Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sejak kebelakangan ini, aku memang suka survey pakej-pakej perkahwinan dari caterer-caterer dan hotel-hotel yang berbeza. Nak kahwinkah aku ? Jawapannya, kenalah ikuti butirannya 🙈
Aku survey untuk koranglah. Bukan untuk aku. Hihi. Kalau aku nak kahwin, jangan risau, pasti akanku hebohkan satu dunia. Jemput atau tak jemput tu, itu lain cerita. Bhahaha. Tapi serious weyhh, untuk pasangan yang merancang untuk kahwin tu, cuba tengok-tengok pakej perkahwinan kerjasama Enak Rasa Katering dan Hype Motorsports Hotel. Tak sangka pakej yang mereka sediakan sangat lengkap dan berpatutan harganya.
Sabtu yang lalu, aku sempat pergi majlis pratonton dewan dan sajian untuk mencuba dan merasai sendiri majlis kahwin di hotel ini. Rasa macam perkahwinan orang have-have pon ada. Hotel yang dahulunya dikenali sebagai Nouvelle Hotel ini, merupakan hotel 3 bintang yang berlokasikan di tepi lebuhraya Sg Besi. Lokasinya yang strategik dan mudah untuk dicapai pasti menjadi pilihan semua. Parkir kenderaan juga tidak jadi masalah kerana memang banyak tersedia.
Terdapat 3 buah dewan yang serba-serbi cantik dan mampu memuatkan 500 tetamu pada satu-satu masa. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk majlis kahwin, majlis korporat ataupun majlis tertutup. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projector.
Menyedari potensi yang ada pada Hype Motorsports Hotel ini, Enak Rasa Katering membuat satu pakej perkahwinan untuk rakyat marhain yang menginginkan majlis kahwin di hotel pada harga mampu milik. Ye, mampu milik. Bukan mampu tengok. Pakej perkahwinan eksklusif ini bernilai RM 29K. Dan untuk 5 pelanggan terawal akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM 4000 ringgit. Susah nak dapat pakej yang serba lengkap, all in one, dengan kadar harga sebegitu.
Bergambar dengan orang kuat Enak Rasa Katering, Pn Salmi Hasim |
Pn. Salmi Hasim merupakan orang kuat Enak Rasa Katering. Telah berjinak-jinak dalam perniagaan F&B sejak tahun 2006 lagi. Beliau sangat berpengalaman dalam menyediakan masakan untuk majlis-majlis besar. Beliau juga sempat berkongsi tips memasak dalam kuantiti yang banyak. Sangat kagum dengan minat dan kesungguhan yang beliau ada untuk menyajikan makanan yang berkualiti dan terbaik untuk pelanggan-pelanggannya.
Untuk pakej perkahwinan ini, Enak Rasa Katering membuat sedikit kelainan dengan memperkenalkan menu Basmathi Beriyani dan Nasi Liwet. Nasi Liwet nie rasa dia tidak seperti nasi kosong biasa. Nasi ini dibungkus dengan daun pisang.
Nasi Liwet yang unik |
Bentuknya seakan-akan lemang. Dipotong sedikit tebal berbanding lemang. Dan setiap potongan terdapatnya sebiji cili dan sebab itu rasa Nasi Liwet ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Tak dapat untuk aku gambarkan dengan kata-kata.
Jom kita lihat menu-menu lain yang terdapat di majlis pratonton menu tempoh hari.
Untuk pengetahuan semua, Enak Rasa Katering juga ingin mengetengahkan menu masakan etnik Sunda untuk kelainan kepada pelanggan. Jadi, pelanggan boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan pada hari bersejarah mereka.
