Assalamualaikum dan salam sejahtera
30 Oktober yang lalu, aku berkesempatan bersama-sama dengan penggiat media yang lain meraikan ulangtahun ke-12 Tony Roma's cawangan Sunway Pyramid. Bersempena dengan ulangtahun ini, Tony Roma's Malaysia memperkenalkan beberapa menu baharu. Jom ikuti butirannya !
Apa yang menariknya ialah, menu-menu baharu yang diperkenalkan ini menggunakan bahan-bahan yang didapatkan sendiri daripada petani-petani tempatan dalam membantu dan menyokong industri pertanian Malaysia. Kesemua bahan-bahan ini didapatkan secara segar setiap hari. Sekaligus, ia juga dapat mempromosikan citarasa tempatan di dalam masakan barat seperti di Tony Rioma's khususnya.
Majlis pelancaran menu baharu sempena ulangtahun ke-12 Tony Roma's ini disempurnakan oleh Dato' Nazipah Jamaludin, timbalan pengarah pengurusan FAMA. Beliau berharap dengan kerjasama ini dapat membuka mata semua akan hasil pertanian di Malaysia yang ternyata setanding dengan penghasilan bahan mentah di luar negara.
Menu-menu baharu ini boleh didapati di semua cawangan Tony Roma's di seluruh Malaysia bermula 1 October 2018 sehingga 30 November 2018. Berikut adalah menu-menu terbaru Tony Roma's :
1. Grilled Lamb Shoulder (RM88.90)
Terdapat 4 hirisan daging kambing untuk satu hidangan jadi portion dia agak besar. Dagingnya sangat lembut dan rapuh di mulut. Ia dihidangkan bersama sos nenas dan juga salsa. Buah nenas didapatkan segar dari Ayer Hitam Johor. Rasa untuk hidangan ini masam dan manis. Sangat nikmat !
2. Ribeye with Green Chili Sauce (RM85.90)
Ribeye steak yang beratnya 10-ounce untuk setiap hidangan ini dihidangkan bersama sos cili hijau. Hidangan ini sangat unik kerana jarang kita nampak kombinasi makanan bersama sos cili hijau. Cili hijau segar yang didapatkan dari Cameron Highlands ini ternyata memberi satu rasa yang sangat enak dan kepedasannya adalah minima. Sesuai untuk mereka yang tak berapa makan pedas.
3. Half BBQ Chicken with Aromatic Ginger Sauce (RM39.90)
Saiz hidangan ini juga sangat besar. Ayam BBQ ini dihidangkan bersama sos halia yang memberikan aroma yang sangat enak dan kombinasi rasa yang padu. Halia segar ini didapatkan di Bentong Pahang. Seperti kita sudah sedia maklum, Bentong Pahang memang terkenal dengan penanaman halia secara komersial dan organik.
Wild Berry Romarita dan Strawberry Romarita (RM 15) |
Nampak begitu menyelerakan hidangan terbaru daripada Tony Roma's Malaysia ini. Memang kenyang betul kami pada masa itu. Apa tunggu lagi ? Ayuh ke cawangan Tony Roma's yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk merasai sendiri kenikmatan ketiga-tiga hidangan ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang Tony Roma's Malaysia :
Website : http://www.tonyromas.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/tonyromasmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/trmalaysia/
Twitter : https://twitter.com/trmalaysia1
Setakat hari ini, terdapat 12 cawangan Tony Roma's di seluruh Malaysia. 9 cawangan di sekitar Klang Valley, 2 cawangan di Johor dan 1 cawangan di Melaka. Ayuh ke cawangan Tony Roma's terdekat anda !
Wahhh nampak menyelerakan. Happy Anniversary TR. Akak suka TR ni. Daging dia dan sos dia memang terbaik. Nyummmyyyy
ReplyDeleteWahh dah 12thn rupanya Tony Roma's ya... Belum pernah makan kat sini. Tapi grilled Lamb Shoulder tu mengancam sungguh! Teruja nak pi rasa.
ReplyDeleteUnik menu TR kali ini. Satu usaha yang bagus untuk memartabatkan produk lokal. Semoga inisiatifi ini membuka mata TGIF, Chilis dan restoran sewaktu dengannya untuk ikut langkah TR ini..Jadi, usahawan lokal akan mendapat lebih manfaat kan! Thumbs up!
ReplyDeleteSlurppp. Boleh cuba ni. Menu baru dengan bulan baru mmg sangat ngam. Bawa anak-anak makan mmg tak benti sebelum habis.
ReplyDeletewah semua menu baru nampak sedap. boleh la belanja husband nanti dia birthday bulan ni
ReplyDeleteSedapnyaaaa. Rasa macam dah bertahun jugak tak makan tony roma's ni. Dah lupa dah camne rasa dia, haha. Nampak gayanya kena la repeat, cuba menu baru dia pulak.
ReplyDeletewow! so many yummy foodie... drooling.. i wanna go tony roma d.. happy 12th anniversary and many more years to go..
ReplyDeleteSaja tau awak tunjuk-tunjuk makanan TR tau.. dah la mmg port kesukaan kak liez klau nak makan ribs.. memang syahdu sgt ribs dkt TR.. ada menu baru lagi so boleh la pujuk-pujuk en suami kak liez pergi makan dkt TR.. nak try lamb shoulder tu
ReplyDeletePelik jugak tu ribeye diaorang pair kan dengan sos cili hijau. Nak tau jugak rasa kombinasi dia tu macam mana
ReplyDeletePertama kali dengar Tony Roma's ni. Dah sambut ulangtahun ke 12 ehh..
ReplyDeleteMungkin tak biasa nampak kot. Tu tak sedar kewujudannya.
Sedap ke rasa dia. Tengok harga boleh tahan.
Hehe
okey..x nak kawan..akak sentap..time akak dlm pantang x leh makamakan sedap2 ni la time tu didia tayang makan sedap..sedeh....kita clash!!!
ReplyDeleteMemang best menu baru dari TR ni. Lagi2 yg ribeye cili hijau tu.Rasa die memang best dan well blend. Nak kene repeat lagi ni.huhuhu
ReplyDeleteTak pernah makan lagi dekat Tony Romas ni..ya ampun daging dia nmpak sedap ye..sambal hijau tu menarik perhatian sungguh, pedas tak..nak kene cuba ni..
ReplyDeleteWah... nie bulan besday Rawlins. Apa kata Zharif belanja Rawlins menu2 baru nie? Hehehe. Memang nampak lazat dan halia Bentong memang best!!
ReplyDeleteSelamat ukang tahun ke 12 Tony Romas, semoga makin sukses bisnis seafoodnya. Makanan yang pedas pedas tuh menggoda selera
ReplyDeleteYerrr Zharif nak belanja kita makan Tony Romas hehehehehe... Bestnya lama tak makan kat sini menu baru ni lagi menyelerakan harga pun boleh tahan hehehehehe kena makan sebelum tahun depan takut kena cukai wakakaka...
ReplyDeleteAmboi..abg kita gi mkn xajak pun?tgk mmg sedap belaka..tentu sedap jan?
ReplyDeleteTak pernah lahi makan dekat Tony Romas ni.. tengok menu2 nampak sedap je.. boleh lah singgah makan kat sini kalau ada ke area dekat2 situ
ReplyDelete