Thursday, October 4, 2018

Harga Tiket Nights Of Fright 6 Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan pergi ke Nights Of Fright 6 (NOF) di Sunway Lagoon. NOF merupakan acara tahunan yang diadakan di Sunway Lagoon pada setiap bulan Oktober. Nak tahu kenapa pilih bulan Oktober ? Aku pasti kebanyakkan rakyat Malaysia terutama sekali kaum Melayu, belum cakna akan hal ini. Bulan Oktober ialah bulan sambutan hari Halloween.


Nahhh disebabkan itu NOF diadakan setiap tahun pada bulan Oktober. Tahun ini merupakan tahun keenam sambutan ini diadakan di Sunway Lagoon. Jadi mari kita saksikan apa yang menarik NOF 6 pada tahun ini. Adakah menyeramkan ataupun biasa-biasa je.


Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ini merupakan kali pertama aku ke NOF. Jadi aku sangat teruja untuk meneroka apa yang best sangat datang ke sini. Dengan perasaan teruja itu, aku dan kumpulan aku mula meneroka dari satu rumah hantu ke satu rumah hantu.


Terdapat 6 rumah hantu yang kami lawati.

1- The Wendigo - Wendigo adalah hantu yang tinggal di hutan dan sentiasa laparkan daging manusia. Tidak kisah berapa banyak manusia telah dimakan, Wendigo akan sentiasa lapar dan mencari anda !

2 - Phobia - Rumah hantu ini sarat dengan badut-badut berhantu. Ada dikalangan kita sangat fobia terhadap badut dan ada nama khas untuk mereka yang fobia akan badut, Coulrophobia. Seperti yang kita tahu, badut adalah mereka yang membuatkan kita happy. Tapi tidak di sini. Di sini mereka akan menghantui anda !

3 - Slaughterhouse 13 - Asalnya ia merupakan sebuah rumah penyembelihan oleh sebuah keluarga. Namun pada suatu pagi, salah seorang daripada mereka menjumpai satu mayat tergantung di peti sejuk simpanan daging. Sejak itu, tempat simpanan daging itu mulai berhantu. Adakah anda mangsa penyembelihan seterusnya ?


4 - Ghost Face - Ia merupakan sebuah rumah hantu yang menampilkan banyak muka-muka yang menyeramkan dan dalam banyak-banyak muka yang menyeramkan itu, ada yang benar-benar hidup. Anda akan dipakaikan dengan kaca mata 3D untuk masuk ke sini. Kesemua hantu nampak "hidup".

5 - Scarytales Theater - Sebuah teater yang memaparkan cerita pendek yang menyeramkan. Dalam pada tengah khusyuk menonton klip yang disediakan, hantu tersebut benar-benar muncul ke dalam panggung tersebut. Hati-hati guys, ia muncul kiri dan kanan tanpa diduga.

6 - Zombie Zoo - Sebuah rumah hantu yang menampilkan pelbagai hantu-hantu yang terdiri daripada haiwan-haiwan mutasi dan penjaga-penjaga zoo yang bertukar menjadi zombie. Dalam kala pengunjung berjalan menuju jauh ke dalam hutan, mereka akan muncul disebalik pokok-pokok tanpa diduga. Awas !


Rumah hantu yang terbaik adalah The Slaughter 13 pada pendapat aku. Sangat menyeramkan ! Korang kena masuk situ. Selain daripada rumah hantu, pengunjung juga akan mendapati banyak hantu-hantu berkeliaran di dalam Sunway Lagoon ini. Mereka sangat menakutkan dan akan datang secara tiba-tiba.


Jangan risau, mereka sebenarnya baik dan sangat behave. Korang boleh request untuk bergambar bersama mereka. Pilihlah mana-mana hantu yang berkenan dihati. Boleh gitu ?


Ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sangat best dan penuh dengan keterujaan. Aku bukanlah seorang yang takut cuma aku mudah terkejut bila disergah. Jadinya bila mereka muncul secara tiba-tiba, memang akan menjerit. Bila dah menjerit tu, ko faham-fahamlah. Semua benda keluar. Hahahaha

Boleh saksikan klip video di bawah ketika kami berada di rumah hantu Phobia (Badut)


Jom pakat datang ramai-ramai ke sini.

Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Bermula 28 Sept - 31 October 2018
Jam : 7.30 PM - 11.30 PM

Harga tiket biasa : RM 69.00 per pax
Tiket express lane (Laluan pantas tak perlu beratur lama) : RM 114 per pax

Boleh layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut : https://sunwaylagoon.com/nof6

PROMOSI !!!

Tiket biasa diskaun : RM 60 (Kalau beli 4 tiket, satu tiket berharga RM 55)
Tiket express lane diskaun : RM 80

Penat kena sergah

17 comments:

  1. Wah ada 6 tempat yang menarik dan menyeramkan .berbaloi jugak dengan harga tiket . Mesti riuh rendah suara org jerit2

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Tahun nie Rawlins tak dapat jemputan - kalau tak, boleh dengar Rawlins akan jerit 'sapa sentuh aku, kena kawen ngan aku' hahaha... I love getting scared but at times, penakut melampau gak

    ReplyDelete
  3. wow. untung la dpt gi.
    oktober = my birthday month, zharif.
    haloween. antu. zombie ha ha ha ha ha...
    kat panggung citer antu.
    kat tv citer antu.
    kat sunway lagoon pun antu? hadoi lah :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Waa Fright Night! Kalau harga mahal tapi berbaloi pergi, totally worth it!

    ReplyDelete
  5. Awalnya bahang Halloween dekat Malaysia or specifically Sunway Lagoon :O

    ReplyDelete
  6. Kalau akak yg oenakut ni di bayar RM500 utk pi sini..expee exper all those hantus...mmg akak tarik diri la sebab akak ko ni penakut Zhariff oii..hahaha...

    ReplyDelete
  7. so fun at sunway lagoon, I went few years back. This year no go as son has tuition at night. Seem nice to go for this halloween shall inform friends now!

    ReplyDelete
  8. Heheh kalau kinah ni memang tak le ke sini. Mau luruh jantung tengok diorang berpakaian macam ni. Apa-apa pun salah satu aktiviti menarik untuk dilawati

    ReplyDelete
  9. Berbaloi untuk orang suka pergi tempat macamni..huda penakut. Memang tak terasa nk pergi. Hehe... apa pun, suka tengok you and friends happy enjoy di sini

    ReplyDelete
  10. Lama tak pergi Sunway Lagoon banyak betul tarikan disana, nampak happeningla rumah hantu lama tak masuk... masuk list nak pergi nanti!

    ReplyDelete
  11. Hihihii... hantunya ketawa. Ada yg ramah juganya tp ada juga yang menakutkan. Bagaimanapun klo masuk rumah hantu pasti seremlah hahahaa... coba deh klo zharif dtgx sendirian, pastilah kabur wkwkwk

    ReplyDelete
  12. Best jee nampak orang2 pergi Fright Night ni each year, but so far belum dpt nk join lg since ade kids, mcm xsesuai pulak if nk bwk diorg sekali kan sbb kecik lg. Takpe diorang dah besar nanti boleh ajk pergi sekali hehe best pergi ramai2 cmni kan. This year punya nmpk meriah betul, nice!

    ReplyDelete
  13. Banyak rumah hantu yang ada dengan cerita yang berbeza. Mesti seronok ni kalau dapat masuk situ. Harga tiketnya boleh tahan juga ya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Awak nI yang menjerit sampai gegar satu Sunway Lagoon tu ke? Hahahaha
    Memang best pergi NOF sebab dapat release tension tendon hantu-hantu tu semua. Kecut perut pun ada jugak, hahaha. Tapi, overall memang enjoy

    ReplyDelete
  15. Lama dh tak masuk umah2 hantu ni..cam dh tak kena gan jiwa. Tapi anak sure suka ni..nanti leh lah sis suh di gi

    ReplyDelete
  16. so scary.. i very scared leh.. hahhaha~ glad to c u so enjoy at nights of fright at sunway lagoon... i'm too timid to join.. hahaha

    ReplyDelete
  17. Muka korang semua muka heppy ja..xtakut ehhh...kalau akk..heee..kang ada yg blik rumah trbyg2 kang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...