Thursday, November 15, 2018

Barbeque Nation Kini Dibuka Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Restoran Barbeque Nation yang cukup dikenali di negara India, kini dibuka di Kuala Lumpur. Ini merupakan satu berita baik buat penggemar makanan India di luar sana untuk menikmati hidangan asli masyarakat negara India di Malaysia.

Ikuti butirannya !


Pada awal tahun 2016, aku dan beberapa rakan aku telah bercuti ke negara India selama 2 minggu. India merupakan negara yang sangat kaya dengan kebudayaan, sejarah dan juga makanan. Semasa lawatan kami di sana, kami dapati, terdapat banyak cawangan restoran Barbeque Nation. Ia merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal di India kerana boleh didapati hampir di seluruh tempat.

Bergambar kenangan di depan Taj Mahal yang sangat indah

Barbeque Nation memiliki lebih 100 cawangan di seluruh pelusuk negara India dan majoriti berada di sekitar Delhi. Restoran Barbeque Nation juga memiliki cawangan di Dubai dan juga Abu Dhabi. Restoran ini berkonsepkan hidangan barbeque dan juga buffet. Makanan di sini juga bercirikan hidangan daripada negara India.


Restoran Barbeque Nation ini baru sahaja dibuka di Malaysia sekitar August 2018. Ini merupakan cawangannya pertama dan satu-satunya di Malaysia. Aku diberitahu, di masa akan datang mereka sangat gembira untuk membuka lebih banyak cawangan lagi di Malaysia. Buat masa sekarang, ia hanya boleh didapati di Pavillion Kuala Lumpur.


Restoran ini berkonsepkan hidangan bbq dan juga masakan India. Hidangan BBQ merupakan hidangan pembuka selera di sini. Apa yang menariknya ialah, di setiap meja terdapatnya satu "bendera" yang berfungsi sebagai satu simbol.


Simbol di mana selagi bendera itu berkibaran, itu bermakna pelanggan masih lagi mahukan hidangan bbq di meja. Pelayan akan datang ke meja anda dengan membawa beberapa jenis cucuk hidangan BBQ yang anda mahukan. Hidangan BBQ di sini adalah "free flow". Anda boleh minta sebanyak mana yang anda mahukan.

Berikut adalah menu-menu BBQ yang ditawarkan di sini :

VEGETARIAN BBQ
NON-VEGE BBQ
Tandoori Mushroom
Sweet & Sour Basil Grilled Tofu
Cheese Corn Ball
Lebanese Grilled Veg
Hot Garlic Pineapple
Crispy Corn
Cajun Spiced Tomato
Peshawar Chicken Tikka
Chicken Shish Tawook
BBQ Chicken Wings
Mutton Masala Seekh Kebab
Cilantro Fish
Chili Garlic Prawns
Chicken 65


Sekiranya anda sudah tidak mahukan hidangan BBQ lagi, anda hendaklah menurunkan bendera di meja tersebut. Itu tandanya, anda tidak mahukannya lagi. Jadi pelayan di sini tidak akan hidangkan hidangan BBQ kepada anda lagi.


Unik bukan ? Satu teknik yang bagus dan bijak. Aku cukup kagum.

Namun begitu, hidangan pembuka selera tersebut bukanlah menu utama untuk restoran ini. Hidangan BBQ itu hanyalah pembuka selera sahaja. Hidangan utama di sini berkonsepkan buffet. Anda boleh pilih dan makan sebanyak mana yang anda mahukan. Mari kita lihat menu-menu yang ditawarkan di sini.

Nasi putih juga ada disediakan

Oleh kerana restoran ini berkonsepkan makanan India, jadi ia terbahagi kepada dua jenis makanan iaitu Vege dan juga Non-Vege. Masyarakat India kebanyakkannya adalah vegetarian dan kalian boleh saksikan di semua restoran di negara India yang mana mereka akan meletakkan simbol merah dan hijau pada setiap packaging makanan. Dan itu juga diaplikasikan di sini supaya mereka lebih cakna dengan apa yang mereka makan.


Hidangan utama di sini sangat sedap. Rasanya kaya dengan rempah. Setiap satunya berbeza dari segi rasa walaupun warna seakan-akan sama. Ada ayam, ada ikan, daging lembu dan daging kambing. Pilih nak yang mana satu.


NON VEGETARIAN 
MAIN COURSE
VEGETARIAN 
MAIN COURSE

Butter Chicken
Chili Chicken
Methi Ghost
Burrani Beef
Grilled Fish with Butter Pepper Sauce
Egg Bhurji
Butter Garlic Noodles
Dai Makhani
Samber
Jeera Rice
Palak Papad Ki Sabzi
Tofu with Hunan Sauce
Heeng Jeera Aloo Chatpata
Veg Jalfrezi


Untuk pengetahuan semua, menu-menu di sini akan ditukar setiap 10-14 hari. Jadi pelanggan tidak akan rasa bosan untuk berkunjung ke sini kerana hidangan di sini digilir-gilirkan setiap 2 minggu.


Sup Chicken Hot & Sour seriously sangat sedap ! Bertambah mangkuk jugalah masa tu.

SOUP
DESSERT

VEGE
Cream Broccoli Soup

NON VEGE
Chicken Hot & Sour Soup

Coffee Slice Cake
Black Forest Pastry
Cheese Tart
Vanilla Panna Cotta
Cherry Mouse
Rainbow Cake


Fresh Cut Fruit
Jelly
Ice Cream
Flavoured Kulfis
Red Velvet Crepe
Deep Fried Oreo


Pencuci mulut kegemaran aku di sini sudah pastinya Coffee Slice Cake tu. Untuk penggemar coffee, kek ini pasti menjadi pilihan anda. Tak manis sangat dan tak pahit sangat. Rasa dia sangat harmoni.

