Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie aku nak cerita pengalaman menawan Denai Tiga Puteri. Sebenarnya ini merupakan kali kedua aku cuba tawan Denai Tiga Puteri dan Alhamdulillah yang kali kedua nie aku berjaya sampai hingga ke puncak. Ikuti butirannya !
Denai Tiga Puteri |
Untuk pengetahuan korang, Denai Tiga Puteri nie terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kota Damansara. Korang waze je nama hutan nie, nanti sampailah tu. Lokasi dia sangat berdekatan dengan sekolah. Pada awalnya macam cuak jugak kalau tersilap, tapi memang inilah lokasinya.
Denai Tiga Puteri |
Nak masuk sini tak kena bayar pon. Cuma perlu daftar nama dan butiran diri dekat kaunter. Benda nie untuk makluman je supaya kesemua pendaki yang masuk hutan nie, tak sesat dan keluar dengan selamat. Tu je.
Sebelum ini, aku pernah cuba tawan Denai Tiga Puteri nie dengan kakak aku, namun gagal. Di pertengahan jalan, kami berdua tak tahu nak pergi mana sebabnya jalannya agak mengelirukan. Tambahan pula masa tu dah jam 4 petang, walaupun dikira masih awal, tapi dalam hutan tu agak sudah gelap. Maklumlah, berbumbungkan pokok-pokok tinggi.
Denai Tiga Puteri |
Lagipun dah petang-petang tak ramai yang mendaki. Sunyi je jalan. Kami berdua jadi takut. Sebab tu kami patah balik. Tak jadi nak teruskan sampai ke puncak. Percubaan pertama untuk tawan Denai Tiga Puteri adalah gagal.
Tak lama lepastu, aku dan kawan-kawan yang sama belajar di UPM rancang untuk mendaki Denai Tiga Puteri nie. Kali nie mesti sampai ke puncak. Oleh kerana masa tu kelas banyak batal disebabkan jerebu teruk, jadinya kami ambil peluang untuk pergi mendaki. Adakah ia merupakah satu langkah yang bijak pergi mendaki ketika musim jerebu ? Jawapannya sangat tak bijak ya kawan-kawan. Hahahaha
Konon nak tengok sunrise, makanya sebelum subuh kitorang dah bertolak dari Serdang menuju ke Kota Damansara. Agak jauh juga ya lokasi nie dari Serdang. Tapi sebabkan kitorang bertolak pagi-pagi, makanya cepat sikit sampai sebabnya tak ada kereta pon. Namun hampa ya bila tak dapat tengok sunrise sebabnya time matahari naik kami masih gigih mendaki. Hahahaha.
Denai Tiga Puteri |
Bila dah sampai tu, sudah tentulah masih gelap. Nak masuk pon jadi takut. Hahahaha. Tapi dah mula ramai pendaki daftar nama untuk mendaki. Cumanya tulah, perasaan takut tu tetap ada.
Denai Tiga Puteri |
Tengok tu, kitorang merupakan pendaki pertama pada hari tersebut. Gigih ke idakk ? Tengah musim jerebu pon gigih datang mendaki ya. Jenis tak reti duduk diam. Nie kalau pergi jugak mendaki musim-musim COVID pasti kena kecam.
Denai Tiga Puteri |
Denai Tiga Puteri |
Aku ter-stuck masa first attempt untuk mendaki tu sebab jalannya yang agak mengelirukan. Dia banyak gila laluan yang yang mana ia membuatkan ko keliru untuk pilih. Sudah tentu kita nak ambil jalan paling pantas untuk ke puncak, betul tak ? Persoalannya sekarang, dekat persimpangan, jalan dia sangatlah tak jelas. Laluan dia macam tak pernah dilalui. Tu pasal aku tak berani nak pilih.
Denai Tiga Puteri |
Akhirnya aku putuskan untuk patah balik. Lagi satu, aku berdua je masa tu dengan kakak aku. Jadi perasaan takut tu membuak-buak. Kali kedua aku pergi berlima, 3 lelaki, 2 wanita. Jadinya aku tak takut. Kalau sesat sekalipon, at least ramai-ramai. Kalau sesat berdua, seram weyhh.
Alhamdulillah kali kedua pergi tu, tak adalah rumit sangat. Tapi salah jalan tu tetap ada ya. Aku dah cakap, laluan dia sedikit mengelirukan. Kitorang terambil jalan jauh. Walaupun dah penuh hati-hati, tetap salah jalan. Ya Allah penat gila ! Rasa macam dah lama berjalan, tapi tak sampai-sampai. Apa ke jauh sangat Denai Tiga Puteri nie.
Denai Tiga Puteri |
Denai Tiga Puteri |
Laluan dia ada yang curam, ada yang landai, ada yang berbukit. Tapi bagi aku kesusahan dia pada tahap sederhana. Laluan pendakian Gunung Angsi lagi mencabar rasanya. Yang nie okay-okay je. Tak susah, cumanya mengelirukan.
Dan akhirnya, setelah 3 jam pendakian, kami sampai juga di puncak Denai Tiga Puteri. Lega sangat-sangat masa nie. Tapi view dia tak berapa nak cantik sebab terhalang dengan asap jerebu yang tebal. Dah kata jangan datang masa jerebu, degil nak pergi jugak. Dapat tengok asap jelah.
Denai Tiga Puteri |
Denai Tiga Puteri |
Apa-apa pon, kitorang puas hati bila dah sampai tu. Aku lah paling puas hati sebab aku memang nak pastikan yang kali kedua nie sampai ke puncak. Malulah kalau kali kedua pon tersangkut tak sampai ke puncak. Tapi serious penat weyhh bila dah sampai tu. Dah lah tak bawa banyak bekalan makanan. Sarapan pon ala kadar je pagi tu. Perut lapar gila.
Denai Tiga Puteri |
Denai Tiga Puteri |
Dah puas hati bergambar, masa untuk turun semula. Aduhhh nak kena hadap another 3 jam perjalanan untuk turun. Kadang buat aku tertanya-tanya, kenapalah menyusahkan diri mendaki penat-penat ke atas, sebabnya tetap kena turun balik lepastu. Walaupun mendaki turun lebih mudah daripada mendaki naik. Tapi tetap memenatkan.
Denai Tiga Puteri |
Akhirnya selesai pendakian kami. Masa untuk cari makan dan pulang. Adakah aku akan repeat lagi mendaki ke sini ? Sudah tentu. Tapi next time kena bawa makanan dan air manis banyak sikit sebab bila dah sampai atas tu perut jadi lapar gila dan tekak rasa nak minum air manis.
Denai Tiga Puteri |
Perghhh 3 jam naik 3 jam turun, seharian gak ek..
ReplyDeleteBetul tu Zharif, kalau rasa tak konpiden jalan keliru, baik jangan diteruskan, ada je yang membisik kang, lain jadinya...nak daki ni kena ramai-ramai, kalau sunyi aje, baiklah jangan kan..
Lama tak hiking ni, kalau Sis follow, mau suku jalan je patah balik hahahaha...
Betultu. cuak kalau pergi mendaki berdua je. tambah2 bila tak ramai. lebih baik patah balik kalau tak yakin
DeleteWah suka hiking..sy pon suka tapi x la active mana
ReplyDeletebestnya hiking
ReplyDelete