Assalamualaikum dan salam sejahtera
Memandangkan bulan puasa semakin menghampiri, pasti sudah ramai sedang mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa yang sedap dan mampu milik. Apa yang lebih menarik ialah,lokasi buka puasa ini sangat dekat dengan pelbagai gedung membeli-belah yang terkenal. Buffet Ramadan yang aku nak syorkan untuk kali ini ialah di The Grand Campbell, Kuala Lumpur. Ikuti butirannya !
![]() |
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Ya, lokasi The Grand Campbell sangat strategik kerana ia dikelilingi oleh beberapa gedung membeli-belah terkenal seperti Sogo, Lulu Hypermarket, Jakel dan juga Masjid India. Lokasi-lokasi ini sangat terkenal dan menjadi tumpuan masyarakat melayu apabila dekat waktunya musim perayaan. Jadi, sekiranya korang mencari lokasi yang dekat, dan menawarkan pelbagai seleksi juadah, boleh masukkan tawaran buffet Ramadan di The Grand Campbell dalam senarai.
Jom kita tengok apa yang menarik buffet Ramadan di The Grand Campbell tahun ini.
![]() |
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Seperti biasa, hidangan lauk-pauk yang ditawarkan sangat pelbagai. Kalian boleh memilih sama ada nak makan makanan laut, daging atau ayam. Semuanya ada dihidangkan di sini. Masakannya pula mengetengahkan masakan tradisional kaum melayu yang cukup sinonim dihidangkan ketika waktu berbuka puasa.
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Terdapat lebih 90 jenis makanan dihidangkan setiap hari. Dan yang lebih menarik ialah, buffet Ramadan yang ditawarkan di The Grand Campbell ditukar dan digilirkan setiap hari. Dengan ini, pengunjung tidak akan merasa bosan tiap kali datang untuk berbuka di sini. Menarik bukan ?
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Yang pasti, hidangan gulai kawah dan kambing panggang akan dihidangkan setiap hari. Buat penggemar daging kambing panggang dan gulai kawah, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati hidangan tersebut di The Grand Campbell pada bulan Ramadan ini.
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Sekiranya berminat untuk berbuka puasa di sini, boleh dapatkan butiran di bawah,
Harga buffet Ramadan The Grand Campbell Hotel, KL
RM55 - Dewasa
RM30 - Kanak-kanak
Tempahan boleh mula dibuat bermula 29 April hingga 21 Mei 2020
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
Buffet Ramadan 2020 : The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur |
The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur
Campbell Complex, 98 Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur
Tel atau whatsapp
Diana : wasap.my/60135266539
Farid : wasap.my/60126234361
No comments:
Post a Comment