Red Velvet Crepe with Chocolate Ice Cream, anyone ?


Selain itu, terdapat juga salad bar di mana pengunjung boleh memilih hidangan salad pilihan dan dressing sauce yang mereka inginkan. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat live-cooking stall di mana pengunjung boleh memilih hidangan spaghetti pilihan mereka dan macam-macam lagi.


Menarik kan menu-menu yang ditawarkan di sini. Sangat pelbagai dan bermacam-macam jenis. Kalau anda semua nak berkunjung ke sini, berikut merupakan senarai harga untuk menu Buffet & BBQ di sini.

Makan tengahari
Isnin - Jumaat : RM 49
Sabtu - Ahad : RM 59

Makan Malam
Isnin - Khamis : RM 59
Jumaat - Ahad : RM 69

Kanak-kanak : RM 29 (setiap hari, setiap waktu)

Namun begitu, harga di atas tidak termasuk dengan harga minuman. Harga minuman adalah asing mengikut jenis minuman yang pengunjung inginkan. Terdapat pelbagai pilihan minuman yang ditawarkan.


Aku telah memilih Strawberry Coconut Lassi. Ternyata rasanya sangat sedap !! Sangat disarankan untuk mencuba.

Mine : Strawberry Coconut Lassi (RM 11.99)

Jom pakat datang ramai-ramai ke Restoran Barbeque Nation. Berikut merupakan butirannya :

BARBEQUE NATION (KUALA LUMPUR)
Pavilion Mall, Lot No. 09, Level 9, Elite, 168, 
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


Waktu operasi :
Tengahari : 12.00 PM - 3.00 PM
Malam : 6.30 PM - 10.30 PM

People who love food are always the best people 😉
Photo credit : Racheal Loh

18 comments:

  1. Wah... Cantik kemas bersih tersusun restoran dia. Suka laaa ada menu non vege dan vegetarian. Boleh laaa bawak kengkawan yang vegetarian makan sini. Menu semua pun nampak menarik. Telan air liur kita tengok. Hehee

    ReplyDelete
  2. Wahhhh banyak nya pilihan makanan. Yg grill tu mmg sangat mengiurkan. Huhu.. Harga pun not bad for that kind of option kan. Boleh masuk wish list nih.

    ReplyDelete
  3. syok nya dapat makan di sini... banyaknya makanan... great food nice company... yummy! let's go eat..

    ReplyDelete
  4. Makan jer...bestkan dpt makan sedap..tgk kek coklat Germany.n

    ReplyDelete
  5. Bestnya Zhariff..yang penting semua makanan nampak sedap dan menarik dengan tawaran harga yang berpatutan kannn..

    ReplyDelete
  6. waa baru tau about BBQ Nation ni rupanya mmg dah popular di India yea..tak pernah lagi jejak ke sana but yes good to know! Bagi peminat Indian Cuisine especially peminat restoran BBQ Nation ni pasti excited kan bila ianya dah dibuka di Malaysia ni! Nampak menarik dan banyak pilihan yg ada 😃

    ReplyDelete
  7. I first time dengar pasal tempat ni. Tengok makanan they all menarik dan meriah selection nye. Bolehbla cuba sebab harga pun berpatutan jugak. Nampak semua sedap belaka.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya dieorang ada serve makanan untuk vegetarian. Biasanya kalau keluar dengan kawan yang vegetarian mesti rasa bersalah sebab banyak makanan yang dieorang tak boleh nak makan. Susah nak cari restoran yang betul betul serve untuk golongan vegetarian

    ReplyDelete
  9. Wow bestnya dapat makan sampai ker Taj Mahal hehehe nampak makan semua sedap2 dan enak-enak belaka boleh kita cuba nanti makan kat sini hehehe...

    ReplyDelete
  10. Wah ada cam skewer tu..makan panas memang syok kan. NI mesti rasa 'pure' India la kan. Harga pun macam berbaloi tu, susah nak dapat harga cam tu utk cuisine dr negara lain

    ReplyDelete
  11. Dah pernah makan kat sini. Memag semua menu sedap dan kena dgn citarasa. Tambah menu yg memang dari India tu, memang boleh masuk tekak. Next time nak try makanan lain pula.

    ReplyDelete
  12. Harga makanan dua xdela mahal sangat. Not bad. Dengan pilihan makanan yang sangat banyak memang menarik. Nanti bolehlah bawa famili ke sini hehe

    ReplyDelete
  13. Wah nice konsep , dia ala-ala steamboat jugak la kan cuma ada bbq , macam best je , boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  14. KlaUK sebut pasal bbq, memng gemar sangat. Tapi kalau indian style punya bbq, serius memang tak pernah cuba dan tak jumpa kat kl ni. Now dah tau kat mne nanti bleh la ajak bff chill kat sini

    ReplyDelete
  15. lol, kelakar ayat bawah tu, apapun strawberry coconut lassi nampak sangat sedap.. i rasa i teruja tengok dia punya minuman je instead of food... sebab belum cuba lagi cant comment much based on picture... tapi cara makan bbq guna peralatan ni reminded me of korean movie i watched last time...

    ReplyDelete
  16. excuse me... im hungry now!!! gosh.. reading this at 12pm memang a big mistake... my tummy drumming now!!! hahaha

    ReplyDelete
  17. bbq nation ni kira macam nandos di UK.. lepas ni boleh la rasa makanan pure macam di india.. pilihan dessert pon banyak

    ReplyDelete
  18. Terliur pulak tengok lassi tu.. ada strawberi lagi lah TB suka.. feveret TB tuu... teringin pulak nak makan dekat bbq nation ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini