Tuesday, March 31, 2020

Berhujung Minggu Bersama Kawan-kawan di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah beberapa minggu yang lalu sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, aku dan rakan-rakan sempat bercuti bersama-sama di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands selama 4 hari 3 malam.


Lokasi Swiss Garden Hotel & Residence, Genting Highlands ini tidak lah terletak di puncak Genting, Ia berada di permulaan kawasan Genting Highland. Suhunya pula sangat nyaman, tidak terlampau panas dan juga tidak terlampau sejuk. Sedang-sedang elok. Kalau ikutkan, hotel ini baru sahaja beroperasi dan semuanya kelihatan masih baru. Apa yang menarik perhatian ialah ruangan lobby dan juga kawasan luar lobby hotel ini. Sangat-sangat cantik !



Sebaik sahaja kami mendaftarkan diri dan terima kunci, terus masuk ke unit apartment masing-masing. Kami menginap di apartment yang mengandungi dua bilik tidur dan dua bilik air. Setiap apartment untuk 4 orang. Makanya kami mengambil 5 buah unit apartment. Jom aku bawak korang tengok apartment yang kami inap sepanjang 4 hari 3 malam.

Ruang tamu, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland

Dapur, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland

Dapur, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland

Laluan menuju ke bilik dan bilik air, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland

Balkoni, Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Ruang santai dan ruang tamunya sangat-sangat luas. Untuk percutian dalam kumpulan yang ramai seperti kami, sangat seronok ada ruangan seluas ini. Malam-malam boleh lepak main game dan buat private party. Seronok !

Bilik 2, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland

Bilik utama with attached bathroom, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland

Bilik air, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland

Biliknya pula luas, dan katil yang disediakan ialah katil bersaiz queen. Juga terdapat unit yang mempunyai katil single dan juga king. Bergantung pada unit macam mana yang korang mahukan. Kami pilih unit apartment katil yang bersaiz queen. Ouh ya, walaupun terdapatnya pendingin hawa dalam setiap bilik, tapi bila malam, memang tak guna sebabnya bila malam memang sedia ada sejuk.





Untuk pengetahun korang semua, Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland ini sangat terkenal dengan seni binaannya yang unik dan cantik. Sana-sini sangat instaworthy untuk bergambar. Banyak spot cantik untuk bergambar terutama sekali di bahagian kolam renang yang terdapat di tingkat paling atas hotel ini.




Sangat-sangat indah ya pemandangan dekat atas nie. Mandi-mandi sambil cuci mata melihat gunung-ganang yang penuh kehijauan. Dan yang paling seronok ialah suhu air kolam renang di sini tidaklah sejuk tetap sedikit panas. Maklumlah, kolam nie terletak di tingkat paling atas dan terbuka. Jadinya ia sudah sedia ada sejuk. Kalau air kolam renang juga turut sejuk, makanya tak akan ada orang yang mandi sebab bertambah-tambah sejuknya. Oleh itu, mereka buat kolam renang dengan air yang hangat. Seronok je mandi air hangat dalam suhu sejuk atas puncak.




Anyway, dekat Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands nie banyak kemudahan yang disediakan tau. Sauna ada, Gymnasium ada, tempat karaoke ada, tempat main pool dan table game ada, indoor playground pon ada, outdoor playground pon ada tau.




Untuk makan pula, boleh pergi ke tingkat 5. Di situ terdapat sebuah restoran nama The Garden Terrace, hah kat sinilah ruang makan untuk para-para penginap di hotel nie. Ruang makan kat sini luas sangat dan yang paling best, ada ruang makan outdoor yang mengadap gunung dan kehijauan. Syiok gila !


Tengah malam, kalau masih rasa lapar dan nak mengopi, boleh pergi ke Starbucks berhampiran. Tak jauh pon dari hotel, dalam 200 meter macam tu. Kedai-kedai lain pon dekat je dengan hotel nie. Tiap malam kami singgah mengopi dekat Starbucks. Ketawa sampai riuh satu Starbucks tu dibuatnya tau. Pakej siap kena tegur dengan pakcik kekwat lagi masa kat Starbucks tu sebab kami ketawa bising sangat. Lol.



