Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada bulan February tahun yang lalu, aku dan kawan-kawan aku pergi bercuti ke Phuket, Thailand. Dah lama kitorang tak bercuti sama-sama. Biasanya kalau merancang percutian, dalam negara je. Kali nie, kita cuba pergi luar negara pula. Destinasi pilihan kami, Phuket Thailand.
Flight kami ke Phuket seawal jam 6 pagi, jadinya kami dah tercongok dekat KLIA2 tu sebelum subuh gajah. Kedai-kedai dalam tu pon banyak tak buka lagi. Sesampai je kami di Phuket, kami terus pergi ke mall. Tak ingatlah mall mana kami singgah. Yang pasti, kami berjalan-jalan sebelum menunggu waktunya check in. Waktu check in jam 3 petang.
Kami ronda-ronda dalam mall dulu sambil tengok-tengok bag Gentle Woman. Lepastu singgah makan tengahari dekat mana ntah, tak ingat. Makanan sedap tapi astagha masin sangat. Apa-apapun, cukuplah untuk mengisi perut yang super lapar masa tu.
Kami menginap di Arch 99. Bilik kami sangat-sangat selesa dan betul-betul bersebelahan pantai. Nak snorkeling senang sebab pengumpulan dekat area tempat kami menginap nie. Tapi malangnya, kami jauh dari pusat bandar Phuket yang meriah waktu malam. Jadi, kalau korang nak kan ketenangan, bolehlah consider hotel nie. Kalau korang nak kan malam yang havoc dan liar, carilah penginapan yang dekat dengan Phuket Night Market sebab dekat situ dekat dengan pelbagai tempat. Aku lebih memilih tempat yang havoc dan liar, jadinya hotel nie tidak akan menjadi pilihan aku sekiranya aku bercuti sendiri.
Waktu malam kami keluar mencari makanan Halal untuk makan malam. Kami singgah di Malin Plaza. Adalah bahagian makanan Halal dekat sini. Banyak je pilihan. Tempat duduk pon banyak walaupun ramai betul manusia masa nie.
Keesokkan harinya adalah waktu kami pergi island hopping. Selepas breakfast, kami berjalan kaki ke tempat pengumpulan. Sangat-sangat dekat, tak perlu naik van macam orang lain. Orang lain datang dari kawasan penginapan havoc yang aku cakap tu, jadinya dorang kena datang emnaiki van. Sebabnya jauh.
Sementara menunggu giliran kami naik boat, kami diberi pil mabuk laut. Kalau korang jenis mudah pening dan muntah bila naik bot, sangat dinasihatkan untuk telan pil nie sebelum naik boat. At least 30 minit sebelum naik boat. Aku tak tahulah kalau aku nie ada mabuk laut, tapi untuk selamat dan tak nak merosakkan mood, aku telan je untuk langkah berjjaga-jaga.
Serious cakap, aku dah tak ingat tempat mana yang kami pergi. Just ikut he abang boat tu bawa ke mana, butiran mengenai pakej yang kami ambil semua aku dah lupa. Yang pasti ada few spots dia singgah. First spot nie tempat yang cukup significant. Kalau datang Phuket tak bergambar dekat sini, consider kau tak datanglah. Kami diberhentikan di sini lebih kurang dalam 2 jam.
Lepastu ada option untuk pergi ke destinasi lain, tapi yang nie tak masuk dalam pakej. Yang nie ada caj extra kalau tak silap. Aku pon tak ingat sangat. Kalau tak nak destinasi optional nie, korang boleh habiskan waktu dekat pulau yang diberhentikan tadi sehinggalah boat asal datang pick up.
Sebaik sahaja kami selesai bermandi-manda, kami dibawa ke satu pulau untuk kami makan tengahari. Makan tengahari ini termasuk sekali dalam pakej. Yang mana, ia berkonsepkan buffet dan makanan yang disajikan di sini adalah Halal. Meriah makanan yang disediakan. Korang makanlah kenyang-kenyang dalam tempoh waktu yang diberikan. Ada tempoh waktu sebab waktu makan ikut kumpulan. Jadi, jangan berlengah-lengah.
Balik dari island hopping, kami mandi dekat swimming pool di tempat penginapan kami. Swimming pool dia dekat roof top berpemandangankan laut. Cantik sangat ! Singgah celup-celup kejap hilangkan pasir dekat baju.
Pada belah malam, kami keluar ke pekan untuk mencari makan malam. Maaf cakap,restoran yang kitorang singgah malamtu, sangatlah lembab. Kami tunggu makanan bukan main lama. Jadi aku tak ambil gambar sebab dah lapor dan rasa nak marah. Selesai makan, kitorang jalan-jalan kawasan sekitar tengok jual-jualan. Ada macam pasar malam baru nak set up. Lepastu kitorang singgah beli kopi local. Then terus balik hotel.
The next day, kami bersiap-siap untuk pergi melawat harimau. Tak ingat berapa harga tiket. Yang pasti dia jual dalam pakej. Kitorang ambil pakej sekali naik tramp dan juga bergambar dengan harimau saiz besar.
Selesai melawat harimau, kitorang free and easy. Pergilah mana tempat nak pergi. Asalkan berkumpul semula jam 9 malam dekat shopping mall yang ada dekat Patong Beach tu untuk sama-sama pulang semula ke hotel. Maka kitorang pon berjalan-jalanlah dalam mall dan beli beberapa barang. Lepastu singgah patai pasir untuk tengok suasana.
Tak mandi pon, sekadar tengok-tengok je. Lepastu kitorang pergi mengurut. Sakit-sakit badan ber-islan hopping semalam, so kitorang pergilah mengrut. Selesai mengurut, kitorang berjalan-jalan dekat Patong Beach punya dataran. Memang meriah sungguh suasana malam dekat sini. Menyesal betul menginap jauh. Kalau aku datang lagi Phuket, aku akan menginap dekat kawasan sekitar nie je.
Bila waktu dekat menunjukkan jam 9 malam, kami pon berkumpul semula di Starbucks di kawasan mall yang telah dijanjikan itu. Lepastu naik van dan pulang semula ke hotel.
Keesokkan paginya, macam biasa, kami bersarapan di hote. Lepastu ke pantai untuk menghirup udara segar. Tak pergi mana-mana pon pagi tu sebabnya nak bersiap untuk check out dah. Lepas check out, baru kami menuju ke kawasan kincir angin dan jam. Tak tahulah naa tempat nie apa, yang pasti bergambar dekat sini cantik gila. Cuma panas terik lah.
Lepastu singgah beli ole-ole untuk bawa balik Malaysia. Banyak juga kami borong masa tu. Sebelum pemandu van kami hantar ke airport, kami singgah Amazon Cafe buat kali terakhir sebelum ke airport.
Maka dengan itu, tamatlah percutian peponds di Phuket Thailand. Ini merupakan percutian terakhir peponds. Lepastu dah tak bercuti sama lagi dah. Apa yang aku boleh katakan, we all enjoyed the trip despite the drama happened semasa di sana. Whatever happens in Phuket, stays in Phuket. Kbai.


No comments:
Post a Comment