Sungguh aku cakap, rasa setiap menu yang disajikan oleh Enak Rasa Katering ini sangat sedap. Tambah-tambah hidangan daging. Dagingnya sangat lembut dan rapuh di mulut. Omnomnom sangat ! Bertambah-tambah nasi aku tau. Kalau bawak bekas makanan, memang aku tapau bawak balik. Hahaha
Berikut merupakan senarai lengkap untuk pakej yang ditawarkan
Menu Utama
Nasi
Basmathi Briyani
Nasi
Putih Kosong
Ayam
Masak Merah
Daging
Masak Manis
Dalca
Sayur
Papedom
Buah-buahan
Air kordial Buah
|
Peralatan Dewan
40
Meja bulat beserta lapik meja
400
Kerusi Banquet beserta lapik
2
Set buffet
2
Set meja cenderamata
1
Set perhiasan meja beradab
1
Set basic PA system
2 microphone tanpa wayar
Karpet
merah
|
Sudut Minum Petang
The
tarik & Kopi Hitam
2
jenis kuih-muih tradisional
Bubur
|
Butik Pengantin
1
set pelamin
1
pasang baju pengantin lelaki & perempuan
Dekorasi
pintu masuk
6
set dekorasi laluan
Dekorasi
tengah dewan
Make
up servis untuk sekali
|
Makan Beradab
Udang
Masak Nenas
Sotong
Masak Blackpepper
Siakap
Masak Masam Manis
Ayam
Panggang
Koktel
Buah
Menu-menu
tetamu
|
Photography Servis
Seorang
jurukamera professional
1
Crystal storybook album 8x12
1
Bingkai besar beserta photo (12x8 inch)
Sesi
photo outdoor (Hari yang sama)
Premium
album box
USB
flash drive of all images
Unlimited
Shoot
Gambar
berkualiti tinggi
|
Tambahan lain :
Harga istimewa bilik untuk keluarga pengantin
2 parkir VIP untuk pasangan mempelai
3 tingkat kek perkahwinan
Seorang deejay
4 set VIP Dome
Harga pakej RM 25 000 (Harga asal RM 29 000)
Sekiranya berminat, hubungi nombor berikut :
Pn Salmi : 010-225 0734
Tn Aidil : 010-258 0734
Tn Rusdi : 011-3557 9805
Cik Nurul Afni : 012-237 4867
Cik Nurul Afni : 012-237 4867
Sekiranya korang mempunyai lokasi pilihan yang lain, juga boleh mengambil pakej perkahwinan ini. Takpon, boleh pilih lokasi dewan yang terdapat dalam senarai kolaborasi Enak Rasa Katering. Antara pilihan dewan lain yang Enak Rasa tawarkan adalah :
- Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya
- Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2
- Dewan Perkahwinan Ballroom Flamingo Ampang
- Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya
- Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa
- Dewan Perkahwinan Colosseum Glenmarie
- Dewan Perkahwinan Banquet UIAM Gombak
- Dewan Perkahwinan Rumah Tradisional FRIM
- Dewan Perkahwinan Cassa Detik Ampang
- Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi
- Dewan Perkahwinan Emerald Ballroom Selayang
- Dewan Perkahwinan Azalea Seksyen 14 Shah Alam
- Dewan Perkahwinan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam
- Dewan Perkahwinan MZ Bangi
Enak Rasa Katering berharap semoga dengan adanya pakej eksklusif mampu milik ini, lebih ramai bakal mempelai dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis perkahwinan di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Suka untuk aku ingatkan, pakej menarik ini akan berkakhir pada 31 Disember 2018. Jadi sila buat tempahan dengan kadar yang segera sebelum berputih mata. Butiran lanjut, boleh layari laman sesawang berikut :
Website : http://www.enakrasa.com
Facebook : http://www.facebook.com/kateringenakrasa
Instagram : https://www.instagram.com/enak_rasa/
Terbaeeekkkk... Semakin mudah sekarang ni. Macam-macam ada. Senang lah korang nanti kalau nak kahwin. Dah tak perlu pening-pening kepala lagi. Pilih je pakej yang menepati bajet korang.
ReplyDeleteCukup lengkap pakej yang ditawarkan tu. Semua ada
ReplyDeleteSemakin byk servis gini ye, zharif.
ReplyDeleteHarga yg di offer pun amat ok tau.
Ye la. Dulu kala kos aida kawin pum more than rm30k tau.
Now dpt pakej less than that is a big wow lah kan.
Makanan nyer pun mcm best tu.
Mudah utk pasangan bakal kawin skang.
