Thursday, October 11, 2018

Penjenamaan Semula FLEUR Kepada FLERR & Pelancaran Wangian Kereta Le'Clipse

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri pelancaran penjenamaan semula jenama FLEUR kepada FLERR. Memang meriah betul majlis nie. Jom ikuti butirannya !


Untuk pengetahuan korang semua, FLEUR merupakan sebuah jenama tempatan di bawah syarikat DISA SYNERGY SDN BHD. Ia telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2016. Usianya kini sudah menjangkau 2 tahun. Tapi kini, FLEUR membuat keputusan untuk mengubah ejaan jenamanya kepada FLERR atas beberapa sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.


FLEUR merupakan perkataan bahasa Perancis yang mana ia membawa maksud bunga. Oleh kerana terdapat jenama lain yang menggunakan perkataan FLEUR ini sebagai jenama dan sudah didaftarkan, oleh itu, pengasas wangian kereta FLEUR mengambil keputusan untuk menukar nama jenamanya untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

Tapi tak perlu risau buat pengguna-pengguna setia FLEUR di luar sana, ia masih dengan sebutan yang sama, cuma berbeza dari segi ejaan sahaja. Jadi lepas nie, kalau nampak wangian kereta jenama FLERR di pasaran, jangan ingat itu jenama ciplak pula ya. Ia adalah jenama FLEUR yang telah ditukar nama. Jadi buat pengguna wangian kereta FLEUR, mohon cakna akan perubahan ini ya.


En Suhaimi Saiful merupakan pengasas jenama ini. Bekerjasama bersama En Rafik Dill untuk menubuhkan jenama yang asalnya hanya sebuah perniagaan kecil, tapi kini namanya sudah semakin kukuh di negara kita.


Wangian kereta yang dikeluarkan oleh FLERR menggunakan bahan cecair yang di-import khas dari Eropah. Dibungkus dan diedarkan ke seluruh Malaysia. Malah, wangian kereta ini juga menembusi pasaran luar Asia Tenggara di mana ia boleh didapati di Singapura, Indonesia, Brunei dan juga Filipina.

Bukan itu sahaja, majlis tersebut juga menyaksikan pelancaran terbaru produk FLERR iaitu le'Clipse. Wangian kereta terbaru ini datang dalam packaging yang lebih moden dan terkini. Sudah boleh didapati di pasaran mulai minggu lalu.



Untuk wangian le'Clipse ini, terdapat 5 variasi wangian. Setiap wangian memberikan bau yang berbeza dan tersendiri. Boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Butiran wangian boleh rujuk gambar di bawah.


Secara jujurnya, aku belum pernah menggunakan wangian kereta daripada FLERR. Tapi selepas mencuba sendiri wangian mereka, aku sudah mulai jatuh cinta. Wangian yang aku pilih ini ialah Aurora. Baunya persis memiliki sebiji buah peach di dalam kereta. Best !


Harga untuk wangian le'Clipse adalah RM15.90 sahaja. Dan ia mampu bertahan sehingga sebulan lebih. Sangat berbaloi ! Boleh dapatkan wangian ini daripada agen-agen FLERR yang sah. Ouh ya, mereka juga sedang mencari agen, jadi sekiranya korang berminat nak jadi agen, boleh haloo-haloo staff FLERR untuk butiran lanjut ya.

DISA SYNERGY SDN BHD
No 7, 1st, 2nd, 3rd Floor, Lorong Tiara 1A
Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor.

Tel : 03-3359 7044
Email : admin@fleur.my



Semoga misi FLERR untuk menjadi jenama tempatan no 1 di Malaysia menjelang tahun 2020 berjaya. Kami mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan buat pengasas dan semoga perniagaan wangian kereta FLERR terus maju dan membesar. Teruslah maju untuk negara. Gituee !

Sempat bergambar kenangan bersama pengasas FLERR

20 comments:

  1. Assalamualaikum, cantik dan jelas review Saudara Zarif.
    Saya Azhar Stokis dari Penang, sesiapa berminat untuk menjadi agen atau stokis, boleh terus menghubungi saya yer!
    InShaAllah, sama-sama kita usaha, rezeki tak pernah salah Alamat!
    http://Wasap.my/60174379369/PewangiFleRR

    ReplyDelete
  2. Wowww nanti nak cubalah. Pewangi kereta pun dah habis ni

    ReplyDelete
  3. Wangix perfume dia?kak ni Susah sikit nk beli nk beli myk wangi tkt xwangi plk

    ReplyDelete
  4. Bagus perkongsian ni. Yela, kalau tak mesti orang ragu-ragu nak beli produk wangian Fluer ni kan.
    Yela, orang risau nanti ianya bahan terlarang atau ciplak la kan.

    ReplyDelete
  5. Wahhh dah try. Kita tak sempat cuba lagi car fragrance Flerr ni. Tepat pada waktu betul sebab current car fragrance pun memang dah nak habis.Petang kejaplagi nak try yang Aurora jugak lah hehe.

    ReplyDelete
  6. Memang pakai produk ni! Serious wangi gila rasanya nanti nak daftar jadi agent.hehe doakan kite ya nak beli Roger je

    ReplyDelete
  7. Kan mudah nk sebut. Kalau tak berbelit2 lidah nk sebut jenama ni.hehehe.Dah pakai dah kt kereta wangian flerr ni. Memang best bau die. Tak kuat sangat bau tu. Sesedap rasa.huhuhu.

    ReplyDelete
  8. Dalam keta memang kena ada pewangi cam ni..kalu tak bau terkepam memang pening kepala..:D.
    Kalau sis memang suka Lavender..sedap bau dia

    ReplyDelete
  9. Tak pernah jumpa jenama flerr ni lagi..tengok bentuknya menarik, comel je. Warna warni gitu. Bolehla usha, nak letak dalam kereta

    ReplyDelete
  10. awwww comelnya minyak wangi kereta ni.. nanti I introduce dekat husbanD I la.. tapi tu la I alergik sikit bau kereta wangi wangi tu ada terbaca dulu minyak wangi dalam kereta ni boleh jadi beracun sebab ditinggal di dalam kereta lelama ketika panas.. betul kah ?

    ReplyDelete
  11. Wahh ada pengasas minyak wangi di Malaysia ! Semoga prduk FLERR semakin dikenali. Jujurnya ini pertama kali tahu tentang produk FLEUR @ FLERR :)

    PELUANG MEMENANGI PAKEJ UMRAH DENGAN MEMBUAT POTONGAN GAJI ZAKAT MELALUI SKIM THOHIR

    ReplyDelete
  12. Tak pernah jumpa jumpa product ni..tp bagubagus juga dijenama semula..mana tau lepas ni ni boleh lebih dikenali..

    ReplyDelete
  13. Bestnya..nak try yg lavender la. Kak min memang sejenis yg sukakan pewangi ni hehhe leh try yg ni lak

    ReplyDelete
  14. Have not heard of this brand before seems really nice, will check it out in stores and see which fragrance suits me.

    ReplyDelete
  15. Boleh tahan pelancaran rebranding dia.ni...
    Powerful marketing ni...bukan calang2 boleh buat gini..tahniah flerr

    ReplyDelete
  16. Tak pernah dengan jenama ni tapi nampak menarik je pilihan dan rangkaian produk ini. Suka sangat tengok rasa nak cuba sekarang juga,

    ReplyDelete
  17. Tak pernah dengar dan tahu lagi dengan jenama ni. Nampak macam menarik. Nnati nak beli la. Cuba kot2 best kan. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  18. Ohh terima kasih kongsi info ini! Bella tak pernah lagi dengar brand FLEUR sebelum ni dan sekarang dah tukar nama ni, macam berminat pula. Tengok packaging pewangi tu pun nampak menarik. Harap2 bau2annya wangi dan boleh tahan lama.

    ReplyDelete
  19. Memang wangi bau pewangi kereta Fleur ni... jiran ada jual dan masa dia bagi bau tester-tester tu semua terus terpikat untuk grab... saya bukan je letak kat kereta tapi ada juga letak kat sudut dapur... nyaman je rasa bila bau...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...