Friday, October 19, 2018

Keseronokkan Bangi Wonderland. Seronok Ke ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan lepas aku pergi ke Bangi Wonderland. Baru hari nie sempat nak cerita pengalaman bersuka-ria di sana. Bangi Wonderland nie baru je dibuka kepada umum tahun lalu dan aku percaya, korang pon pasti tahu akan kewujudan tempat nie sebab pernah tular di sosial media suatu masa dahulu sebelum dibuka.


Persoalannya, berbaloi ke datang ke sini dengan harga tiket sebegitu ? Mari kita rungkai persoalan ini.

Harga tiket Bangi Wonderland

Harga tiket boleh rujuk gambar di atas. Bagi aku personally, harga tiket agak sedikit mahal lah. Tapi untuk sekali-sekala datang, tak apa kot. Okay, sekarang kita tengok apa yang Bangi Wonderland tawarkan kepada pengunjung-pengunjungnya. Maaf, aku tak banyak sangat ambil gambar. Cuma banyak ambil video je sebab tak terfikir pon untuk update pengalaman datang ke sini.


Bangi Wonderland nie merupakan taman tema air, jadi korang jangan nak expect macam berada di Sunway Lagoon pulak. Hanya ada permainan air sahaja. Tiada yang lain. Banyaklah jenis-jenis permainan air yang ditawarkan di sini.


Yang paling best, Magic Funnel atau nama popularnya vuvuzuela di taman tema air yang lain. Memang best yang nie. Dua kali naik kot. Memang best ! Ingat nak naik lagi, tapi penatlah nak angkut pelampung tu naik ke tempat perlepasan. Berat kot pelampung dia. Aku sempat cuba kesemua permainan air yang ada di sini. Cuma Wonder Loop je tak dapat main sebab masa tu tengah dibaikpulih. Jadi ianya ditutup.



Apa yang best datang ke Bangi Wonderland ?
  • Tak ramai orang, kecuali kalau korang pergi masa cuti umum. Tapi still consider tak ramai berbanding di taman tema lain. Datang hari biasa, atau sabtu ahad sekalipun, tak perlu beratur untuk main semua benda kat sini. Itu yang best tu. Tak perlu tunggu lama.
  • Kemudahan locker untuk pengunjung simpan barang dan harga locker agak berpatutan.
  • Menawarkan aktiviti air yang best dan pelbagai.

Apa yang tak best datang ke Bangi Wonderland nie ?
  • Tak ada wow faktor yang betul-betul buat aku rasa nak datang lagi
  • Walaupun banyak keseronokkan yang ditawarkan, aku tetap merasakan kehambaran tempat ini.
  • Harga tiket yang mahal dan tak berbaloi untuk datang


Adakah aku akan datang lagi ke sini ?

Akan datang lagi kalau dapat tiket percuma. Kalau bayar sendiri, mungkin tak kot. Hahaha. Inipun aku datang sebab aku dapat 5 tiket percuma masa aku hadiri rumah terbuka Gaya Travel bulan Syawal yang lalu. Jadi, aku bawak lah 4 ketul nie datang sini sebelum tiket tamat tempoh.


Ini merupakan pendapat peribadi aku. Korang mungkin mempunyai pendapat yang lain. Apa-apa pun, Bangi Wonderland satu tempat yang sesuai untuk bawa seisi keluarga untuk berhujung minggu. Aku pasti budak-budak mesti suka datang ke sini untuk main air.

Harga locker di Bangi Wonderland


Rasanya itu sahaja kot untuk entri kali ini. Maaf tak dapat nak cerita dengan lebih terperinci sebab tak ambil gambar banyak pon dan tak terfikir pon untuk update dalam blog. Boleh saksikan video di bawah ketika kami berada di Bangi Wonderland. Enjoy !


14 comments:

  1. Bestnya main air kat bangi wonderland ni! Nnt ada masa nak bawa famili dan anak2 pergi jugak skali.

    ReplyDelete
  2. waa thanks for the review. Simple pon tapi at least dapat lah jugak most insight macam mana kat sana kan hehe. So far banyak jugak dgr rata2 kawan yg dh pergi ke sana ckp tak berapa best, tapi qeela tak tau la kan sbb tak pernah pergi lagi. Sama jugak la kot kalau ada dpt tiket free bolehla nk pergi bawak family haha.

    ReplyDelete
  3. Pernah dan dan selalu nampak iklan Bangi Wonderland ni...tp x pernah pergi lagi..fee pun murah jugak kan..nanti nak bawak family dtg sini la...x jauh pun dari Seremban

    ReplyDelete
  4. aida terpaksa setuju dgn zharif.
    tiket tu mahal. sepatutnya utk locals, kena lebih murah.
    rm25 for adult. child less than RM20.
    baru lah lebih ramai org boleh dtg bergembira.
    aida lom singgah sini lagi, zharif.
    hi hi waterpark di Melaka ada, pun lama tak singgah :)

    ReplyDelete
  5. Sesekali pergi taman tema air tu seronok juga. Boleh main puas-puas itupun kalau larat hehe

    ReplyDelete
  6. Masa awal tu mmg byk komen negatif pasal Bangi Wonderland ni...termasuklah harga makanan yg tak masuk akal tuu..hahaha...tapi Sally belum sampai lagi..jadinya tak mampu la nak judge :P

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat tiket free tu hehehe.semakin maju zarif.keep it up.amni dekat dgn bangi pun tak pernah singgah lagi sana haha.

    ReplyDelete
  8. Waaa zarif sakan nampak hahahaha.bestnya nampak main situ.tapi ramai cakap mmg best bangi wonderland ni.

    ReplyDelete
  9. Bangi wonderland ni sesuai tak kalau bawa baby ya? anak i baru setahun lebih tapi rasa macam nak bawa dia mandi manda macam ni. share ya if sesuai

    ReplyDelete
  10. Bestnya! ada juga plan nk pergi sini tp nanti lah bila ada masa ;)

    ReplyDelete
  11. Bestnyer dapat main air!! Meriah benor.. seronok AM tgk.. siap wat video parodi lagi.. memang AM terhibur tgk video cenggini..

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing your experience....mcm jauh sangat lah nak ke sana dari Sabah....but maybe kalau ada kesempatan jika kebetulan lalu kat sana..akan singgah menikmati kolam renangnya =)

    ReplyDelete
  13. Not bad la. Boleh tahan banyak jugak permainan yang deorang ada. Best nak pegi sebab tak ramai orang. Haha

    ReplyDelete