Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahun 2018 hampir melaburkan tirainya, sudahkah anda menunaikan zakat harta ? Sekiranya belum, ayuh bayar zakat anda. Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) baru sahaja melancarkan kempen Jadi Kaya Dengan Zakat. Kali ini menampilkan figura-figura terkenal tanah air. Ikuti butirannya.
Kempen ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff Bersama penampilan istimewa Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman |
Kempen Jadi Kaya dengan Zakat ini adalah satu usaha untuk menghebahkan keberkatan berzakat dan juga bagi memudahkan anda untuk berzakat. Pihak PPZ-MAIWP telah menyediakan EMPAT saluran pembayaran zakat supaya ia mudah untuk masyarakat berzakat. Setiap saluran ini dipromosikan oleh figura-figura terkenal tanah air yang terpilih.
11 KAUNTER PPZ-MAIWP
Dibuka 7 hari seminggu (Termasuk cuti umum) Ia akan beroperasi dari
1 Disember - 25 Disember 2018 (8.15 pagi - 4.45 petang)
Senarai lokasi
kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
|
|||
1
|
Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
|
7
|
KLSC, Wangsa Maju
|
2
|
Plaza RAH, Kampung baru
|
8
|
Masjid Negara
|
3
|
Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
|
9
|
Presint 9, Putrajaya
|
4
|
Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
|
10
|
UTC KL, Pudu Sentral
|
5
|
Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
|
11
|
Labuan Times Square
|
6
|
Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan
Puchong
|
Figura-figura untuk saluran ini ialah Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.
PORTAL PPZ-MAIWP
Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?
- Resit rasmi bayaran online.
- Pengiraan kalkulator zakat secara automatik.
- Pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
- Chatbox FB Messenger menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan.
- Video tutorial panduan pengiraan zakat
- Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat dilakukan.
- Boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.
Bell Ngasri, figura yang mempromosikan saluran Kaunter Zakat Bergerak Amar Bahrin, figura yang mempromosikan saluran Portal PPZ-MAIWP |
KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP
Memperkenalkan perkhidmatan 'Door-to-Door' bagi pembayran zakat RM 5000 dan ke atas. Pihak PPZ-MAIWP sendiri akan ke lokasi rumah anda. Untuk menggunakan perkhidmatan jenis ini, sila hubungi talian zakat di 1300 88 5757
PERBANKAN INTERNET
Sebanyak 14 bank dilantik sebagai ejen pungutan zakat. Jadi pembayaran zakat boleh dibuat menerusi kaunter-kaunter bank yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP
Figura yang mempromosikan saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.
TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
Bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat, Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP telah ditubuhkan. Sumbangan serendah RM 10 membolehkan kanak-kanak ini memiliki tabung khas bagi mengalakkan aktiviti berzakat ini.
PU Azman, figura yang mempromosikan saluran Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP |
Diharap dengan usaha yang dijayakan oleh pihak PPZ-MAIWP ini, tiada lagi yang memberi alasan untuk tidak menunaikan zakat atau menangguh-nangguhkannya. Ayuh bayar zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Setiap pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati khas iaitu kalendar 2019.
Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan butirannya berikut :
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin, Jalan 49/1,
Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Hubungi talian : 03-9289 5757
info@zakat.com.my
" PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT "
bagus dengan ada PPZ kaunter bergerak ni, memudahkan orang ramai nak buat bayaran. maklumlah kita semua kan susah nak cari masa yang sesuai untuk ke PPZ ni, nak kene cuti lagi semuanya kan
ReplyDeleteperlu diwujudkan kaunter bergerak ni ni di semua negeri kan...senang nak bayar zakat so takde la yang culas lagi
ReplyDeleteBanyak saluran untuk bayar zakat sekarang ni kan. Tak payah pergi cawangan pun tak apa still boleh tunaikan zakat. Selalu jugak nampak kaunter bergerak PPZ ni dekat event-event especially Putrajaya.
ReplyDeletebagus kempen macam ni nak menggalakkan orang berzakat.senang je sebenarnya nak berzakat ni kena cari saluran yang betul dan cara yang bersesuaian dengan kita je.
ReplyDeleteBagusnya dengan adanya saluran untuk bayar zakat ni. Senang untuk umat Islam menunaikan zakat. Lagi pula nak kira jumlah zakat yg perlu dibayar pun mudah.
ReplyDeleteWow kempen kaya dengan berzakat setuju saya Alhamdulillah setiap bulan bayar zakat dan potong terus dari gaji memudahkan dan dengan ada online sekarang semua boleh buat terus dan cepat...
ReplyDeleteBagus ada saluran mudah untuk pembayaran zakat. Harap pihak zakat juga dapat menyalurkan hasil zakat kepada pihak yang sangat memerlukannye. Secara langsung harap pengurusan uruskan dana dengan secara bijak dan saksama.
ReplyDeleteAM suka inisiatif yang diambil oleh pihak PPZ ini.. sangat mudah, boleh dibuat di mana2 kaunter yang diiktiraf serta penuh informasi yang padat. tiada alasan lagi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim..
ReplyDeleteDah semakin mudah untuk dapatkan info tentang zakat dan swmakin mudah untuk pembayar membuat pembayaran zakat.
ReplyDeleteBagus kan kalau pusat zakat buat kemudahan macam ni. bukan la malas nak pegi kaunter, tapi actually senang sbb tak bazir masa nak beratur ambik nombor semua tu. sy pun duk guna online je bayar zakat. good job, ppz!
ReplyDeleteBanyak juga cara nak bayar zakat sekarang ni.baru tau pasal tabung zakat utk didik anak tu..bagusla..takde alasan lagi tak dapat bayar zajat kan.zakat ni banyak bantu golongan asnaf, meringankan beban mereka
ReplyDeleteBagus juga ada artis-artis yang bantu PPZ untuk promosikan kempen zakat ini. Moga terbuka hati mereka-meraka untuk menunaikan zakat. InsyaAllah
ReplyDeleteWah banyak cara mudah nak bayar zakat tak payah nak susah payah nak gi kaunter. Nak parking lagi dengan jem lagi. Semoga kempen ini diteruskan dan memberi kesedaran umum kepada masyarakat.
ReplyDeleteBanyak kempen yg telah dianjurkan oleh Ppz. Semuanya bagus kerana dapat
ReplyDeleteMengajak lebih ramai muslim dan muslimat untuk bayar zakat. Apatah lagi boleh bayar secara online memang terbaik
Zakat ni, Ruby tahu zakat fitrah bulan Ramadan aje. PPZ kena educate rakyat Malaysia tentang zakat Harta, zakat perniagaan, zakat emas. Supaya mereka tahu, bahawa jika mereka mampu memiliki perniagaan, emas dan harta banyak. Berzakatlah, agar semua itu diberkati. InsyaAllah.
ReplyDelete