Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan dewasa. Oleh itu, kita dinasihatkan menjaga kesihatan gusi. Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri pelancaran rangkaian terbaru ubat gigi Systema Advance di Paradigm Mall.
En Tatsuya Horiuchi, Pengarah Urusan Southern Lion menyatakan bahawa syarikat itu berusaha semaksima yang mungkin untuk menjadi peneraju inovasi pembangunan produk yang menyediakan manfaat kesihatan, keselesaan dan kebersihan kepada penggunanya.
Untuk pengetahuan korang semua, penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan dalam poket gusi. Hal ini berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi. Kerosakan yang diakibatkan oleh plak sukar untuk dikesan dalam tempoh yang cepat. Biasanya bila dah teruk, baru benda tu ketara.
Untuk mendapatkan gigi dan gusi yang sihat, kita hendaklah sekurang-kurangnya memberus gigi dua kali sehari dan jumpa doktor gigi secara berkala. Dapatkan bantuan profesional sekiranya mengalami tanda-tanda masalah gusi supaya ia dapat di atasi lebih awal.
Oleh itu, Systema melancarkan ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai. Ia juga bertindak melegakan gusi.
Ubat Gigi Anti Plak Systema Advance - Memberi perlindungan 24 jam daripada bakteria mulut. Tambahan lagi, ia bertindak meleraikan plak untuk memudahkan penyingkiran dan menembus masuk ke dalam lapisan di poket gusi dan membunuh 99.9% bakteria. Selain itu, ia juga mengurangkan rasa tidak selesa pada gusi anda.
Terdapat 3 jenis variasi ubat gigi ini :
Systema Advance Extra Gum Protection - berperisa peppermint yang menyegarkan
Systema Advance Deep Clean Whitening - Rasa pudina yang lebih tahan lama
Systema Advance Extreme Clean Breath - Rasa pudina berganda untuk kesegaran nafas.
Terdapat juga kempen "Save Your Gums, Save Your Teeth" dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Fakulti Pergigian UiTM. Kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Normah Bt Taharim, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Melalui Pergigian Penegahan, Systema berhasrat untuk mendidik dan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan tentang kesihatan mulut melalui kempen penjagaan mulut yang berterusan dan mampu beberikan anjakan perubahan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk semua. Kempen kesihatan oral ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah awal ke arah mendapatkan gusi yang lebih sihat melalui pemeriksaan gusi sebagai usaha untuk mencegah penyakit gusi.
Sepanjang kempen berlangsung, Klinik Pergigian Bergerak yang disediakan MOH dan UiTM akan mengadakan lawatan ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian dan mendapatkan pemeriksaan gusi secara percuma. Kempen ini akan menjadi peneraju misi Lion Corporation Japan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik komuniti mengenai menyakit gusi serta penjagaan mulut yang baik.
Systema Advance Ubat Gigi Antai-Plak
Bole dapati di : kedai-kedai dan farmasi terbuka
Harga : RM 12.55
Website : www.southernlion.com.my
Facebook : www.facebook.com/KeepSmilingMY
hahaha comelnya maskot gigi systema!
ReplyDeleteAkak memang guna guna berus gigi systema ..suka tekstur berus dia yang lembut dan dan x melukakan..nak cuba la ubat gigi systema ni...nampak menarik..tapi lagi menarik dan dan comel gambar yg last tu
ReplyDeletewahhh yg sebelah maskot pun boleh tahan juga orangnya gantang gitu hahhhaa jom kita tukar berus gigi
ReplyDeleteMacam best je ubat gigi anti plak ni. Harga pun murah je tu. Boleh lah nak cuba sebab takut nak jumpa dentist. So prevention is better than cure kan. And looking forward for lawatan bergerak tu.
ReplyDeletebiasa dgr produck systema tp tk pernh try beli...mmg kena jaga gusi & gigi..kalau sakit..apa pn tk bole buat..ni pn mlm td tiba2 rs sengal kt gusi..hrpnya tk melarat la
ReplyDeleteNina memang guna Systema. Alhamdulillah serasi hilangkan sakit gigi ari tu. Nanti leh laaa try yang untuk plaks ni pula...
ReplyDeleteYes systema memang good brand , memang guna brand ni and jordan also ..
ReplyDeleteBoleh cari ni. Nak nak peningkatan umur ni, gigi kena jaga.
ReplyDeleteSekarang ni pun makan kena jaga jaga. Kadang tu tak tahan boleh jadi ngilu.
Bagus ni ubat gigi ni sebab ada fungsi anti plak. Gigi bahaya kalau ad plak. Nanti nak satu nk test dulu. Kalau ok bru lah nak beli.hehehehe
ReplyDeleteBetul, penjagaan gusi ni sangat penting. kalau gusi sakit, gigi sakit satu apa kerja pun tak boleh buat. Bila systema dah keluarkan ubat gigi bolehlah cuba nanti.
ReplyDeleteSis memang perlukan ni sekarang...tengah sakit gusi ni..huhuhu. Besok gak sis gi cari :(. Memang sakit gusi ni satu penyeksaan, nak tido susah nak makan susah
ReplyDeleteAM penah kena sakit gusi.. mmg sakit yang amat!! Sampai nak buat keje pun xboleh.. baguslah systema advance nie.. hope AM xsakit gusi lg.. kebersihan gigi pun terjamin..
ReplyDeleteEmi baru last week gusi bengkak. Ya Allah, sakit gila. Dah la yg bengkak tu area gigi geraham bongsu. Berhari-hari pulak tu. Nasib baik now dah okay.
ReplyDeleteSelalu byk ubat gigi yg pentingkan pnjagaan gigi ja..basuslah systema ni protect gums jugak...
ReplyDeleteNak kena cari satu la...tua2 ni gigi longgaq pastu gum plak selalu bengkak
Teringat iklan Systema! hahaha.Itulah bukan gigi je kena jaga. Gusi pun. Hehe. Nice entry!
ReplyDeleteJemput lawat blog SR: www.syazaredzuu.com
Systema ni glamer jugakkan. Sebab banyak feedback yg memberi respon positif setelah menggunakan produk ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami masalah bengkak gusi dan sebagainy
ReplyDeleteUbat gigi Systema mmg dah lama di pasaran,ubat gigi ni mmg bagus utk kesihatan gigi kita
ReplyDeletegusi sihat gigi pun sihat.. systema ni memang brand yang bagus untuk jaga kesihatan dental kita.. nice nice... btw, cutelah, all ur pose...
ReplyDeletePernah try systema brand. Memang best. Hari tu pernah jadi sakit gigi betul. Try ubat gigi systema. Lega sikit sementara tunggu klinik gigi buka esok tu.
ReplyDeletetak pernah try ubat gigi systema. selalu nya guna colgate dgn darlie je. hehe. kalau sakit gusi nnt boleh la switch to systema pulak. hehe
ReplyDelete