenderahati yang lain seperti bagasi travel, beg sandang, telekung, jubah dan macam-macam lagi set perlengkapan umrah. Dan lebih menarik lagi, mereka tidak pergi berseorangan tau. Pakej ibadah umrah yang ditawarkan kepada pemenang adalah untuk 2 orang bagi setiap pemenang. Bestnya !

Sesi media bersama Datuk Muhamed Faroz

Menurut Datuk Muhamed Faroz, usaha ini merupakan salah satu alternatif pihak Jakel untuk meraikan pelanggan-pelanggan setianya yang sentiasa memberi sokongan setiap kali Jakel mengadakan promosi jualan. Selain itu, Jakel menganggap ini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk berkongsi semula keuntungannya bersama para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia.

Maklumat lanjut, boleh dapatkan di butiran berikut,


Bergambar kenangan bersama CEO Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel

BERITA GEMBIRA !

Jualan Akhir Tahun 2018 kini sedang berlangsung di kesemua cawangan Jakel bermula 23 November sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga ini menampilkan koleksi kain-kain terbaru untuk tahun 2019. Corak kain-kain yang baharu ini lebih terkini dan segar dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk para wanita. Antara koleksi terkini yang menjadi rebutan ramai ialah koleksi Hanis Zalikha Ramadhan 2019. Jangan lupa dapatkan dan jengah cawangan Jakel yang berdekatan dengan anda !

Saya sudah, anda bila lagi ?

10 comments:

  1. Tahniah kepada yang menang cabutan bertuah. Rezeki merekalah menang pakej umrah. Berbelanja sambil berpeluang menang pakej menarik.

    ReplyDelete
  2. Fuhhh Jakel ni memang best. Sebab tiap yang kita beli, pasti mendapat pulangan. Dulu masa tahun 2012 akak beli kain wedding akak. Beribu juga. Dapat cash voucer RM 500 balik. Akak beli kain utk baju raya sekeluarga utk raya tahun depan. Dekat Jakel kain dia lebih awal ikut trend. Kalau entitled utk Cabutan bertuah, join la. Tulis cantik2.

    ReplyDelete
  3. Dah bagi hadiah pergi umrah ni pon dah cukup best, tapi siap bagi dekat 200 orang. memang terbaik la jakel ni. murah rezeki diorang hehehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada semua pemenang! Bertuahnya dapat menunaikan umrah. Tambahan pula pakej tu adalah untuk 2 orang!

    ReplyDelete
  5. that's a nice contest. congratulations to all the winners. so lucky to win the amazing prizes. I must make a visit to Jakel soon too hehehe to see what they offer

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahun ini Jakel taja orang nak pergi umrah harap akan ada lagi tahun-tahun depan tajaan untuk ramai lagi beri peluang pergi umrah.. Abang bila pulak nak pergi umrah ni hehehehe kita tanya jer jangan marah.

    ReplyDelete
  7. Bertuah sungguh kepada semua pemenang peraduan Jakel ke umrah ni. Rezeki sapa sangka. Jakel mmg best! Nak cuba tahun depan mana tahu layak pulak. Boleh bawak mak ayah ke tanah suci tajaan jakel.

    ReplyDelete
  8. Yay! Congratulations to all the participating winners! How did they get so lucky! I also nak Cuba next round! I actually saw their collection that is quite lovely actually and perfect for our Malaysian weather

    ReplyDelete
  9. Best la jakel ni... Mcm2 dpt... Inikan pula pergi balik umrah ... Murah rezeki owner jakel menaja orang pergi umrah kan.. Yg bestnya jakel sentiasa buat peraduan ke apa kalau kita ada buat pembelian di jakel..

    ReplyDelete
  10. Syoknya. Rezeki diorang kan, dipermudahkan untuk ke tanah suci Mekkah. Sape je tak nak ke sana. Bagus betul jakel ni, siap taja orang buat umrah.a

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...