Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entri buffet Ramadan Villa Istana tahun lalu menjadi antara entri buffet Ramadan yang mendapat carian paling tinggi dalam blog aku. Aku rasa kerana faktor lokasinya yang cantik, harganya yang berpatutan dan makanannnya yang sedap membuatkan ramai memilih untuk berbuka puasa di situ. Tahun ini, aku berpeluang untuk menikmati juadah buffet Ramadan di sana. Ikuti butirannya !
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana, Melaka |
Pasti ramai yang menginginkan suasana buka puasa yang mewah ala istana dan hotel 5 bintang. Impian kalian bisa terlaksana dengan tawaran buffet Ramadan di Villa Istana yang terletak di Melaka ini. Tahun ini mereka kembali menyajikan hidangan buffet Ramadan yang pelbagai, campuran sajian tradisional dan moden. Ia dihidangkan secara eksklusif pada 13 "stall" pilihan.
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Apa yang menarik hidangan berbuka puasa di sini ialah, terdapatnya pelbagai menu-menu tradisional masyarakat Melayu dan juga beberapa hidangan moden bagi melengkapi citarasa era masyarakat kini. Yang paling best tu, terdapatnya hidangan sushi di buffet Ramadan di sini. Satu kelainan dan jarang-jarang kita dapat menikmati hidangan sushi dalam sajian buffet-buffet Ramadan.
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Para pengunjung bakal dihiburkan dengan nyanyian dan hiburan Islami dari kumpulan nasyid SaffOne yang cukup terkenal dalam kalangan peminat lagu-lagu kerohanian. Nyanyian mereka yang merdu dan mengasyikkan pasti membuat kalian terbuai-buai pabila mendengarnya. Surau juga ada disediakan bagi mempermudahkan pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak di sini.
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Mari kita lihat hidangan buffet Ramadan yang ditawarkan di Villa Istana Melaka ini.
Butiran harga buffet Ramadan di Villa Istana Melaka :
RM 49 - Dewasa
RM 39 - Kanak-kanak
Promosi Early Bird : RM 45 (Dewasa) dan RM 35 (Kanak-kanak & warga emas)
**Promosi ini sah untuk tempahan yang dibuat sebelum 24 April 2020
Pengunjung dinasihatkan untuk membuat tempahan awal kerana tempat duduk adalah terhad dan risau akan membuatkan kalian berputih mata. Untuk selamat, sila tempah segera.
Buffet Ramadan 2020 : Villa Istana Melaka |
Untuk maklumat lanjut :
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313, Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka
Hubungi : 06 - 233 0205 / 016 - 258 0734 / 011 - 6492 8928
Fb: @IstanaMelaka
Insta: @villaistanamelaka
Serius la. Lawa betul dekorasi tempat makan ni. Makanan pun nampak sedap. Boleh masukkan list tempat berbuka puasa nanti
ReplyDeleteMeriah dia macam orang kawin gitu. Pilihan menu pun banyak sangat, berbaloi dengan harga. Kalau ada ke Melaka, boleh gak cuba ni..
ReplyDeleteCantik deko khemah dekat Villa Istana Melaka ni kan. Harga pun affordable sangat! Nur rasa kalau nak datang sini memang kena booking awal. Kalau tak melepas laa gayanya
ReplyDeleteeh murah lah harga dia... tengok makanan pun sedap2 ni... suka tgk setting tempat makan dia cantik sangat...
ReplyDeletewah, murahnya harga. Tapi jauh la pulak kat Melaka. Untung la orang Melaka, ni yang buat rasa nak halo halo member Melaka. Mana la tau ada yang sudi nak ngajak berbuka kat situ kan.. hehehe
ReplyDeleteJauhnya dia gi berbuka puasa eh! Hahah..nampak menarik semua menu2nya ye! Leh la try nnt kalo ke melaka
ReplyDeleteWow sampai ke Melaka! Jauh perjalanan, indah makanan. Ehehehe. Bulan Ramadan la best utk berbuka sesama keluarga. Hehehe. Balik Melaka nak bawa la family ke sini. InsyaAllah.
ReplyDeletemurah2 je rupanya, and the food pun sedap2 belaka. insyaAllah ramadan mesti ramai orang
ReplyDeleteYa ampun banyaknya pilihan makanan semua nampak.menarik dan sedap. Teruja giler tengok hahah
ReplyDeleteWow menarik la menu2 kat sini! Is that sushi? Pastu kuih2 tradisi melayu tu pun mencengkam kalbu tu!
ReplyDeleteThis is one good ramadan buffet! You are so lucky! Wish I could try, tapi I have small appetite. Thanks for sharing!
ReplyDeletewow. best nyer. buffet ramadhan.
ReplyDeletecovid plak now. perintah kawalan :(
moga menjelang ramadhan, semua da ok kan.
covid pun dah menghilang...
dpt la berbuka di hotel.
Bestnya jika dapat berbuka di bawah khemah see-through tu. Seakan dinner under the stars gitu. Next time pergi sila ajak Rawlins sekali please.
ReplyDeleteYummsss, now you make me miss ramadan review. Kat sana ada sushi juga.
ReplyDelete