Assalamualaikum dan salam sejahtera
Restoran yang berkonsepkan steamboat & grill pasti menjadi pilihan buat seisi keluarga. Hal ini kerana, kita boleh makan sebanyak mana yang kita mahukan dengan hanya mengira harga satu kepala berbanding berapa banyak menu yang dipilih. Oleh itu, aku nak syorkan kepada semua pembaca Jejakakaula untuk mencuba Pak John Steamboat & BBQ.
Ikuti butirannya !
Apa yang menarik dekat Restoran Pak John Steamboat & BBQ nie ialah ia menawarkan lebih 160 jenis makanan buat pengunjung. Banyak pilihan tu. Pasti korang akan rambang mata tak tahu nak mulakan yang mana dulu.
Pilihan sayur-sayuran |
Perkara pertama mestilah kena pilih pilihan soup yang korang mahukan. Dekat Pak John Steamboat & BBQ nie, korang boleh pilih satu soup daripada 5 sup yang ditawarkan. Kelima-lima soup itu ialah :
- Prawn sup
- Tomyam sup
- Chicken sup
- Curry sup
- Miso sup
Sup pilihan aku sudah semestinya sup tom yam. Aku agak turn off sikit kalau makan di restoran yang berkonsepkan steamboat & grill, yang mana kuah sup tom yam mereka sangatlah sedih dan hampeh. TAPI TIDAK di sini.
Kuah sup tom yam di Pak John Steamboat & BBQ nie sangat sedap ! 😉👍
Pilihan bahan untuk steamboat, makanan laut dan juga ayam perap |
Bahan pertama yang akan aku cari sudah pastinya makanan laut. Makanan laut merupakan kegemaran aku, terutamanya udang. Aku memang hantu udang. Mesti kena ambil satu pinggan penuh untuk udang sahaja. Antara makanan laut lain yang disediakan di sini termasuklah ketam, kepah, kerang, lala, pepahat, sotong rendam, sotong putih dan banyak lagi.
Untuk bahan-bahan perap, pengunjung boleh memilih daging lembu mahupun ayam. Dua-dua bahan ini diperap dengan pelbagai jenis perapan. Antara pilihan bahan perap yang ada ialah ayam madu, ayam/daging blackpepper, ayam perap kunyit pedas, daging pedas dan banyak lagi.
Selain itu juga, terdapat juga makanan bergoreng seperti nugget dan hotdog, mee goreng dan macam-macam lagi menu yang sudah dimasak. Nasi juga ada disediakan. Bahkan dim sum pon ada tau !
Bukan itu sahaja, malah daging lembu/kambing premium, hirisan daging abalone, daging itik salai juga ada disediakan. TETAPI, bahan-bahan ini hanyalah disajikan untuk waktu makan malam sahaja. Jadi kalau korang nak makan daging-daging premium nie, sila datang pada belah malam yer.
Berikut merupakan harga untuk menikmati hidangan di Pak John Steamboat & BBQ :
Dewasa
|
Kanak-kanak
(12 kebawah)
|
Warga Emas
(55 & keatas)
|
Pelajar
(Tunjukkan kad pelajar)
|
|
LUNCH
(11AM – 5PM)
|
Weekdays
RM 32.90++
|
Weekdays
RM 16.45++
|
Weekdays
RM 27.70++
|
Weekdays only
RM 27.95++
|
Weekends
RM 42.90++
|
Weekends
RM 21.45++
|
Weekends
RM 32.20++
|
||
DINNER
(5PM – 10PM)
|
Everyday
RM 42.90++
|
Everyday
RM 27.45++
|
Everyday
RM 32.20++
|
Weekdays only
RM 36.45++
|
*Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah PERCUMA
*Harga untuk pelajar tidak sah pada cuti umum
Apa tunggu lagi ? Jom datang ke restoran Pak John Steamboat & BBQ berdekatan dengan anda.
Pak John Steamboat & BBQ (IOI City Mall Outlet)
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
62502 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03 - 89571128
Pak John Steamboat & BBQ (E-Curve Outlet)
Lot LG-13A & LG-15, eCurve Mall,
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 - 77333913 / 012 - 7050648
Website : www.pakjohn.com
Facebook : www.facebook.com/pakjohn.ytf
Instagram : www.instagram.com/pakjohnbbq
Terima kasih krew-krew Pak John Steamboat & BBQ cawangan IOI City Mall Putrajaya di atas layanan yang mesra dan servis yang berkualiti semasa kunjungan kami berdua di sana minggu lalu |
Perghhhh ada daging itik salai...my fav tu...jeles sebab penang xda pun pak john ni..harga pun berbaloi..boring yg seoul garden tu..harga pun mahal
ReplyDeleteHaaa tau dah Pak John ni kat mana. Ada ritu lalu lalang depan Pak John ni kat IOI City Mall. Banyak pilihan dia. Akak pun suka steamboat ni.
ReplyDeletememang best kan makan kat sini banyak betul pilihan menu sampai rambang mata.. i masa makan kat situ semua I ambil untuk rasa nasib baik habis... teknik i ambil setiap 1 lauk 1 je item hahahahha... sebab tujuan nak merasa semua baru puas hati hahahahahaaa
ReplyDeletefuhh mengancam betul tgk Pak John Steamboat ni tau. Dahlah bnyk betul pilihan makanan dan minuman, then everything pon nampak fresh betul seronok rasa nk makan kalau cmtu kan. Bnyk gk nampak dan baca feedback positif those yg dh ke sana tu, nnt nk try jugaklah makan kat sana cmni ni hehe
ReplyDeleteyeah my favorite place to dine, whenever we go IOI CITY MAll, my dear would say go there to dine. I like dine there too for waffle and buffet choices!
ReplyDeleteMemang puas hati makan steamboat dekat Pak john, next time nak try soup selain chicken soup! sos yang pelbagai tu pon sgt menarik hu hu hu
ReplyDeleteKonsep tempat ni sangat menarik. Sesuai untuk famili dan kawan kawan. Selaction makanan they all pun banyak je. Bermacam pilihan. berbaloi betul.
ReplyDeleteTgk plhn dy byk giler kan.. Patut rmi kata kt sini sedap & murah boleh thn. Wawa mmg minat dgn steamboat tau.. Klo xmKan xsah.. Mau nak pilih ni berjambjam.. Hahahha.... No wonder ramai kata best kt sini..
ReplyDeleteSaya pernah makan dekat pakjohn dua kali tapi dekat cawangan curve punya. So far saya rasa pak john tempat paling best untuk makan bbq and steamboat sebab makanan dia banyak pilihan dan ade menu yang ekslusif
ReplyDeleteThe food looks so good and the price is so affordable I’ll love to try this out with my family think we’ll all enjoy it very much.
ReplyDeleteAdududu sedapnya, bila la nak sampain ke pak john ni. Ramain kata steamboat kat sini sedap dan banyak pilihan
ReplyDelete