Thursday, March 19, 2020

Meneroka Kehijauan Alam di Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 2 minggu yang lalu, aku berkesempatan meneroka Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan. Secara jujurnya, aku tidak pernah lagi mendengar nama tempat ini. Bila rakan-rakan pelawa untuk sama-sama menikmati pengembaraan meneroka kehijauan bersempena kempen #Back2Nature, atau dalam bahasanya ialah Kembali Kepada Fitrah.


Siri #Back2Nature kali ini memperlihatkan keindahan Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan. Sebelum ini ia dikenali sebagai Taman Alam Liar, Jelebu. Hutan yang berkeluasan 9045 hektar ini terletak dalam daerah Jelebu dan dijaga rapi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS).


Segala aktiviti yang hendak dilakukan di dalam kawasan Taman Negeri Kenaboi ini perlulah dimaklumkan pada pihak mereka untuk mendapatkan permit. Antara aktiviti yang ditawarkan di sini ialah pendakian, trek hutan, berkhemah dan macam-macam lagi. Pengunjung boleh mendapatkan permit dengan mengunjungi pejabat mereka yang beroperasi setiap hari mulai jam 8 pagi sehingga 5 petang.


Sangat teruja ya untuk merasai pengalaman berkhemah di sini selama dua malam. Ini bukanlah kali pertama aku melakukan aktiviti perkhemahan, namun begitu aku masih tidak biasa akan hal-hal perkhemahan ini. Apa yang aku dapat simpulkan berdasarkan pengalaman aku berkhemah di sana tempoh hari, aku sangat suka kerana mereka menyediakan kawasan khemah yang lapang dan selesa. Terdapat kemudahan seperti tandas dan surau untuk pengunjung. Malah ruang makan dan dewan juga turut disediakan.


Terdapat dua tapak khemah di Taman Negeri Kenaboi. Pengunjung boleh memilih untuk berkhemah berlatarbelakangkan sungai Kenaboi yang bersih dan juga indah. Pengunjung juga boleh menyewa khemah daripada pihak mereka. Tapi dinasihatkan supaya membawa khemah sendiri untuk lebih selesa. Tambahan pula stok khemah yang ada agak sedikit terhad, jadinya takut tiada slot khemah yang kosong ketika kunjungan korang ke sini. Sebab itu, dinasihatkan untuk membawa khemah sendiri. 


Khemah yang aku duduk nie agak besar juga. Boleh memuatkan 3 orang dewasa. Dan ia sangat selesa kerana didatangkan bersama-sama dengan katil. Sangat menarik ! Tak adalah sakit badan berlantaikan tanah. Chalets juga ada disediakan, tapi alang-alang dah masuk hutan nie, adalah lebih best kalau kita berkhemah. Baru mencabar dan lain daripada kebiasaan. Duduk chalet sama macam duduk hotel. Tak ada kelainan. 


Banyak aktiviti dan kawasan yang kita boleh terok di Taman Negeri Kenaboi nie. Aku kira kami hanya akan duduk-duduk di situ dan mandi sungai sahaja. Rupanya tidak. 

1. Demonstrasi memanjat dan mendapatkan benih pokok

Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah, sesi memanjat pokok. Sesi ini menerangkan kepada pengunjung tentang bagaimana, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menyemai benih-benih pokok di sini bagi menggalakkan lagi pertumbuhan anak-anak pokok baru. 


2. Air Terjun Lata Kijang

Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Lata Kijang merupakan air terjun tertinggi di semenanjung Malaysia. Memang tinggi sungguh air terjun di sini, nampak sedikit menakutkan tapi sangatlah cantik untuk dijadikan spot bergambar. Dari tapak khemah kami ke Lata Kijang nie mengambil masa lebih kurang dalam 15-20 minit perjalanan menaiki truck. 



Perjalanan yang sangat berbaloi sebab Lata Kijang nie memang cantik sangat. Nak mandi-manda pon boleh. Tapi oleh kerana kami datang waktu tu sudah lewat petang, jadinya kami hanya celup-celup kaki dan mandi ala kadar sahaja. Banyaknya cuma ambil gambar.



