Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan melawat tapak satu projek perumahan di kawasan Sepang untuk mendengar sendiri perincian mengenai projek perumahan ini. Projek perumahan ini diberi nama Taman Salak Lestari. Projek ini sudah 80% siap dan hanya berbaki 20 unit sahaja yang tinggal untuk dimiliki. Jom ikuti butirannya !
Taman Salak Lestari, Sepang
Taman Salak Lestari ini dibina di atas tanah rezab Melayu yang terdiri daripada 17 buah rumah teres satu tingkat dan 35 buah rumah teres 2 tingkat. Untuk rumah teres setingkat, kesemua unit sudah siap. Manakala untuk unit rumah teres 2 tingkat sudah masuk 80% siap dan dijangka siap insyaAllah pada awal tahun hadapan.
Lakaran ilustrasi Taman Salak Lestari |
Pelan susur atur geran individu |
Ye, sungguh. Kawasan Taman Salak Lestari Sepang ini sangat strategik dari segi kedudukannya. Menurut Hj Azmi, pembangun projek perumahan ini, beliau ada memberitahu, Sepang telah dinobatkan sebagai kawasan luar bandar yang paling pesat membangun. Maka tidak mustahil 10 tahun akan datang, ia akan menjadi salah sebuah kawasan pesat tumpuan pengunjung.
Taman Lestari Sepang Berkedudukan Strategik
- 4 minit untuk ke stesen ERL, Pasaraya Kip Mart dan juga McDonalds
- 10 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat membeli-belah Mitsui Outlet, Dengkil dan Universiti Sains Islam Malaysia.
- 15 minit untuk ke Putrajaya, Cyberjaya dan Pusat membeli-belah D'Pulze
- 30 minit untuk ke Kuala Lumpur, Petaling, Subang, Shah Alam
Bukan itu sahaja, bahkan kawasan Sepang ini dihubungkan dengan jaringan lebuhraya yang sangat dekat. Maka mudahlah penghuni di kawasan ini untuk ke mana sahaja menggunakan kemudahan lebuhraya yang ada.
Unit rumah Teres 2 tingkat
Lakaran pelan rumah teres 2 tingkat (Unit tengah) |
Taman Salak Lestari menyediakan 35 buah unit rumah teres 2 tingkat yang berkeluasan 20' x 67'/69' setiap unit. Rumah teres 2 tingkat ini mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai ahli yang ramai.
Pandangan dari pintu masuk |
Tingkat 1 (Ruang tamu, dapur, bilik air, stor bawah tangga dan bilik 4) |
Pandangan dari pintu belakang |
Tingkat 2 (Ruang keluarga, 3 bilik tidur, 2 bilik air) *Terdapatnya balkoni untuk unit lot |
Unit tengah dan unit lot hanya dibezakan dengan balkoni sahaja. Namun begitu, unit tengah mempunyai ketinggian syiling yang lebih tinggi berbanding rumah unit lot. Isi rumah yang lain sama sahaja baik unit lot mahupun unit tengah.
Pandangan daripada pintu master bedroom |
Panorama view master bedroom |
Bilik 2 dan 3 yang disambungkan dengan tandas |
Rekabentuk luaran rumah teres 2 tingkat Taman Salak Tinggi bersifat minimalis. Tampak cantik dan indah dipadankan dengan warna cat yang gelap. Apa yang menarik ialah, kelebaran jalan di Taman Salak Tinggi ini sangat luas. Keluasannya seluas 50 kaki lebar.
Untuk harga unit perumahan di Taman Salak Lestari ini masih lagi pada kadar yang berpatutan
Rumah teres 1 tingkat (3 Bilik 2 Bilik Air) : Bermula RM 350,000
Rumah teres 2 tingkat (4 Bilik, 3 Bilik Air) : Bermula RM 440,000
Ini merupakan tawaran yang baik untuk mereka yang mengidamkan untuk memiliki rumah landed sendiri. Hal ini kerana, ia menyediakan 100% kemudahan pinjaman dan zero entry cost bagi memudahkan urusan jual beli hartanah di sini.
Setelah melawat sendiri tapak projek dan showroom Taman Salak Lestari ini, aku dapati ia merupakan satu pelaburan hartanah yang bagus. Fitrah Properties, pemaju untuk projek perumahan ini sangat menitikberatkan keselamatan untuk setiap unit rumah di sini. Kami dimaklumkan, pemaju menambak tanah sedalam 7 meter bagi memastikan kawasan ini kukuh dan berisiko rendah untuk banjir. Jaminan selama 2 tahun oleh pemaju juga diaplikasikan yang mana mereka akan sentiasa memeriksa dan menyelenggara setiap unit rumah di sini sekiranya berlaku kerosakkan.
