Wednesday, March 11, 2020

Jalan Penuh Liku Pengasas Sellection Tempuhi Sebelum Membina Empayarnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Acap kali kita rasa bermotivasi apabila mendengar cerita kejayaan seseorang. Perjalanan untuk mengecapi kejayaan tidak selalunya indah. Pelbagai onak dan liku ditempuh sebelum memperoleh kejayaan. Begitu juga perjalanan pengasas Sellection, Pn Nor Rafidah Khairuddin. Ikuti butirannya !


Pn Nor Rafidah berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh onak dan liku itu sewaktu menyambut ulangtahunnya yang ke-31 pada minggu lalu. Menurutnya, anak bongsu dari tujuh beradik dari Ipoh ini mengikut suaminya tercinta, Abdul Hadi Wisman, berhijrah ke Montreal, Canada. Beliau tidak menyangka keputusannya itu membawa satu perjalanan pahit yang menjadikan dirinya kuat dan memperoleh kejayaan.


Muffin Pisang Menjadi Asbab Menjadi Seorang Personal Shopper

Sewaktu Pn Rafidah di sana, beliau mencuba nasib mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja. Antaranya pekerjaan yang dilakukan oleh beliau ialah pembantu hotel, mengemas hotel dan pembantu dapur. Namun cerita beliau mencuba untuk menjual muffin pisang di negara barat itu cukup terkesan. Bahkan, cerita itu juga menjadi asbab dan pembuka jalan untuk dirinya menjadi seorang personal shopper.

Tercetusnya idea ingin menjual mufin pisang di kafe-kafe sekitar Montreal kerana ingin menambahkan pendapatan. Beliau mencipta sendiri resepi mufin pisangnya dengan menggunakan tepung bebas gluten. Kegigihan beliau pergi ke satu persatu kafe di sekitar Montreal untuk mempromosikan mufin pisangnya itu. Menurutnya, ia bukan satu perkara yang mudah. Ramai memandang pelik dan skeptikal keana penampilannya yang bertudung. Pelbagai penolakan diterima, namun Pn Rafidah tetap bersikap optimis dan sabar.


Beliau yakin, mufin pisangnya itu akan terjual kerana rasanya yang enak dan kandungannya yang menyihatkan. Berkat kesabaran, mufin pisangnya mendapat penerimaan yang baik dan beliau perlu menyediakan mufin pisang untuk 9 buah kafe di sekitar Montreal. Pada waktu itu, Pn Rafidah tidak mempunyai kenderaan sendiri dan terpaksa membawa 20 kilogram pisang dengan menggunakan shopping cart menaiki bas meredah cuaca yang sangat sejuk. Semua ini terpaksa beliau redah demi memenuhi permintaan mufin pisangnya.

Hasil keuntungan yang Pn Rafidah dapat melalui jualan mufin pisangnya, belkiau gunakan untuk memanjakan diri dengan membeli apa yang diingini. Dan dari situlah terdetiknya untuk menjadi seorang Personal Shopper. Mula berjinak-jinak menjadi personal shopper dan ia semakin berjaya dan berkembang., perniagaan mufin pisangnya terpaksa dikorbankan kerana ketika itu beliau kerap pulang ke Malaysia atas urusan perniagaan.


Setelah 2 tahun berbisnes menjual mufin pisang, akhirnya Pn Rafidah dan suami memutuskan untuk pulang ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada bisnes online shopping dan legasi Sellection. Facebook merupakan medium utamanya ketika itu demi melebarkan sayapnya dalam perniagaan sebagai personal shopper. Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah di Facebook telah mencecah sebanyak 89 ribu ketika itu.

Memberi Peluang Rakyat Malaysia Memiliki Barang Berjenama Pada Harga Mampu Milik.

Perkongsian video dan demo tentang beg tangan serta artikel-artikel fesyen di akaun facebook miliknya menarik lebih ramai pengikut. Ia sekaligus meningkatkan tempahan melalui sistem pre-order. Cara ini sedikit sebanyak membina kepercayaan pelanggan-pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan Pn Faridah dalam urusan membeli barang-barang berjenama ini.


Kesemua produk jenama mewah yang dibelinya merupakan produk yang original dan juga baru. Ia dibeli secara terus di cawangan-cawangan yang terdapat di Amerika Syarikat, Kanada dan negara di benua Eropah.

beliau percaya, semua orang sukakan barang mewah dan berjenama, tapi dalam masa yang sama ingin berjimat. Oleh sebab itu, beliau menawarkan diri sebagai seorang personal shopper kerana menurutnya, produk yang dibeli secara terus dari cawangan jauh lebih murah berbanding beli di butik-butik. Dalam pada masa yang sama, barang yang ditawarkan juga merupakan edisi yang terkini.


Sellection Kini Merupakan Online Premium Outlet

Ya, kini Sellection diiktiraf sebafai online premium outlet dan merupakan yang pertama di Malaysia. Pn Rafidah juga turut berkata bahawa pihak Sellection juga turut membuka peluang niaga kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan.


SELLECTION BOUTIQUE
No 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 4142 0000

Jadi buat mereka yang ingin bekerjasama dan mengambil bahagian besar dalam perjalanan Sellection, bolehlah mendaftar dan menghubungi pihak Sellection untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai butiran kerjasama ini.

Tanda pagar #SistersDiMalaysia

Menurut Pn Rafidah, panggilan sisters ini merupakan panggilan buat pelanggan dan pengikutnya. Ia merupakan kenalan di alam maya yang jauh di mata namun dekat di hati. 


Sebarang maklumat lanjut mengenai Sellection, boleh ikuti mereka di pautan-pautan berikut,


14 comments:

  1. Tahniah buat Pn Rafidah...siapa sangka kan dari jadi PS, akhirnya dengan usaha dia dapat buka butik..memang tak sangka..Sis kenal dia memalui jualan IG dia sebagai PS..

    ReplyDelete
  2. acaranya bagus nih sepertinya.. keereen

    ReplyDelete
  3. setiap usahawan mestilah mempunyai perjalanan yang sukar dulu barulah boleh maju dgn jayanya. mesti akan ada cabarannya

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing this motivational post. Her story is so inspiring. Yep true, the pain you fell today is changing sto become the person you dream to be. So don’t ever give up. So beisdes Puan Rafidah, sapa lagi yg menjadi inspirasi pada Zharif. To me, it’s IU. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. baca cerita kejayaan puan rafidan ini benar-benar memberi inspirasi kan...yg mana dalam hidup ini kita tidak boleh mudah putus asa

    ReplyDelete
  6. Ehhh ada muka si comot tu..hahaha. Yahhh sis pun kagum dengan usaha pengasas sellection ni..memberi inspirasi kpd kita, jangan cepat patah semangat..teruskan usaha hingga berjaya. Now..haa dah ada butik pun..brg2 branded lagi tu

    ReplyDelete
  7. Teringin nak tahu lebih lanjut tentang muffin pisang tu. Tak semua oarang tabah dan boleh berjaya kan. Biasa mesti ada kesusahan sebelum berjaya. tahniah buat Sellection.

    ReplyDelete
  8. Tak sangka kan, pn rafidah yg dulunya hanya penjual muffin, kini mampu membuka bisnes onlinenya sendiri..tahniah buat pn rafidah atas kejayaan beliau...smoga perniagaan beliau terus berkembag maju..

    ReplyDelete
  9. PS terkenal dengan orang yang gigih, orang yang gigih memang boleh berjaya macam pn.Rafidah ni.. tengok barang branded tu syok..nak ushar la website tu nnt..haha

    ReplyDelete
  10. berbeza giler wajah pn rafidah tu after dah make up. Cantikkkk. Dah la cantik pandai berniaga pulak tu. Kagum tengok semangat dia yang tak putus asa walaupun

    ReplyDelete
  11. Pengasas dia memang berani. Kat negara org pun dia survive. Pastu risiko juga jadi PS bag berjenama. Hari tu cek harga bag kat website. Semua tak la mahal giler. Mampu akak pakai untuk raya nanti! Hahaha

    ReplyDelete
  12. Nak berjaya bukan nyer senang, kena ambil risiko, tabah, rajin and tak berputus asa.

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat Pn Rafidah.. Bangga rasa sorang lagi anak melayu berjaya dalam bisnes bermula dari bawah dan tidak putus asa untuk terus ubah kehidupan jadi lebih baik walaupun banyak pandang negatif pada permulaan.

    ReplyDelete
  14. tahniah Puan, memang bukan mudah jadi pengasas. all the best ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini