Monday, June 22, 2020

Berkhemah di Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini merupakan pengalaman pertama aku merancang untuk berkhemah dengan kawan-kawan. Saja cuba bawa kelainan untuk percutian kali nie. Tak sangka, menjadi juga perancangan kami nie setelah banyak kali tertunda. Maklumlah, jadual sebagai seorang pelajar nie tak boleh nak jangka. Rasa macam lapang tak ada kerja, tuptup ambik kau, assignment bertimbun. Sebab tu banyak kali tertunda. Dan akhirnya, awal January lalu, kami berjaya jugak tunaikan hajat untuk pergi berkhemah. Ikuti butirannya !

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Banyak juga tempat kami survey. Hasil survey tersebut kami akhirnya putuskan untuk berkhemah di Santai Riverside yang terletak di Janda Baik. Tengok ramai kenalan kami pergi berkhemah di sini dan mereka banyak beri feedback positif. Oleh kerana ini merupakan pengalaman kami yang pertama merancang perkhemahan sendiri, jadinya kami tak nak berkhemah di kawasan yang terlampau ekstrem atau terlampau pedalaman.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside nie boleh tahan juga pedalamannya. Cumanya lokasi dia tak berapa jauh dari KL pon. Dalam satu jam dah boleh sampai. In fact, kurang dari sejam. Tak susah pon nak jumpa lokasinya.

Banyaklah kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya ialah bilik mandi, surau, tempat barbeque, sinki untuk basuh pinggan dan macam-macam lagilah. Untuk mereka yang jarang berkhemah, sudah pasti peralatan perkhemahan seperti khemah dan sebagainya tu tiada, betul tak ? Jangan risau, sewaan khemah juga turut disediakan di sini. Pilih je nak khemah besar mana. Tapi tertakluk kepada stok yang ada lah. Kalau tempah last minute, susahlah sikit nak dapat sebabnya benda-benda macam nie kena buat tempahan awal. Bahkan tapak khemah juga perlu ditempah awal sebabnya ramai gila manusia yang datang berkhemah di sini. Terutama sekali pada hari minggu dan cuti sekolah.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Jadi dinasihatkan supaya tempat at least 2 bulan awal atau sebulan lebih awal. Sebulan awal pon kadang tapak khemah dah penuh. Jadi untuk selamat, tempah dua bulan lebih awal. Kalau pergi hari biasa tu, insyaAllah lah ada slot yang kosong. Tapi hari minggu, biasanya akan penuh.

Kami tempah dua tapak khemah dan dua khemah. Satu khemah boleh muat dalam 3 ke 4 orang macam tu. Bergantung pada saiz badan. 5 orang pon boleh muat rasanya sebab khemah tu serious besar. Tapak khemah kami betul-betul menghadap sungai. Inilah syoknya kalau tempah awal sebabnya kau boleh pilih nak bahagian mana. Kalau lambat tempah, alamatnya tak dapatlah tapak khemah menghadap sungai.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Masa kitorang sampai tu, serious tak ramai orang. Ada beberapa khemah je. Dalam 4 khemah macam tu. Sebabnya kitorang pergi hari Jumaat. Jadinya tak ramai orang. Kitorang sewa dua tapak je, tapi disebabkan tak ada orang, jadi kitorang conquer lah tapak khemah sebelah. Owner pon sporting je, dia tak kesah pon. Asalkan nanti bila ada yang sewa tapak tu, kita alihkan barang. Malam pertama kitorang dekat situ, sumpah cuak sebabnya tempat tu literally kosong tak ada orang. Malam sunyi gila.

