Thursday, November 1, 2018

Potatoes USA Membekalkan Lebih Tenaga Untuk Jalani Kehidupan Yang Aktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda seorang yang aktif bersukan ? Kalau ya, kita geng ! Aku juga aktif bersukan dan sering kali turut serta dalam acara larian. Baru-baru ini aku telah menyertai acara marathon sejauh 5km. Dan amat penting sekali untuk aku makan makanan yang membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti sukan.


Kali ini, aku berada di Putrajaya Night Marathon 2018 yang diadakan pada 27 October yang lalu. Aku dapat menyaksikan sendiri kegigihan dan semangat yang ada pada setiap pelari yang turut serta dalam acara larian ini. Semuanya sangat bertenaga dan tak sabar untuk memulakan larian sejauh 21km dan 42 km.


21km dan 42km tu bukan dekat dikk. Jauh. Sedangkan larian 5km tu pon aku mengambil masa hampir 2 jam untuk tamatkan, inikan pula 21km. Rasanya krismas tahun depan pon tak sampai lagi dikk. Mesti perlukan stamina yang tinggi untuk menamatkan larian sejauh ini. Aku jadi tertanya-tanya, apakah persediaan yang mereka buat dan amalkan untuk menyiapkan diri dalam acara marathon seperti ini.



Sempat aku berborak dan mendapatkan tips daripada seorang rakan blogger yang cukup aku kenali, Achik Huda. Beliau memang giat turut serta dalam acara marathon seperti ini. Dan tidak aku sangka, rahsia beliau kekal bertenaga dan sihat adalah daripada pengambilan makanan seimbang setiap hari.


Beliau juga turut menekankan, sekiranya beliau memerlukan tenaga yang lebih, beliau akan melebihkan pengambilan kentang dalam pemakanannya. Dan pilihan beliau adalah Potatoes USA. Potatoes USA adalah sebuah jenama yang ditubuhkan sejak tahun 1971 di Denver, Colorado USA. Ia ditubuhkan oleh sekumpulan petani yang aktif mempromosikan kebaikan dan khasiat memakan kentang. Kini, Potatoes USA merupakan pembekal sayuran terbesar di dalam industri sumber makanan. Malah, penanaman kentang secara pukal ini juga bersifat organik tau.



Kentang merupakan sayuran yang sarat dengan nutrisi dan khasiat. Ia kaya dengan karbohidrat, potasium dan tenaga. Jangan terperanjat pula kalau aku cakap, kentang membekalkan lebih potasium berbanding pisang. Sangat bagus untuk diamalkan buat mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif.


Untuk pengetahuan korang semua, terdapat 7 jenis kentang utama di dunia ini. Ketujuh-tujuh kentang ini mempunyai keunikkan rasanya yang tersendiri. Korang boleh dapatkan ketujuh-tujuh jenis kentang ini di pasaraya-pasaraya besar. Kalau korang nak tahu info lanjut mengenai kebaikan dan jenis-jenis kentang yang ada, klik di laman sesawang berikut :



Selain itu juga, korang boleh dapatkan resipi-resipi masakan kentang di laman-laman sesawang berikut. Jadi, bolehlah pelbagaikan masakan korang nanti, tak adalah jemu masak masakan yang sama setiap hari. Macam-macam boleh buat tau dengan kentang nie. Korang boleh panggang, rebus, masak guna microwave, bakar dan macam-macam lagi.



Rupanya, itulah rahsia atlet-atlet yang aktif bersukan untuk mendapatkan tenaga yang tinggi. Tak hairanlah mereka boleh kekal aktif dan berstamina untuk menamatkan larian marathon sejauh 42km ini. Namun sayang sekali, ketika Putrajaya Night Marathon 2018 berlangsung, hujan telah turun dengan lebatnya, diikuti dengan panahan petir. Selepas satu jam wisel mula ditiup, larian tersebut terpaksa dibatalkan dan diminta semua pelari berpatah balik atas faktor keselamatan.


Apa-apa pon, aku sangat tabik dengan semangat dan kesungguhan setiap pelari pada malam itu. InsyaAllah, tahun depan aku juga ingin turut serta dalam acara larian marathon seperti ini.

21 comments:

  1. Baru tahu akan kelebihan kentang ni boleh membantu dalam mengekalkan tenaga.
    Boleh la amalkan.
    Menarik aktiviti larian jauh2 km ni. Tapi kena kekuatan mental jugak kan.

    ReplyDelete
  2. Memang kena beli stok kentang kat rumah sebab anak2 akk suka makan kentang ni, boleh pelbagaikan masakan dgn kentang ni...cucuq kentang pun boleh buat

    ReplyDelete
  3. Wah baru tahu ada 7 jenis kentang ni pula.Baguslah siap ada resepi lagi bolehlah try buat kat rumah,boleh pelbagaikan resepi kentang.Dulu-dulu memang rajin ikut acara larian marathon sekarang rasanya dah tak boleh dah.

