Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kanak-kanak masa kini membesar dalam dunia yang serba pantas, digital dan penuh cabaran,
sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang sama ada anak-anak
mereka menerima sokongan yang mencukupi untuk perkembangan yang sihat. Situasi ini jelas
melalui trend gaya hidup semasa, di mana lebih daripada 90% kanak-kanak di bawah umur
lima tahun didapati melebihi had masa skrin yang disarankan1
, mencerminkan tahap
pendedahan awal yang tinggi terhadap peranti digital.
Pada masa yang sama, kajian daripada organisasi penyelidikan global bukan untung, Our
World in Data, menunjukkan jurang pemakanan dan tumbesaran yang berterusan. Di
Malaysia, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun telah
meningkat daripada 19% pada tahun 2000 kepada 24% pada tahun 20242
, sekali gus
menekankan cabaran berterusan dalam menyokong perkembangan fizikal yang optimum pada
peringkat awal kanak-kanak.
Seiring dengan perubahan cara kanak-kanak membesar hari ini, ia semakin penting untuk
menyokong perkembangan mereka secara menyeluruh, daripada perkembangan kognitif,
kesihatan mata hinggalah tumbesaran fizikal yang lebih kuat dan berdaya tahan.
Menyedari keperluan yang semakin berubah ini, Fernleaf memperkenalkan Susu Tepung
Rumusan untuk Kanak-kanak yang kini dipertingkatkan dengan nutrisi SmartGro™. Dirumus
berdasarkan pemahaman akan cara kanak-kanak membesar pada masa kini, ia
menggabungkan nutrien penting untuk menyokong tiga aspek utama perkembangan:
- 5X DHA dan Zat Besi untuk menyokong perkembangan otak
- Lutein membantu melindungi mata daripada cahaya biru (blue light) untuk kesihatan mata yang lebih baik.
- Protein dan 100% Kalsium untuk menyokong perkembangan yang menyeluruh dan tulang yang lebih kuat.
Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Lactalis-Mainland Dairy Malaysia3 berkata formulasi
yang dipertingkatkan ini mencerminkan komitmen Fernleaf dalam menyokong ibu bapa
dengan penyelesaian nutrisi yang dipercayai untuk anak-anak mereka.
“Setiap ibu bapa inginkan terbaik untuk anak mereka, iaitu membesar dengan baik, belajar
dengan baik, dan mendapat permulaan hidup yang terbaik. Seiring perubahan zaman kanak-
kanak hari ini, pemakanan yang menyokong mereka juga perlu turut berkembang. Di Fernleaf,
kami percaya pemakanan yang baik bukan satu kemewahan, tetapi sesuatu yang setiap
keluarga berhak nikmati dengan penuh keyakinan,” kata Siew Poh.
Dr. Nisa Khalil, Pakar Pediatrik dengan Minat Khas dalam Perkembangan Kanak-kanak,
menekankan bahawa tahun-tahun awal merupakan fasa penting dalam perkembangan kanak-
kanak, khususnya dari segi perkembangan otak, penglihatan dan tumbesaran fizikal.
“Perkembangan kanak-kanak ibarat membina sebuah rumah, ia bermula dengan asas yang
kukuh untuk kekal teguh dalam jangka masa panjang. Asas ini datang daripada nutrisi yang
seimbang, termasuk susu sebagai sumber nutrien penting yang menyokong perkembangan
otak, kesihatan mata dan tumbesaran keseluruhan pada tahun-tahun awal, sekali gus
membantu mempersiapkan mereka untuk peringkat pembelajaran seterusnya.”
Dr. Fatin Liyana, Doktor Perubatan dan Penyokong Keibubapaan, turut menyatakan
bahawa ibu bapa masa kini perlu mengimbangi gaya hidup yang serba pantas sambil
menguruskan jadual harian yang padat serta memastikan anak-anak menerima pemakanan
yang seimbang.
“Amalan harian yang ringkas seperti menggalakkan anak-anak kekal aktif secara fizikal,
mengurus masa skrin dengan baik, memupuk rasa ingin tahu melalui pembelajaran dan
permainan, serta mewujudkan rutin harian yang positif boleh memberi impak yang besar
terhadap perkembangan kanak-kanak.”
Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran ialah pasangan selebriti, Ayda Jebat dan
suaminya, Nabil Mahir, turut berkongsi pandangannya,
“Setiap peringkat dalam keibubapaan hadir dengan cabarannya tersendiri, daripada
mengurus masa skrin hinggalah memastikan anak-anak kekal aktif dan sentiasa ingin belajar.
Sebab itu kami memilih Fernleaf Growing Up Milk Powder dengan nutrisi SmartGro™. Ia
memberi ketenangan kepada kami kerana mengetahui anak-anak mendapat sokongan untuk perkembangan otak, kesihatan mata dan tumbesaran keseluruhan, sementara kami terus
konsisten dan saling menyokong sebagai satu pasukan.”
Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Fernleaf akan mengadakan siri jelajah
(roadshow) di seluruh negara di lokasi terpilih, dengan pelbagai aktiviti interaktif dan ganjaran
menarik. Antaranya termasuk blind box edisi terhad Fernleaf Famooly serta beg tote DIY,
dengan pembelian minimum RM40 dan RM60 masing-masing. Pengunjung juga berpeluang
untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana nutrisi SmartGro™ membantu menyokong
perkembangan minda, kesihatan mata dan tumbesaran fizikal kanak-kanak.
Didapati dalam pek saiz 250g, 500g, 850g dan 1.6kg, Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-
kanak Fernleaf boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya dan pasar raya besar di
seluruh negara, serta secara dalam talian melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan butiran jelajah (roadshow), sila layari Facebook
Fernleaf (@FernleafMalaysia), Instagram (@fernleaf_malaysia), TikTok (@fernleafmy), atau
laman web mereka di https://www.fernleaf.com.my/en.html













No comments:
Post a Comment