3. Perlepasan anak ikan di sungai

Bagi mengimbangi ekosistem di sekitar Taman Negeri Kenaboi ini, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan satu usaha di mana perlepasan anak ikan di sungai-sungai menjadi rutin mereka di sini. Pemberian makan kepada ikan-ikan juga turut dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan hidup ikan-ikan yang dilepaskan tadi. 


Ia merupakan satu usaha yang bagus bagi menambahkan populasi ikan di sungai-sungai sekitar Taman Negara Kenaboi ini. Menurut mereka, dahulu memang banyak dan mudah dapati ikan-ikan di sungai, namun sekarang sangat susah untuk melihat kelibat ikan di sungai itu. Harap usaha ini dapat menambahkan populasi ikan di situ. 


4. Jeram Berungut

Jeram Berungut mempunyai kisahnya yang tersendiri. Menurut mereka, Jeram Berungut ini diberi nama berasarkan bunyi yang dihasilkan oleh jeram itu sendiri yang mana bunyinya seperti orang yang sedang merungut. Menurut mereka juga, hampir kesemua pengunjung yang hendak ke Jeram Berungut pasti akan bertanyakan pada mereka "Jauh lagi ke ?". Pertanyaan yang diajukan itu seolah-olah seperti orang yang sedang merungut sebab tak sampai-sampai. 


Sungguh, memang rasa macam jauh betul dan tak sampai-sampai seperti tiada pengakhiran. Hampir satu jam juga kami berjalan menyusur sungai untuk ke Jeram Berungut. Di sepanjang jalan, pengunjung dapat melihat keindahan kawasan-kawasan di sini. Air sungainya tidak begitu deras melainkan ketika waktu hujan. Dari segi kedalaman, ada bahagian yang dalam dan ada bahagian yang cetek. Oleh sebab itu, jaket keselamatan perlu sentiasa dipakai untuk menjamin keselamatan setiap pengunjung.


Setelah hampir satu jam merentas sungai, akhirnya kami tiba di pintu masuk Jeram Berungut. Kedalaman air di sini agak dalam ya. Oleh sebab itu, pengunjung tidak dibenarkan untuk meneroka Jeram Berungut ini tanpa pemandu pelancong.

Rezeki kami semua pada hari itu kerana berjaya sampai ke penghujung jeram yang boleh dikira agak bahaya. Biasanya, mereka tidak bawa sampai kepenghujung kerana arus yang begitu deras. Tapi rezeki kami, kami dapat sampai ke penghujung. Mencabar, tapi sangat best ! Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 


Lupa nak bagi tahu, sepanjang pengembaraan kami di Taman Negeri Kenaboi ini, kami ditemani oleh sepasukan bomba dan polis, serta orang-orang dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bagi meastikan keselamatan kami sepanjang ekspedisi ini. Terima kasih abang-abang bomba dan polis serta orang-orang JPNS.

5. Survival Camp

Sesampai sahaja kami di tapak Survival Camp ini, kami cukup terpukau dengan peralatan yang mereka buat dengan hanya menggunakan sumber-sumber hutan. Terdapat mangkuk, senduk, cawan, dan macam-macam lagi peralatan yang dibuat menggunakan buluh dan dahan pokok. Tidak sangka, banyak rupanya benda yang kita boleh buat dengan menggunakan sumber semulajadi. 


Kami diberi pendedahan akan makanan dan sumber yang kami boleh gunakan dan dapatkan sekiranya kami tersesat di dalam hutan untuk kelangsungan hidup. Al-maklumlah, hutan nie besar dan kadang kita boleh tersesat. Oleh itu, sangat penting kita belajar skil asas berada di hutan. 



Siapa kata di dalam hutan kita tidak boleh masak sedap-sedap ? Silap sama sekali. Kami dijamu dengan makanan yang cukup enak disediakan oleh pegawai-pegawai hutan yang memasak menggunakan sumber hutan yang ada. Memasak dengan hanya menggunakan buluh sahaja. Hebat !



Kenyang sungguh kami pada petang tu. Dan yang penting, sangat sedap ya ! Tak dapat lupakan ayam yang dimasak dan juga nasinya. Nasinya dimasak menggunakan daun yang besar, tak ingat nama daun tu. Setelah dibalut rapi, ia kemudiannya dikukus. Rasanya sangat sedap ya. Berbeza dengan nasi yang dimasak menggunakan periuk nasi. 