    ReplyDelete
  4. waa bagusnya sambil ber exercise dgn join marathon tu, sambil tambah info dan ilmu mengenai kentang2 yang ada di pasaran dan juga mengenali dengan lebih dekat jenama tu kan. Qeela anak beranak mmg suka makan kentang, usually pilih yg non gmo kalau xdpt yg organik. Mmg betul kentang ni best sbb mcm2 style masakan boleh buat, our most favourite western / italian style hehe.

    ReplyDelete
  5. aida 2 kali register to join fun run, zharif. both runs tak dpt gi.
    amik goodies bags jer. sebab ada program anak2 yg wajib gi.
    aduhai.
    best join fun run / fun walk ni. sihat. ceria. sesape yg kurang motivasi, terus mencanak-canak motivasi nyer :)
    excited abis!
    kentang memang wajib ada dlm fridge aida.
    kentang goreng.
    kentang cheese bakar dlm oven.
    sheperd pie.
    kentang sambal.
    kerepek kentang.
    pendek kata, kentang is my favourite lah.

    ReplyDelete
  6. Perghh. .. Marathon 42km! Gigihnya... Nina memang tak mampu. Dengan asthma, naya jer. . . Apa pun kita memang suka kentang! Sedap

    ReplyDelete
  7. hey ingatkan dia lari juga..hehee..bagus join marathon macam ni..wah potato kita suka..makan potato boleh buat badan tenaga..bgusnya..hehee..

    ReplyDelete
  8. Wah!! 21 km & 42 km.. dengar pun AM rasa nak pengsan.. AM baru tau makan patota bagus utk tenaga.. kalu AM mkn mesti lari laju mcm road runner tue kan?? Yiba yiba angere angere!! Zasss

    ReplyDelete
  9. Oh baru tau ada 7 jenis kentang. Penah rasa Potatoes USA ni. Btw, tak tahu kelebihan kentang jenis ni. Biasa dlm masakan Kak Bell memang suka masukkan kentang. Boleh lah buat breakfast dengan kentang lepas ni. Mat saleh sket kan.

    ReplyDelete
  10. Wow lari dapat kentang heheheh kita pernah makan kentang USA ni memang best dan sedap buat masak resipi memang terbaik. Tapi nak lari kita agak susah sikit hehehehe gigih berlari good luck....

    ReplyDelete
  11. Saya memang kena ada stok kentang ni dekat rumah. Mesti tak putus stok kentang. Dia bekalkan tenaga sebab dia karbo kan?

    ReplyDelete
  12. Baru tahu ada 7 jenis kentang utama kat dunia ni. Kalau diet memang tahu kentang sesuai diamalkan untuk kekal bertenaga dan sihat. Makan kentang saja pun kenyang dah kan.

    ReplyDelete
  13. Tiba - tiba teringat kentang goreng ... Rasa lapar balik tengok kentang ..huhuhu

    ReplyDelete
  14. patut la hebat sebab makan potato dari USA rupanya..kalau mcm ni mmg nak kena tukar beli kentang USA untuk jadi dapat lebih tenaga la gini...

    ReplyDelete
  15. Bestnya dpt join fun run..tpi tu la nak.join apa2 run pun stamina kena cukup. Kalau tak nanti pancit and dahaga macam tak ckup tanah...
    Makanan sebelum nal.join run tu kena particular skit kan

    ReplyDelete
  16. What's up, after reading this remarkable piece of
    writing i am as well cheerful to share my experience
    here with colleagues.

    ReplyDelete
  17. Rawlins pun suka kentang tapi silap sebab ambil kentang goreng hahaha. Thanks sebab share pasal kebaikan kentang. Boleh la amalkan dengan lebih berkesan lepas nie untuk acara bersukan.

    ReplyDelete
  18. Bru tahu yg potato baik untuk membekalkan tenaga. Memang suke makan kentang lagi2 yg jenis mash. Bagus juga idea potatoes USA taja program macam ni so lepas ni org ramai tahu pengambilan kentang bagus untuk tmbh stamina untuk aktivit cm ni

    ReplyDelete
  19. I didn't know potatoes were so nutritious, I shall add this into my ffamily's diet to keep our energy

    ReplyDelete
  20. Bila tgk potatoes tu mmg fav kak liez.. xkisah masak apa mmg selalu ambik kentang dulu.dah berlari gak la dah lama sgt tak join event run sejak kahwin..

    ReplyDelete
  21. wajib ada kentang dalam rumah. sebab sesuai makan dengan apa2 jenis hidangan. Betul, di america, mereka mmg jadikan kentang sebagai makanan utama. mengenyangkan pulak tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...