Monday, March 23, 2020

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik, tak sangka bulan Ramadan semakin menghampiri. Pasti ramai sudah tidak sabar untuk itu. Dan pasti ramai juga sudah mula riki-riki lokasi untuk berbuka puasa. Hah, sekiranya korang tinggal berhampiran dengan Petaling Jaya, bolehlah cuba berbuka puasa buffet Ramadan di Hotel Armada, Petaling Jaya. Ikuti butirannya !

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Tahun ini Hotel Armada mengetengahkan tema Citarasa Kampungku, yang mana sajian yang ditawarkan berkonsepkan menu-menu kampung dan tradisional. Mereka percaya, apabila tibanya waktu berbuka, tekak pasti mengidamkan makanan-makanan kampung. Terutama sekali mereka-mereka yang tinggal di kota. Menu kampung membuatkan mereka teringat masakan ibunda di rumah.

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Mereka yang bertanggungjawab dalam menyediakan menu-menu buffet Ramadan di Hotel Armada tahun ini ialah Chef Chew Teik dan Chef Alifah Binti Iskandar yang juga dikenali sebagai Chef Mommy. Walaupun menu kampung menjadi tarikan di Restoran Utara Hotel Armada pada tahun ini, menu-menu lain seperti menu barat dan Jepun turut disediakan.

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Sebanyak lebih 100 menu bakal terhidang dan menghiasi meja dan kaunter di Restoran Utara ini. Pasti bakal membuatkan pengunjung rambang mata dan terliur melihatnya. Sangat suka melihat pilihan sambal yang disediakan di sini, betul-betul rasa macam berada di kampung. Lihat sahajalah menu-menu yang disajikan. Pasti membuatkan anda rindu masakan nenek di kampung.

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Manakala untuk hidangan pencuci mulut, Restoran Utara Hotel Armada memilih untuk menyajikan pencuci mulut tradisional yang sangat sinonim di negara kita. Antaranya ialah Cendol, Pengat Nangka bersama Sago, Puding Cendol dan Rojak Buah. Cendol di sini sangat terbaik !! sangat lemak berkrim. Jangan lupa cuba nanti okay.

Buffet Ramadan 2020 : Hotel Armada, Petaling Jaya

Menarik bukan ? Apa tunggu lagi, cepat buat tempahan sekarang sementara promosi sedang berlangsung. Terdapat harga istimewa untuk tempahan awal tau.

Harga Buffet Ramadan Hotel Armada, Petaling Jaya
RM 90 - Dewasa
RM 45 - Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

Early Bird Promotion (1 March - 19 April 2020)
RM 75

Lebih istimewa di sini juga ada menyediakan hidangan untuk sahur. Restoran Utara akan beroperasi mulai jam 3.00 AM sehingga 5.00 AM. Dan harga untuk hidangan sahur di sini hanyalah RM20 satu kepala.

Sebarang tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi nombor yang berikut :

03-7954 6888 ext. 4557
018 222 0824


No comments:

Post a Comment