Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bandaraya Kuala Lumpur kini dihiasi dengan lukisan-lukisan indah oleh anak bangsa bersempena dengan kempen Art In The City yang akan berlangsung selama 6 bulan. Kempen ini menampilkan 14 hasil seni daripada 13 pelukis yang cukup berbakat. Jom ikuti butirannya !
Art In The City ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kewujudan bakat-bakat anak bangsa. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lagi anak muda mengasah bakat mereka dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke galeri-galeri seni dan muzium-muzium di sekitar Kuala Lumpur. Hasil seni anak bangsa kita ini boleh disaksikan di lokasi-lokasi yang strategik dan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Malah hasil seni ini dapat dilihat dari jauh kerana saiznya yang besar dan jelas.
Persembahan pembukaan yang cukup bertenaga |
Selain daripada itu, Art In The City ini juga menampilkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang mana rakyat Malaysia boleh turut serta seperti lukisan mural, menyaksikan persembahan bulanan kolaborasi bersama PUSAKA, program mentorship daripada pelbagai organisasi. Tema Art In The City menceritakan tentang masyarakat kita yang kaya dengan kebudayaan dan cerita. Kuala Lumpur kini tampak lebih menarik dengan adanya hasil seni gergasi yang berwarna-warni ini. Buat penggemar seni di luar sana, ini adalah salah satu tarikan yang anda kena lihat dan saksikan sendiri.
Kempen Art In The City ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khalid Bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau sangat menunjukkan sokongan yang padu ke atas kempen ini demi mengangkat lagi bakat-bakat seni anak bangsa ke persada antarabangsa.
Barisan artis-artis dan juga agensi-agensi yang terlibat |
Pihak CENDANA telah bekerjasama bersama Kuala Lumpur City Hall untuk menentukan lokasi-lokasi yang terpilih untuk menempatkan hasil-hasil seni ini. Kempen ini juga mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan dan KL Hop-On Hop-Off.
YB Tuan Hj Khalid menyaksikan hasil karya Samantha Cheah |
Berikut merupakan karya seni yang terpilih dan lokasi ia ditempatkan.
Artist
|
Karya Seni
|
Lokasi
|
Dato’ Mohd Hoessein
Enas
|
Dulang
Washer
|
Wisma
Maran
|
School
Children
|
Permodalan
Nasional Berhad
|
|
Kok Yew Puah
|
Camera
View of a School Children Laughing
|
Permodalan
Nasional Berhad
|
Datuk Ibrahim Hussein
|
Genting
|
Balai
Seni Negara
|
Suzi Chua
|
Gentle
Giant
|
KL
Citywalk
|
Brindha Kumar
|
Culture
Syok
|
Bursa
Malaysia Berhad
|
Syamsul Addenno
|
Silent
Unity
|
Permodalan
Nasional Berhad
|
Samantha Cheah (Yueyue)
|
Be
With Me, Brave Heart
|
Digital
Billboards
|
Muhammad Najib Bin
Tumiran
|
Tapau
|
Digital
Billboards
|
Ahmad Sanuri Zulkefli
|
Pusaka
|
Digital
Billboards
|
Jing Chung
|
1
Malaysia
|
Digital
Billboards
|
Nor Aziela Binti Ahmad
|
Simpodium
City
|
Digital
Billboards
|
Sivabalan Arumugam
|
Stand
Together
|
Digital
Billboards
|
Natasha Iman Bt Muhamad
Razib
|
Kueh
|
Digital
Billboards
|
![]() |
Antara hasil karya yang sempat saya ambil |
![]() |
Unik dan berwarna-warni |
Semoga usaha murni ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan masyarakat Malaysia dan menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah tempat pelancongan yang memaparkan kekayaan budaya dan 1001 cerita indah. Terima kasih buat CENDANA di atas usaha ini !
Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan di laman web rasmi :
Ikuti hashtag berikut di laman social untuk menyaksikan keindahan karya ini di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur :
#CENDANAMalaysia #ArtInTheCityKL
Walaupun tangan tak berseni nak melukis, I've always have this appreciation towards arts. Sebab unik sangat setiap satunya. Bagus sgt ada program mcm ni, menghargai karyawan seni di luar sana.
ReplyDeleteSukanya TB kalau dapat join event2 yang melibatkan seni dan lukisan painting macam ni.. tambah-tambah lukisan yang ada terselindung makna simbolik tu kan.. suka tengok kreativit diorang .. ni letak kat ruang pameran.. lagi la syok tengok
ReplyDeleteSeronok tengok hasil seni mereka. Ruby pun salah seorang yang minat art. Tak sabar nak tengok Kuala Lumpur di penuhi dengan lukisan. Macam di Australia tu.
ReplyDeleteBagus betul usaha yang dilakukan ni, dengan pemilihan tempat tu mmg bagus sebab kadang2 ada jugak yg jenis tak berapa nk ke museum kan so bila mereka adakan di pelbagai tempat2 startegik dan tumpuan ramai mcm tu, at least senang dan boleh tarik lebih ramai orang baik Malaysian mahupun tourist yg ada di area situ. Cantik2 belaka art2 yg ada, qeela mmg suka betul tgk style mcm ni. Nice!
ReplyDeleteSerious good initiatif for local art. Not many commercialize being done for such industry. The art look awesome and spectacular. I hope they continue this for a long time.
ReplyDeletePerlu ada event sebegini dan badan yang menganjurkan supaya dapat memperkenalkan bakat2 artis yang ada di Malaysia. Kagum dengan hasil dan maksud di sebalik setiap hasil karya yg dihasilkan. Platform bagus utk memperkenalkan bakat, budaya Malaysia seterusnya promoting industri pelancongan negara.
ReplyDeletePehhh. You make me miss art! The last time I do art was back when I was 17 hahaha. Creative nya! Suka gila gambar monkey tu hahhaa. Nampak berseni dan menarik perhatian. Sampai bila je Art in the City ni Zharif? Teringin pulak nak pergi.
ReplyDeleteSuka bila ada inisiatif mencantikkan bandaraya macam ni. Apatah lagi dengan seni. Dapat mengangkat karya seni tempat ke aras yang lebih baik
ReplyDeleteWalaupun nad jenis memang tak berseni orangnya, tapi suka tengok lukisan orang ni. Dahla cantik menarik..bagus malaysia ada buat macam ni..
ReplyDelete