Pemaju : Fitrah Properties Sdn. Bhd.
Hj Azmi, Pemaju projek Taman Salak Lestari yang sangat bermisi dan visi yang tinggi |
Sedikit latar belakang mengenai Fitrah Properties. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 2013. Usianya kini sudah menjangkau 5 tahun dan telah menyiapkan beberapa projek perumahan sebelum ini. Yang terbaru, projek pembinaan rumah AAkh yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi baru sahaja selesai penyerahan kunci kepada tuan rumah. Projek tersebut merupakan projek rumah berkembar 2 tingkat dan juga rumah teres superlink 2 tingkat.
Sekiranya anda berminat dengan tawaran ini, boleh dapatkan butirannya di bawah :
TAMAN SALAK LESTARI, SEPANG
Lot 2194 & Lot 2195, Kampung Baru Labu Lanjut, Mukim Labu, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.
FITRAH PROPERTIES SDN. BHD.
No 37, Jalan Seroja 4, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8706 5254
Whatsapp : KLIK SINI
Instagram : https://www.instagram.com/_fitrah_properties_/
wow.. left 20 units only? looks like it's a great deal.. nice to stay in property like this, isn't it? cool!
ReplyDeleteSuka tengok design layout rumah ni. Luas dan cantik. Tersusun elok. Kebanyakan rumah area KL dan tengah bandar Selangor sekarang ni design kecil dan mengarut. Geram tengok. Tapi yang ni serius cantik
ReplyDeletecantiknya reka bentuk rumah ni.husband ada tanya haritu nak plan beli rumah tapi masih dalam perancangan.kena suruh dia survey sini ni
ReplyDeletewah .. bestnya.. bilalah dapat memilik rumah landed macam ni.. syoknya kalau ada rumah sendiri.. lawa pulak tu design dia.. hehe.. boleh gitau kawan2 yang sedang mencari rumah..
ReplyDeletetgok show house ni nampak cantik dan mmoden sgt..akak suka rumah macam ni...menarik...kalau la akak x beli bemah lagi...for sure akak pi cari kat sini....
ReplyDeleteOhh I love houses, nowadays susah nak dapat rumah teres, all condos, it's a good investment for those who are looking for their first home.
ReplyDeleteWah dekat sangat dengan rumah ni. Cantik dan luas. Memang kawasan situ tengah membangun dan lepas ni banyak la kemudahan baru. Beli rumah area sini mmg satu pelaburan bijak
ReplyDeleteAla lambat sangat nak promote kat kita dah beli rumah baru nak beli rumah bawah ni hehehe cantik besar dan harga berpatutan juga ok lah menarik ni tak apa nanti kita bincang dengan family nak beli satu lagi hehehehe...
ReplyDeleteLast 20 unit... Yg mencari rumah area sana boleh consider ni, harga pun menarik. Design rumah dan built-up are pun macam 👍👍👍
ReplyDeletemenarik yer, rumah harga pun okay, lokasi pun menarik. Nampak luas dan moden design rumah ni. kalau dok area sana memang nak beli jer.
ReplyDeleteNapela rumah ni mahal-mahal haha , tapi cantik design nyaaa . Pheww hope one day dapat jgk beli rumah sendiri
ReplyDeletesekarang ni masing2 nak cari yang berkedudukan strategik. sebab nak dekat dengan kemudahan awam. perumahan ni pun nampak lawa. so kira perfect jugalah
ReplyDeleteBesar jugak ya ruang tamu dia. Harga pun still murah berbanding di KL. Mana nak dapat rumah landed dengan harga macam ni kat KL..tapi tu lah..siapa yang dok opis KL susah le nak ulang alik, jauh le sikit
ReplyDeletelayout rumah cantik dan luas! Harga pun menarik jugak! Zharif ada book satu unit ke?
ReplyDeleteTengok iklan jual rumah macam ni, teringinnya la hai. Tapi sekarang memang tak mampu la. inshaAllah di masa akan datang. Hehe. Rumah2 macam ni nampak cantik.
ReplyDeleteKalau ada kemampuan sesiapa pun hendak beli rumah yg ikut bujet masing2
ReplyDeletei believe now is less than 20 units.. really selling fast like Hot Cakes!!!!
ReplyDeleteSerius berbaloi tengok harga rumah, sq feet rumah & lokasi..sedia maklum, Sepang memang tmpt tengah membangun..dkt ngn KLIA lak tu..ada peluang, wajib grab
ReplyDeleteTengok dari luar dah cantik rumah ni..apa lagi masuk dalam..besar dan luas..memang best la kalau dapat rumah dekat sini..
ReplyDeletesuka dengan design rumah ni, nampak besar sekali. kalau dapat rumah macam ni memang best boleh deco-deco hi hi hi
ReplyDelete