Terlalu byk servis bermutu tinggi gini.trending!
cantik gila dekorasi dia. sebab kita dah kahwin mampu tengok jela hahaha tunggu adik-adik kahwin nanti suruh diaorang survey
ReplyDeletegood to know of this and I like all the pics. Its important people are happy about this matter, shall let my friends know too!
ReplyDeleteFirst time heard of Hype hotel but look attractive . The buffet also look attractive. Will plan a visit to there.
ReplyDeleteSekarang ni ni semuanya makin mudah kan..terus rasa nak kawen..tp nak makan je..boleh x?haha..
ReplyDeletepakej skrg dh semakin menarik cuma kita kena kena bijak memilih..hari bahagia kita hanya sekali seumur hidup kan
memang tgh mencari pakej katering untuk majlis perkhawinan adik...bolehlah akk usha2 pakej katering ni
ReplyDeletewow! bila nak kahwin? hehehehehe.... memang bagus pakej perkahwinan nya.. apa-apa pun dah include dalam... best nya hotel macam ni..
ReplyDeleteTerkejut kita ingatkan tadi perkahwinan cikgu kat sini hehehee terus baca sampai habis rupanya pakej perkahwinan mewah dan harga menarik. Tapi kita lebih tertarik kalau dapat jemputan dari cikgu wakakakaka...
ReplyDeleteSkrg ni dah byk pilihan utk ambil pakej pkahwinan, zharif bla lg nk kawin?
ReplyDeleteWow enak rasa bila makan lauk majlis perkahwinan. Dah lama takda majlis perkahwinan ni. Ngidam oi. Bila dah ngidam ni, tiber ada majlis dan sekali makanan dia tak sedap. Aduhhh potong betuiiii. Kahkahkahkah. Sekarang dah mudah utk pasangan pengantin dan keluarga. Takyah la nak jimat sangat. Nanti satu keluarga penat tak enjoy majlis korang. Elok ambil katering aje. Legaaaa
ReplyDeleteMakin banyak dah pakej perkahwinan sekarang ni. Kita kena pandai pilih dan ikut kemampuan kita. Makanan tu pun penting, kenalah sedap ya tak? Tengok kat sini makanan dia pun not bad..sedap2 sis tgok
ReplyDeleteMakin banyak yg buat pakej gini kan..siap duit ja...pengantin2 skrg dah xpyah susah2 mcm ktorg dlu..mau ributpkir mcm2 tau..hahhah
ReplyDeletemenarik juga pakej-pakej yang dia tawarkan. bolehlah rekemenkan kat kawan-kawan yang nak buat majlis nanti
ReplyDeletepertama kali Akak ke Hotel Hyper ni masa ETR tahun lepas dengan Zharif jugakkan, nampak dewan yang dihiasi pakej perkahwinan ni meriah sekali... Nnti boleh rekemen dekat kawan tentang pakej ni.
ReplyDeleteBanyak juga menu yang ditawarkan. Macam macam ada. Kalao hotel ni tahulah selalu kalau kalu tol sg besi memang nampaknampak kat tepi jalan
ReplyDeleteSekarang senang ye, nak cari katering google je. Ni salah satunya , bagus sharing ni. Senang sekarang semua serba lengkap..Tingal bayor je..siap ada diskaun lagi..siapa ras berbaloi nak guna baik guna sekarang ye
ReplyDeleteWah.... Harga sekali siap pakej yang amat berpatutan. Bagusnya... Memudahkan bakal pengantin. Dahbtak perlu fikir banyak.
ReplyDeleteUnik betul nasi liwet tu. Dah nak hujung tahun ni, tak lama lagi musim orang kawen. Kalau buat majlis kat tempat macam ni, orang nak pergi pun senang. Hehe
ReplyDeleteBanyak pakej perkahwinan yang ada kat luar sana. Bakal pengantin kat luar sana dah boleh pilih mengikut bajet masing2 kan . Cuma kena pilih mana Yang terbaik . Suka tengok pakej dari Enak Catering ni. Nasi Liwet tu memang unik nak Cuba lah
ReplyDelete