6. Water Tubing

Buat pengunjung yang datang berkhemah di sini, anda juga boleh melakukan aktiviti water tubing di sungai berhampiran tapak khemah. Tak perlu pergi jauh pon. Dan yang best tu, boleh main sepuas-puasnya. Nak tubing berulang-ulang kali pon tak apa. Water tubing di sini sangat santai dan tidak berapa mencabar. Walaubagaimanapon, tetap ada beberapa tempat yang perlu berhati-hati. Apa-apa pon, sangat enjoy bertubing di sini.


----------------------------------------------------------------------

Itu merupakan antara aktiviti yang kami sempat lakukan sepanjang 3 hari 2 malam di Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Seronok meneroka kehijauan alam di sekitar Taman Negeri Kenaboi bersama rakan-rakan media yang lain. Semoga bertemu lagi di lain ekspedisi untuk siri #Back2Nature yang seterusnya ya guys !

Sekiranya anda ingin butiran lanjut mengenai Taman Negeri Kenaboi dan pakej-pakej yang ditawarkan untuk melakukan aktiviti di sini, boleh dapatkan di pautan yang berikut,



#Back2Nature #HutanKitaNadiKita #JPNNS #DiscoverJelobu #VM2020 #VisitMalaysia2020 #TamanNegeriKenaboi #JeramBerungut #LataKijang #JeramToi #TakeMeAnywhere

14 comments:

  1. Meriahnyaa...seronok kalau reramai macam ni kan..Lama tak camping masuk hutan...Yang ebstnya tu, makan masak macamtu, benda nampak tak sedap pun semua jadi sedap, kan kann

    ReplyDelete
  2. menarik sangat aktiviti dia...suka part masak-masak tu! khemah pun nampak selesa, terus teringat time camping pengakap & camping kayak zaman belajar dulu...adeii, sakit belakang sebab takde katil macam khemah awak tu..hahahahah

    ReplyDelete
  3. Uishhh bestnye makan jagung bakar. Baru tau ada tempat macam ni kat N9. Lama dah tak gi camping gini

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa la tempat ni.. Belajar kat negeri sembilan jugak tapi tak pernah dengar jugak nama tempat ni.. Lepas covid dah reda nanti boleh la plan datang sini pulak dengan member2

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya..macam2 aktiviti menarik.. tak pernah tau lagi pasal tmpt ni..nanti blh la ajak kwn2 g sini..Khemah to mmg win sangat ada katil..biasa iena g camping khemah xde katil mcm tu..tp ade jenis kemah yg dia letak tilam kat bawah

    ReplyDelete
  6. aktiviti yang ada tu sesuai tak kalau kita bawak budak-budak bawah umur 15 tahun?

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat berkhemah macam ni. Dengan keindahan alam sekitar..seronoknya

    ReplyDelete
  8. seronoknya mandi air terjun, siap camping buat fire bon masak2.. rindu plak time2 camping2 cmni...lepas covid19 ni, harap2 bole la pegi sana dgn family..

    ReplyDelete
  9. Ni betul-betul back to nature ni! Sesekali teroka tempat camni pun best kan hehe leh temgook kehidupan orang asli sekali

    ReplyDelete
  10. bestnya kan, air mesti sejuk giler tu. segar dan nyaman. bersama2 alam

    ReplyDelete
  11. heyyy..dalam hutan pun makanan meriah ye. seronoknyaaa. dah lama tak menyertai aktiviti camping macam ni. rindu dengan keindahan alam semulajadi

    ReplyDelete
  12. Wahh seronoknya korang. Sis dok NS dulu pun x pernah sampai sini. Nanti dah reda wabak ni..nak jugak le ke sana

    ReplyDelete
  13. Wah menarik yer. Aktiviti adventure dan dapat enjoy nature cam ni..meriah korg yg dpt join trip ni

    ReplyDelete
  14. Wahhh bestnya banyak aktiviti boleh buat kalau camping dekat taman negeri kenaboi ni. Sama macam Zharif, ni first time jugak tahu kewujudan tempat ni. Cantik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini