Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wabak Covid-19 semakin berleluasa di seluruh dunia. Termasuk juga di negara kita yang mana mencatatkan bilangan kes tertinggi di Asia Tenggara. Sudah melebihi 1000 kes COVID-19 dilaporkan dan telah mencatat 3 kematian. Catatan ini sangat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 March. Oleh itu, ramai runsing dan panik soal makanan sepanjang perintah berkurung kerana barang-barang runcit di pasaraya sudah banyak yang habis. Tak perlu risau, D'Salai by Felda D'saji boleh membantu.
Pada mereka yang tidak sempat untuk membeli barang keperluan asas memasak dan sering hampa tiap kali ke pasaraya semua barang habis, jangan bimbang kerana D'Salai by Felda D'Saji boleh menghantar makanan terus ke rumah anda. Baik makanan untuk sarapan, tengahari mahupun makan malam. Semuanya boleh !
Usaha ini diambil oleh Felda D'Saji sempena perintah kerajaan di mana kita perlu berkuarantin di rumah selama 2 minggu bermula 18 March yang lalu. Diharapnya, dengan penghantaran makanan terus ke rumah ini dapat membantu, para ibu, mereka-mereka yang bujang untuk mendapatkan makanan yang sedap dan mengenyangkan pada harga mampu milik.
Terdapat pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan oleh D'Salai by Felda D'Saji.
Untuk waktu sarapan pagi :
- Set Nasi Lemak (RM5)
- Set Mee Kari (RM8)
- Set Lempeng Kelapa (RM8)
- Set Mee Hoon Sup (RM8)
- Set Lontong (RM8)
Untuk waktu makan tengahari dan makan malam :
- Set Itik Salai (RM10)
- Set Daging Salai (RM10)
- Set Sup Kambing (RM10)
- Set Ayam Bumbu (RM10)
Cara tempahan ? Mudah saja. Terdapat 2 platform tempahan D'Saji Delivery. Food Panda Apps dan juga Bungkusit Apps. Berikut merupakan butiran waktu tempahan untuk kedua-dua platform ini.
Aplikasi Food Panda
(Jarak tempahan 5-10KM dari pick-up point D'Salai Anjung Fela, Jalan Semarak KL)
Waktu tempahan :
Sarapan Pagi (7.00 AM - 10.00 AM)
Makan Tengahari (11.00 AM - 3.00 PM)
Makan Malam (3.00 PM - 7.00 PM)
Aplikasi Bungkusit
(Jarak tempahan 15-20KM dari pick-up point D'Salai Anjung Fela, Jalan Semarak KL)
Waktu tempahan:
Sarapan Pagi (7.00 AM - 10.00 AM)
Makan Tengahari (11.00 AM - 3.00 PM)
Makan Malam (3.00 PM - 7.00 PM)
Tunggu apa lagi ? Cepat muat turun kedua-dua aplikasi ini untuk membuat tempahan. Sekiranya nak buat tempahan melalui Whatsapp juga boleh. Boleh Whatsapp ke talian D'Saji Delivery : 019-662 2525 dan berikan maklumat tempahan seperti berikut:
- Nama :
- No Telefon :
- Tarikh :
- Masa :
- Menu :
Mudah kan ? Jangan panik lagi okay. Stay at home and be safe everyone !
foodddd
ReplyDeleteterbaik ni. sedap sedap semuanya.
ReplyDeleteuntung la kawasan yg ada food delivery gini, zharif. rumah aida not available :(
kawasan kampung kan. byk di area melaka town sana tu hah.
terpaksa gagahkan diri masak tiap hari. berdikit-dikit la guna brg dapur.
Selamat takde di Johor, kalau ada memang Sis ko rajin laaa order hahahaha...
ReplyDeleteWah..kan dah senang..kalau xda bahan nak masak.order aje. Dah tentu sedap ..harga pun berpatutan.
ReplyDeleteDsaji kalau masak memang tip top. Kalau tapau lagi bersila la kita makan. Boleh beli nanti, memang tau mereka ada buat pakej tapau ni. Itu pun dah tak cukup tangan. Hahaha
ReplyDeleteMenarikya..felda d'saji da ade buat delivery..food panda tu iena biasa dengar..yg Bungkusit tu tak pernah tau lg :D
ReplyDeleteOk nanti sis cuba. Tu lah susah nak carii makan sebab masih bekerja. Nak tapau hari2 mau kopak. Harap semua berakhir cepat. Stresss dah baca ni teros lapar. Hmmm.
ReplyDeleteUntungnya org2 KL dpt makan makanan sedap2. Sis kalau dok Kl dh lama dah order ni..malangnya diaorg tak buat penghantaran kat area kawasan sis..huhuhu sedih
ReplyDeleteuntung lah orang area sana boleh makan sedap2 dengan delivery dari Saji ni. Huda dok kampung, kena masak sendiri jer.. craving nak makan daging salai...nampak sedap sgt
ReplyDeleteYeay boleh try order nanti. Sedap kalau dapat daging salai tu. Teringin pulak nak makan lepas merasa daging salai masa trip N9 aritu. Thanks sharing.
ReplyDeletesedap2 semua food ni. ada delivery pula tu. insyaALlah bolehlah nak order nanti
ReplyDeleteNasib rumah Rawlins jauh - kalau tak dah hari-hari Rawlins order makanan kat sini especially daging salai tu. Lazat sangat kot!
ReplyDeleteWah sedap sedap makanan yang ada. Yelah bila dah berkurung ni otak tepu nak masak apa tau. Bila ada Felda D'Saji ni buat penghantaran makanan ni bagus juga ringan sikit otak nak memeikir masak apa. Lagi midah. Orser dan tunggu makanan sampai saja depan rumah.
ReplyDeleteTerus lapar bila tengok post Zharif ni terutama set daging salai tu. Tapi jauh sangat nak order, kalau dekat ni meman order dah.
ReplyDeletekalau dekat dengan rumah dah boleh order dah ni. tapi sayang jauh pulak :) apa2pun semuanya nampak sedap :)
ReplyDelete