Sunday, March 22, 2020

7 Sebab Kenapa Pilih Pakej RAWDAH dengan Felda Travel Untuk Menunaikan Ibadah Haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menunaikan Ibadah Haji merupakan impian setiap Muslim di dunia. Iajuga merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan sekiranya berkemampuan. Namun, menunggu giliran nama naik untuk ke sana perlukan kesasabaran yang tinggi. Mungkin belum masanya untuk kita dijemput ke sana. Sekiranya sudah berkemampuan, boleh daftar Haji dengan pihak Felda Travel. Mereka ada menyediakan Pakej Haji Rawdah Premium. Ikuti butirannya !

Mengambil pakej haji mahupun umrah, kita perlu selidik terlebih dahulu rekod agensi tersebut sebelum mendaftar dan membuat apa-apa pembayaran. Maklumlah, acap kali kita dengar jemaah ditipu agensi yang tak bertanggungjawab. Tapi jangan risau, Felda Travel mempunyai rekod yang baik dan boleh dipercayai 100%.

7 sebab kenapa korang patut ambil
Pakej Haji Rawdah Premium dari Felda Travel


1. Peluang Yang Tinggi Untuk menunaikan Haji

Kebarangkalian untuk anda naik haji sangat tinggi meskipun anda status rayuan. Menurut Felda Travel, pada tahun lepas kesemua jemaah rayuan mereka untuk pakej ini dapat menunaikan haji. Sekiranya kalian telah mendaftar haji pada tahun 2015 dan ke bawah, pihak Felda Travel akan sehabis baik membantu kalian untuk dapat naik haji tahun ini.


2. Pembimbing Berpengalaman dalam Menunaikan Ibadah Haji

Kesemua jemaah haji di bawah kelolaan Felda Travel akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawakan jemaah haji Malaysia. Jadi kalian tak perlu risau tentang masalah hokum dan ibadah sepanjang menunaikan haji di sana. Semuanya akan dibimbing secara rapat.


3. Jarak Hotel yang Dekat dan Sajian Makan Terbaik

Jemaah Haji di bawah pakej ini akan menginap di hotel 5 bintang iaitu Safwah Royal Orchid Hotel. Hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, jadi kalian boleh ulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah. Lagi satu, hotel ini sangat disukai oleh rakyat Malaysia kerana terdapatnya food court yang menempatkan Restoran Felda D’Saji. Anda boleh makan roti canai dan minum teh tarik hari-hari. Rasa seperti berada di Malaysia.

4. Tiada Transit Hotel di Aziziah

Jemaah Haji di bawah pakej Rawdah ini akan terus menginap hotel di Makkah. Tiada transit di kawasan Aziziah seperti pakej-pakej lain. Ramai yang kurang cakna akan hal transit ini, kerana ada pakej yang lebih murah ditawarkan kerana jemaah mereka dibawa transit menginap di Aziziah terlebih dahulu untuk jimatkan kos. Hal ini kerana, harga hotel di Mekah sangat mahal ketika waktu kemuncak haji (25 Zulkaedah - 15 Zulhijjah).


Oleh itu, para jemaah hanya akan dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas 15 Zulhijah. Ya, memang dapat jimatkan kos, tapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram dan jalan sangat jem ketika musim haji.

5. Penerbangan yang Selesa

Jemaah haji akan dapat terbang terus ke Jeddah dengan selesa menaiki penerbangan business class Saudia Airlines kerana pakej ini sudah termasuk flight business class. Menarik bukan ? Jarak perjalanan dari Malaysia ke Jeddah memakan masa yang lama, jadi keselesaan jemaah di dalam kapal terbang sangat dititikberatkan.


6. Khemah Dekat dan Selesa

Para jemaah juga dapat beribadah dengan lebih selesa di khemah khas yang disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar (bukan 3.5km seperti pakej biasa atau muasasah). Sangat sesuai jika anda ada sakit kaki dan lutut sebab anda akan pergi melontar jamrah sehingga 4 hari. Jadi, jarak jauh khemah dengan lokasi melontar sangat perlu ambil kira.


7. Lebih Focus dengan Kumpulan Kecil

Ya, jemaah yang mengambil Pakej Haji Rawdah Premium ini merupakan kumpulan yang sangat kecil. Tahun ini, pihak Felda Travel menghadkan jemaah Pakej Rawdah untuk 45 orang sahaja. Kuantiti ini cukup-cukup untuk 1 bas sahaja. Pihak Felda Travel akan memastikan kalian yang mengambil pakej ini mendapat kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik.


HARGA PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM

4 orang sebilik : RM 69,990
3 orang sebilik : RM 79,990
2 orang sebilik : RM 89,990

Diskaun sehingga RM1000 !!!

Seperti yang telah dinyatakan di atas, hanya 45 jemaah sahaja yang diambil untuk pakej ini. Setakat hari ini, sudah 34 orang bakal jemaah haji telah mendaftar. Hanya tinggal 11 kekosongan sahaja lagi. Oleh itu, sekiranya kalian berminat dengan pakej dan tawaran yang ditawarkan, cepat-cepat memaklumkan dan tempah slot anda.


Butirannya adalah seperti berikut :


Email : salam@feldatravel.com.my

Atau hubungi :
Pn Shidah : 019-2010843
Tn Hj Rizal : 019-2637028
En. Mohd Azahari : 012-6260756

Promosi hebat ini hanya sah bagi pendaftaran sebelum 25 March 2020. Jangan lepaskan peluang ini !

12 comments:

  1. Alhamdulilah....tiba-tiba bila nengok post ni terus rasa sedihlah...macam manalah Haji tahun ni kan, mudah-mudahan semuanya akan cepat berakhir dan dapatlah jemaah semua menunaikan Haji..
    Dan kita ni bolehlah mula menabung untuk dapatkan pakej yang terbaik seeprti ini..layan dan segala yang disediakan amat menarik ni, puashati kalau ikut travel pakej Haji macam ni kan..
    Jom Zharif kita pergi sama-sama...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Bagus share pasal pakej umrah haji ni. Cx memang hanya tahu beberapa shaja. Ternyata ada agensi yang tawarkan 7kelebihan seperti di atas. Banyak kelebihan dan manfaatnya. Lepas ni boleh rekomen dekat saudara mara supaya pergi dengan Rawdah Travel.

    ReplyDelete
  3. bagus. bila focus pada group kecil jadi senang untuk travel agency nak focus dan memudahkan dua - dua pihak. Jemaah juga rasa lebih selesa untuk beribadah di sana.

    ReplyDelete
  4. Seronok bila pi Haji atau Umrah dah siap dijaga oleh syarikat yang berpengalaman. Akak kalau ada rezeki nak pi Haji sekeluarga dengan perkhidmatan Felda ni. Doakan akak tau.

    ReplyDelete
  5. Ketujuh-tujuh sebab tu dah okey. Tapi yang menarik minat saya no 2 dan no 7. Pembimbing yang berpengalaman memang amat penting dan menunaikan haji dalam kumpulan yang kecil. Kita pun lebih selesa

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah moga kita sempat dan diberi kelapangan untuk sampai ke sana juga menunaikan Haji pada usia muda macam ni kan awak. Tengok sekarang ada peluang yang besar dari Felda Travel ni rasa macam tak sabar nak pergi Haji hehehe cuma diri ni jer tak sedia lagi... Moga Allah buka hati kita Aminnn...

    ReplyDelete
  7. semoga cepat2 covit ni berakhir dan tanah suci dapat dibuka untuk haji dan umrah. ramai yang dah rindukannya. insyaallah aamiin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ..bagus Felda Travel buat pakej macam ni. Senang sikit kita nak tunaikan haji atau Umrah sebab ada yang bantu kita.

    ReplyDelete
  9. faktor 1 dan 2 tu paling utama kan.
    haji & umrah ni something very dekat di hati, kan.
    mesti nak gi. mesti nak selesa. mutawif yg bagus & prihatin.
    aida lom lagi jejak kaki ke tanah suci. moga dimurahkan rezeki dan ke sana cepat mungkin.

    ReplyDelete
  10. baru tau dsaji felda ada buat untuk umrah. pakej pulak memng menarik dan memydahkan para haji menunaikan ibadah haji. semuanya serba lengkap.hope one day dapat jejak ke sini dan boleh usha pakej ni

    ReplyDelete
  11. Tengok gambar rasa hati nak juga pegi. InshaAllah, mohon murah rezeki nak juga buat Umrah. Doakan ya :)

    ReplyDelete
  12. Bagus adanya perkongsian macam ni.
    Bukan apa, tak semua orang tahu info macam ni kan.
    Adanya info mcm ni, orang ramai tak risau nak memilih pakej.

    ReplyDelete