Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bina Tetap Tiara Sdn Bhd, anak syarikat pemaju Jaya One di Seksyen 13, Petaling Jaya, bakal mewujudkan satu ruang mesra haiwan kesayangan. Ini merupakan satu langkah berani yang diambil oleh mereka kerana belum ada lagi pemaju mewujudkan kawasan mesra haiwan peliharaan di Malaysia. Ikuti butirannya !
Sempat meneroka bangunan The Square yang masih lagi dalam pembinaan |
Ya, ia bukan satu gurauan. The Square akan menjadi tempat pertama di Malaysia mengaplikasikan konsep mesra haiwan peliharaan. Jadi selepas ini, masyarakat boleh membawa haiwan peliharaan kesayangan mereka bersama untuk berjalan-jalan di sekitar The Square ini tanpa rasa gusar dan risau.
The Square bukan sahaja mesra haiwan persekitaran, ia juga satu ruang komersial yang terdapatnya restoran, ruang seni dan suite pejabat. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Palm Square. Pengubahsuaian ini bermula pada bulan Mac yang lalu dan menelan belanja sehingga RM15 juta. Ruang seluas 75 000 kaki persegi itu bakal merangkumi 45% pejabat, 40% kedai Food & Beverages (F&B) dan baki 15% ruang akan diisi oleh PJ Live Arts, ruang untuk persembahan.
Bagi memastikan rancangan mewujudkan kawasan mesra alam ini, The Square berharap di masa akan datang dapat bekerjasama bersama NGO dan kerajaan tempatan bagi merealisasikan projek yang sangat bercita-cita ini.
Apabila siapnya The Square nanti, ia akan menempatkan 13 lot pejabat (tidak termasuk Ground Common) antara 500 kaki persegi - 3600 kaki persegi di tingkat pertama dan 15 lot runcit di tingkat bawah. Ianya tersedia untuk disewa pada harga RM 4.00 - RM 5.50 bagi satu kaki persegi untuk tingkat pertama dan ruang pejabat akan tersedia untuk disewa mulai Disember 2018. Untuk makluman semua, ruang runcit di bahgaian bawah sudah mencapai 65% pengisian di mana harga antara RM 8.00 - RM 10.00 bagi satu kaki persegi, bergantung kepada saiz sesuatu unit itu.
Orang kuat disebalik perancangan pembinaan semula The Square |
Sekiranya memerlukan keterangan lebih lanjut, boleh hubungi butiran berikut :
The Square, Seksyen 13 Jaya One Petaling Jaya
Tel : 012-323 3563
Email : tenant-relations@jayaone.com.my
Nantikan pembukaan semula The Square bulan Disember hujung tahun ini. Pasti cantik dan menjadi pusat sehenti untuk semua lapisan masyarakat. Tak sabarnya nak datang semula ke sini dan melihat hasilnya nanti.
Dalam mall boleh bawak haiwan peliharaan??
ReplyDeleteErm.. Selesa ke nanti..
Best la akan ada mall baru nak dibuka.
Walaupun ianya hanya dibarukan balik.
Tak sabar nak tunggu bukak. Dekat dah gan rumah sis, bolehlah nanti lepak-lepak gan anak bulus sis ni. Then boleh tengok-tengok orang lain punya pats..sure cute.
ReplyDeleteDah macam CEO dah lawat tapak pembinaaan. Cuma topi kuning je tak ada. Kena la naik taraf bangunan lama tu supaya sama moden dengan sekeliling. Bolehlah Kak Bell bawak anak meow sambil minum Setabak kat sini. Rasanya one n only commercial space yg boleh bawak pet
ReplyDeleteNampak menarik..kita tunggu dia official launch nanti terjah ramai-ramai..mana tau macam2 yang menarik kat sini kan..besar tempat ni bleh tahan tu ha
ReplyDeletesuch a lovely place going to be... must be great will shop in the square jaya one... yeah yeah... great building!
ReplyDeleteErmm.. . Sesuatu yang baru dan menarik! Cuma nanti kena tau term & cont dia kot haiwan peliharaan yang camner leh bawak jalan² dalam mall ni. Risau lak tetiba ada haiwan eksotik ker kannn.... ??
ReplyDeleteTak penah lg jejak ke sini dlu.. Tp kawan pon ade ckp tmpt the square one sini bagus..mesra alam dan sesuai bg mereka yg suka berjalan2 sekitar sini.. Hrp suatu hari kalau ke PJ dpt ke sini nnti . .
ReplyDeletepj is one of the oldest town in Malaysia :)
ReplyDeletelama sudah tak jejak kaki ke pj, zharif.
dulu kala belajar di sana. abg ipar rumah di sana. now no more.
tempat mesra haiwan. ni satu aida nak tau nanti camne pelaksanaannya.
adakah bebas atau di tempat tertentu saje, kan.
bagi pencinta haiwan, yes. bagi yg tak brape, atas sebab kesihatan mungkin, a BIG no la kan.
mesti ada cara yg bersesuaian dgn semua, kan :)
a great project.
ruang mesra haiwan kesayangan tu utk semua binatang ke. Macam best dan menarik je konsep ni. Lebih meriah la The Square ni nanti kan.
ReplyDeleteWahh besarnya The Square Jaya One ni, tak sabar tunggu ianya dibuka... Dekat jer dekat Petaling Jaya selalu pergi.
ReplyDeleteBelum buka lagi dah dpt rasa mcm best je The Square ni. Nk kene dtg nnti bulan 12.
ReplyDeleteTak sabarnya AM menanti the square jaya one dibuka.. mesti time pembukaan nnti banyak brg murah n promosi.. AM nak beli beg n baju baru..
ReplyDeleteOuh agak menarik kerana ia akan menjadi tempat mesra haiwan peliharaan kan. Memang unik untuk penggemar haiwan. Mungkin boleh bawak haiwan ke sini. :)
ReplyDeleteWaaah, tak lama lagi buka la ye tempat ni.
ReplyDeleteMacam besar dan lawa je kat sini
Ingat ke mall biasa, rupanya siap ada untuk mesra haiwan
Something different
Wow banyak lah peluang pekerjaan kat sini nanti , yg menganggur boleh apply awal2 hee
ReplyDeletewah, ada shopping mall baru ke..macam besar je..siap boleh baak masuk haian peliharaan. Macam mana la agaknya tu ye..tak sabar nak tengok nanti
ReplyDeleteNanti jadi macam kat luar negara, kita lihat owner bawa pets memasing jejalan. Tapi pastikan owner menjaga adab dan kebersihan le kan.
ReplyDeleteTak sbar nak tunggu siap The Square Jaya Mall . Konsep dia menarik dan lain dari Yang lain . Mesti ramai berkeliaran bawa haiwan peliharaan masing2 kan.
ReplyDeleteWahhh... Memang menarik The Square ni.. Okay..lepas ni Abam Spongebob, si kucing manja kat rumah tuh boleh lah ikut Mommy Daddy die jalan²... Hehehe
ReplyDeletemesra haiwan ? haiwan tu jenis macam mana ? kucing ? anjing ? atau pun yang macam mana ? hopefully kucing je la.. kalau tak memang tak mungkin ke sini sebab kita tak tahu tahap kebersihan yang dijaga apapun kesian pula pada cleaner yang kerja kat situ hehehehe... konsep dah menarik tapi adakah ianya betul betul praktikal ?
ReplyDelete