Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bulan Ramadan kian menjelma dan banyak hotel-hotel mempromosikan hidangan buffet Ramadan mereka. Minggu lalu aku berkesempatan mencuba sendiri menu utama buffet Ramadan Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Ikuti butirannya !
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Sekiranya anda bercadang untuk menikmati hidangan buffet Ramadan di puncak gunung ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands lah jawapannya. Tahun ini, mereka menawarkan 100 lebih sajian buffet. Berikut merupakan antara menu-menu utama untuk sajian buffet Ramadan di sini pada pada tahun ini.
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Kambing Bakar merupakan menu wajib yang perlu ada di setiap buffet Ramadan. Tidak ketinggalan juga di sini. Daging kambing yang dibakar sempurna, dilengkapkan dengan sos lada hitam dan sayur panggang, pasti menjadi pilihan utama mereka yang datang berbuka di sini. Selain itu, menu Kepala Ikan Patin masak Tempoyak juga turut ditawarkan. Menu ini cukup sinonim sebagai hidangan masyarakat di negeri Pahang.
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Selain itu, Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands juga mengetengahkan hidangan Nasi Briyani Gam Kambing untuk hidangan buffetnya. Sungguh nikmat bila dapat menikmati nasi briyani di puncak gunung. Tambah-tambah bila dapat makan panas-panas. Perghhh !
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Buffet Ramadan 2020 : Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands |
Sekiranya anda bercadang ingin naik ke puncak Genting Highlands di bulan puasa ini, boleh buat tempahan untuk menikmati hidangan buffet Ramadan di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands. Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadan di sini.
Harga Buffet Ramadan Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands
RM 78 - Dewasa
RM 34 - Warga emas dan kanak-kanak
Early Bird Promotion (Tempahan sehingga bulan April 2020)
RM55 satu kepala
Sebarang tempahan boleh melalui email atau whatsapp
Whatsapp :
016 - 670 0743 (Ravi)
017 - 542 8790 (Firdaus)
Email :
ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com
fnb@shrgh.swissgarden.com
No comments:
Post a Comment