Sunday, November 4, 2018

Hidangan Shell Out Paling Best Di Shah Alam - Ombak Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada mereka yang menyukai hidangan shell out, aku pasti korang tak nak terlepas daripada mencuba menu-menu shell out di Ombak Kitchen. Kenapa ? Jom ikuti butirannya.


Menu shell out sudah pasti menjadi pilihan penggemar makanan laut di luar sana. Aku pasti, mesti ramai yang suka makan makanan laut seperti aku. Sebagai penggemar makanan laut, datang ke Ombak Kitchen ini seperti berada dalam mimpi. Nikmatnya sangat tak terkata.


Hiasan dalaman restoran Ombak Kitchen ini bersuasanakan dalam kapal. Menggunakan rona warna yang gelap, menggunakan tali-tali kapal dan jaring, betul-betul buat rasa macam seperti dalam sebuah kapal.


Aku dan bersama beberapa rakan blogger yang lain ingin menikmati sendiri kenikmatan hidangan menu shell out di sini. Ramai orang dok kata sedap shell out dekat sini, kami jadi penasaran untuk cuba. Mari lihat menu-menu yang dihidangkan pada kami pada malam tersebut.

Menu pembuka selera

Sebenarnya ada 3 menu pembuka selera yang dihidangkan pada kami, tapi maaflah yo, hidangan yang ketiga tu tak sempat nak bergambar dah habis di ngap dikk non. Serious meatball tu sedap gila. Korang boleh lihat dalam menu yang aku sertakan nanti ya.

Kami telah memilih untuk mencuba 3 sos menu shell out pada malam tersebut.

1- Buttermilk Sauce


Aku pasti semua orang tahu rasa buttermilk macam mana. Aku pasti sauce ini akan menjadi pilihan orang ramai di luar sana. Rasa dia sangat creamy, manis-manis lemak. Pasti menjilat jari !

2- Ombak Crazy Cajun


Untuk peminat sos yang berempah, Crazy Cajun nie adalah pilihan yang tepat. Agak sedikit pedas tapi tidak terlampau. Dan yang lebih menarik sekali ialah, mereka tidak menggunakan minyak masak langsung, sebaliknya mereka menggunakan mentega untuk memasak. Jadi yang nampak minyak-minyak kat gambar atas tu, tu bukan minyak dikk, itu adalah mentega.  Rasa sos nie seriously sangat best ! Kena dengan tekak aku.

3- Cheezy Zesty Lemon Sauce


Rasanya hampir sama dengan buttermilk tadi tapi sedikit berbeza kerana terdapatnya rasa-rasa masam dari lemon tu. Sos nya masam-masam manis dan rasanya penuh creamy dan berlemak. Sesuai untuk peringkat umur sebab tak pedas langsung. Budak-budak mesti suka sos nie.


My personal favourite sudah pasti sos Ombak Crazy Cajun tu. Serious sos yang tu sangat sedap gila ! Makan sampai licin kot. Memang sedap sangat makan makanan laut bersama sos berempah dan pedas-pedas. Aku sangat sarankan korang untuk ambil sos nie. Malah menurut pemilik restoran ini, sos Cajun ini memang menjadi kegemeran ramai yang berkunjung ke Ombak Kitchen.

Sebenarnya terdapat 5 jenis sos yang korang boleh pilih. Pemilik restoran sangat baik hati kerana telah memberi kami mencuba rasa kesemua jenis-jenis sos untuk menu shell out ini. 2 menu sos lain adalah Dark Chili Chocolate dan Creamy Tom Yum. Dua-dua nie pon sedap dan bersifat pedas. Dan yang lebih menariknya ialah, pengunjung boleh pilih kadar kepedasan yang dimahukan. Sekiranya jenis yang suka pedas, boleh request untuk naikkan tahap kepedasan sos itu.


Kenapa korang kena datang ke Ombak Kitchen ?

1) Kesegaran makanan laut yang tiada tolok tandingnya. Menurut pemilik restoran ini, mereka hanya menggunakan ketam hidup untuk dihidang pada pengunjung. Bunyi macam kejam tapi sebenarnya itulah prinsip yang dipegang oleh restoran Ombak Kitchen ini. Mereka hanya menghidangkan makanan laut yang segar. Ketam yang sudah mati mereka akan jual semula kepada restoran lain. Menurutnya juga, makanan laut yang segar mempunyai rasa yang lebih sedap dan berbeza berbanding yang sudah mati/frozen.

2) Stok-stok makanan laut di sini dibekalkan setiap hari dari pembekal yang berbeza mengikut jenis makanan laut yang disediakan. Sebab itu, makanan laut di sini sangat segar sebab bukan jenis stok simpan selama seminggu baru digunakan, TIDAK. Ia didatangkan SETIAP HARI. Malah pada hari minggu, stok makanan laut dibekalkan dua kali sehari demi memenuhi permintaan pengunjung yang ramai di hari minggu.


3) Terdapat banyak makanan laut yang di-import dari luar negara seperti Alaskan King Crab, Canadian Red Lobsters, Kupang dan macam-macam lagi. Malah Ombak Kitchen hanya menyediakan udang bersaiz extra large. Udang bersaiz sedih sangatlah tidak dialu-alukan di sini. Harap maaf.

4) Tidak menggunakan sebarang minyak dalam menyajikan menu-menu shell out. Makanan laut semuanya di-stim dan direbus. Penyediaan sos juga tidak menggunakan sebarang minyak. Mereka menggantikan minyak dengan mentega.


Seterusnya, pengunjung berpeluang menikmati hidangan pencuci mulut DIY ini. Hidangan pencuci mulut akan disediakan secara langsung di depan pengunjung. Malah pengunjung boleh request untuk membuat apa-apa corak dan tulisan yang mereka mahukan untuk hidangan pencuci mulut ini. Jadi, kalau nak buat sambutan harijadi ke, bolehlah request untuk ucap selamat hari jadi dekat tulisan tu.

Butiran harga menu-menu di Ombak Kitchen, boleh rujuk gambar di bawah :



Oleh kerana Ombak Kitchen hanya menggunakan makanan laut premium, jadinya harga hidangan di sini agak sedikit mahal. Namun ia setanding dengan kualiti yang ditawarkan pada setiap hidangan. Aku pasti, pengunjung akan berpuas hati dengan hidangan shell out di sini. Tak rugi cuba !


Kalau korang nak cuba hidangan shell out yang super sedap di Ombak Kitchen, boleh dapatkan butirannya di bawah,

OMBAK KITCHEN
5.G.01 D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Waktu beroperasi : 
Hari biasa ( 5.00 PM - 11.00 PM )
Hari minggu dan cuti umum ( 12.00 PM - 12.00 AM )

Tel : 03-7734 4699 / 010-220 5946
Email : ombakkitchen@gmail.com

21 comments:

  1. tak pernah dengar pulak nama restoran ni but definitely will try this one later!

    ReplyDelete
  2. Shell Out ni dah lama diperkenalkan.
    Tapi smpi harini akk tak pernah merasa lagi.
    Dulu masa duduk di gemas ada kedai makan yng sedialan shell out ni.
    Bila agaknya nak merasa ni.
    Terliur tengok yang zharif share ni . 😄

    ReplyDelete
  3. Nampak lain skit resipi dia...tapi kompem sedap kan...
    Nak try jugak lah nanti...mana tau kalau ada ke shah alam ke

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. mesti bertambah sedap sebab restoran tu guna ketam hidup. boleh qiss try nanti dan bawa keluarga sama-sama

    ReplyDelete
  5. Walaupun saya duduk shah alam, tak pernah lagi jejak kaki ke ombak kitchen ni. Selalu je dengar pasal ombak kitchen tapi tak berkesempatan pulak nak pergi makna dekat sini

    ReplyDelete
  6. Mak ai jauhnyaaaaaa. Kalau dekat ruby pergi dah ni. Suka shell out. Sedap mana seafood dengan tangan tanpa rasa bersalah. Hahahaha

    ReplyDelete
  7. Bestnya makan Shell out dah lama tak makan hehehe tangok cikgu pergi ni rasa kita pun nak mengulangi makan kat sini sebab ketam-ketam yang ada semua besar-besar dan juga segar-segar yupppy...

    ReplyDelete
  8. Aduhai terliur nyerr tengok zharif dengan yang lain makan. Dah la kita ni peminat shell out. One day kena pergi try ni

    ReplyDelete
  9. Alamak tiba2 rasa nak repeat lagi. Memang sedap gila shell out dekat ombak kitchen ni. Seafood fresh dan yang penting besar2. Sos cajun die pon sedap sgt. Zharif jom pergi lagi.hehehe

    ReplyDelete
  10. betul sangat, selain makanan yang sedap dekorasi kedai memainkan peranan penting nak pikat mata memandang. lepas tu bersih. Menu dia pun nampak sedap je. Mana tahu satu hari dapat merasa makan kat sini.

    ReplyDelete
  11. owh! bestnye tengok seafood lambak camni. Tempat ni famous pulak tu . Nanti ke Shah Alam boleh ar singgah. serious terliur tengok.

    ReplyDelete
  12. Fav sis shellout ni. Apa shj makanan laut memang fav sis..:).Bila lah nak bawak sis makan sedap2 cam ni ekk..terliur sis tgok korang makan sedap2

    ReplyDelete
  13. Aduhaii.. nie namanya mendera nie.. kalu tak sebab doctor xkasi AM makan seafood, dah la dah ketam tue jadi sasaran.. sedapnya shell out.. xper.. tggu diri pulih dulu pastu nak melantak sebanyak mungkin.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Kita suka sangat makan seafood ni.. Pernah dengar pasal Ombak kitchen sebelum ni. .memang menarik.. Boleh cuba nnati makn dekat sini

    ReplyDelete
  15. Tengok gambar je dah nampak sedap. Nak cuba lah sos Cajun tu sebab suka pedas. One day memang Lia kena singgah jugak

    ReplyDelete
  16. The crazy Cajun looks nice and tempting. New place to explore now. The place look cosy and the food look good.

    ReplyDelete
  17. Kak min dah pernah cuba di Ombak Kitchen ni..hehe memang sedap..kak min paling suka yang creamy sos tu. Lagipun diakan rebus-rebus so memang lebih sihat la..

    ReplyDelete
  18. Pernah makan kat sini dulu masa mula buka. Deorang yang sedap sebab sos dia, unik homemade. Sedap.

    ReplyDelete
  19. That desert is so cute! I've tried the Shell Out at Desa Pandan before and it was really good, will visit the Ombak Kithcen the next round.

    ReplyDelete
  20. Nasib Rawlins pun penggemar seafood hehehe kalau tak, mau menjengah ke sana gak sebab nak merasakan sos yang berbeza tu. Paling menarik adalah dark choc tu - apalah rasanya kan

    ReplyDelete
  21. Boleh tahan juga harga dia. Teringin nak cuba tapi kena fikir banyak kali rasanya ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...