Memang seronok sangat bercuti dengan kawan-kawan di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands. 4 hari 3 malam rasa macam tak cukup. Penuh dengan gelak ketawa tak ingat dunia. Ada je topik yang hendak dibualkan. Seronok ! Nanti kita rancang buat percutian santai-santai gini lagi ya korang.

Untuk korang, yang berminat untuk menginap di sini, boleh dapatkan daripada butiran berikut,

EMAIL : reservation@shrgh.swissgarden.com

TEL : 03-9213 0777


Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands
Windmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang

14 comments:

  1. Wah bestnya. Cantik jugak kawasan situ ya. Teringin betul nak pergi & stay dekat situ. In shaa Allah nanti nak bawa keluarga bila dah habis musim covid ni.

    ReplyDelete
  2. seronok btul tgk korang menginap di swiss garden kt genting ni...cantik view pool tu..nanti bole la plan cuti2 ngan family kt sini

    ReplyDelete
  3. cantik dan nampak selesa bilik kat swiss ni. paling geram tengok pool tu rasa nak terjun je

    ReplyDelete
  4. Bestnye tempat ni. Nampak baru dan fasiliti pun banyak. Swimming pool tu...lama betul tak berenang. Nanti nak buat cuti cuti malaysia lepas MCO habis.

    ReplyDelete
  5. Bestnya... Rindu saat begini masa bekerja sebagai wartawan dahulu. Dah lama tak pergi Genting sbb bila pergi teringat peristiwa accodent dulu. Masa turun nak balik kL pas subuh brrk keta tak makan sbb sejuk lagi agaknya so terus langgar bahagian bukit sbb sebelah kiri gaung. Jadi terpaksa hentam bukit jr. Sampai skg masih ingat. Alhamdullilah semua ok.

    ReplyDelete
  6. Wah!!!!!!!! Meriah nyer weekend korang Di Genting Highlands. This Swiss Garden Hotel looks like a good place to stay. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  7. Serinoknya dapat bercuti ke sana. Lom ada rezeki kak min nak ke sana hehe mampu suggest nama2 korang je utk ke sana dulu..Insyallah lepas dah reda keadaan dunia ni teringin gak nak ke sana dan nak travel huhu

    ReplyDelete
  8. Rindunya nak bersama korang lagi macam ni hujung minggu sambil lupakan masalah kerja dan juga masalah kehidupan semua enjoy dan berseronok sahaja hehehehe tempat dah lah cantik dan menarik pulak tu hotel best besar...

    ReplyDelete
  9. wow. bilik nyer gojes. selesa nampak nyer tu. pool nyer mcm memanggil2 aida ke sana.
    lom pernah naik genting highlands, bwk anak2, zharif. akan gi la nanti.
    kebetulan ada ladang stroberi, kan :)

    ReplyDelete
  10. Korang memang happening tau!! kalau tak sebab baru keluar hospital, memang dah ku follow sekali...hahahaha...Sis baru nengok korang share hotel Swiss ni baru tau cantik dan selesa hotelnya...lepas ni kalau ke Genting bolehlah singgah menginap sini..

    ReplyDelete
  11. saya minat juga dengan rangkaian swiss garden ni. yang di Kuantan dan Lumut dah pernah stay. insyaALlah boleh stay Swiss Garden juga di Genting nanti

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat kesana. Cantik kawasan dan bilik dia ya. Lps pkp ni kalau semua ok bolehlah ke sana rehat2 kan minda

    ReplyDelete
  13. Seronok nya korang jalan-jalan. Duduk pulak bilik cun macam tu. Jiwa mmberontak dalam PKP ni terasa nak gi sana terus once semua ni berakhir.

    ReplyDelete
  14. Tempat tu memang cantik and banyak isntagramble spot pulak ttu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...