Tapi bila masuk je hari Sabtu keesokkan harinya, terus berduyun-duyun yang datang sampai full house semua tapak. Sebab tu aku nasihatkan pada mereka yang bercadang nak berkhemah di sini, kenalah buat tempahan awal. Hari minggu memang penuh dengan orang.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Sebaik sahaja khemah dipasang oleh staf Santai Riverside, kami mula set up barang-barang. Malam tu kami buat BBQ. Ayam dah diperap oleh kawan aku, Alya. Malam tu kitorang tinggal bakar je. Lepas dah makan, kitorang main tukar-tukar hadiah dan juga beberapa permainan. Sebelum nak datang sini, setiap orang ada peranan masing-masing. Macam-macam ahli jawatankuasa diwujudkan bagi memastikan kelancaran perkhemahan kami nie. Maklumlah, pertama kali katanya. Takut terkurang dan tak bersedia. Tapi Alhamdulillah semua benda cukup dan lengkap.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Kitorang bermain sampai lewat malam. Makin malam makin takut. Sunyi gila tak ada orang. Malam pertama dekat sini sumpah takut gila. Kalau ada orang dekat tapak khemah sebelah, beranilah jugak. Masalahnya keliling kitorang kosong. Walaupun kami berlima, perasaan takut tu tetap ada ya. Dah lah nak pergi bilik air jauh gila dari tapak khemah kitorang. Sebab tapak khemah kitorang betul-betul sebelah sungai. Tandas pulak dekat bahagian seberang jalan. 

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Pagi-pagi kitorang dah bangun untuk buat morning walk. Poyo je kan ? Siap buat morning walk bagai. Konon gaya hidup yang sihat. Tiberr. Balik khemah masak cekodok untuk sarapan. Lepastu aku tak ingat kitorang buat apa. Ouh ya, kitorang bermandi-manda sungai lah ! Lupa pulak sungai ada dekat depan mata. Hahahaha

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Mandi-mandi, lepastu makan, lepastu tengok cerita hantu. Siang hari, beranilah tengok cerita hantu dekat hutan. Lagipun masa nie dah ramai orang. Keliling semua dah ada khemah. Tapi terjerit-jerit jugak tengok cerita hantu tu. Aiyooo. 

Masa nie kitorang dah kena angkat barang-barang dari tapak khemah sebelah sebabnya dah ada orang. Ingatnya macam berjiran-jiran nak tepuk tampar macam tu, sekali dia tutup habis weyhh kawasan dia. Okay, bagus. Tak perlu aku susah-susah untuk beramah mesra. Hahahaha.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Dekat nak maghrib macam tu, tetibe dua lagi kawan aku munculkan diri. Ya Allah masa nie gembira betul. Tak expect pon dia datang masa tu sebab last minute kereta dia kemalangan. Tuptup muncul. Terkejut weyhh. Asalnya trip perkhemahan kitorang nie ramai yang sepatutnya pergi. Tapi asyik bertukar-tukar tarikh, lepastu bila dah lock tarikh, dekat waktu exam pulak dan bertindih dengan benda-benda lain. Jadinya ramai terpaksa tarik diri. Tinggallah kami berlima. Sedih tu sedih, tapi kami pergi jugak, sebabnya semua benda dah bayar, rugilah kalau batalkan. 

Alhamdulillah, perkhemahan nie dikira sukses. Seronok sampai tak ingat dunia tau. Sampaikan malam tu kami kena marah dengan pakcik dari khemah sebelah sebabnya ketawa-ketawa bagai nak gila malam-malam buta. Macam biasalah, bila kat hutan nie kenalah jaga mulut dan bila malam tu kenalah sensitif sikit. Sebab tu dia tegur. Faham je nasihat yang dia cuba sampaikan, tapi tak suka cara dia. Eh tegur macam mana baik sekalipon memang aku tak sukalah kena-kena tegur nie. Kbai. 

Walhalkan, budak-budak muda dari tapak khemah sebelah kitorng lagi bising tau. Sampai pagi-pagi buta masih lagi main game Werewolf ketawa-ketawa tanpa kesudahan. Tak ada pulak pakcik tu tegur. Eeee geram betul kalau ada joy killer macam nie masa tengah gembira-gembira. Terus kitorang masuk tidur weyh lepastu.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Hari terakhir kami di sini, sebelum kemas-kemas nak balik kitorang mandi-mandi dulu. Rasa sekejap pulak, cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu dah nak balik. Check out dalam jam 12 ke jam 1 macam tu. Khemah yang kitorang sewa tu tak perlu bungkus dan lipat. Tinggalkan je macam tu, nanti staff Santai Riverside akan bersih-bersihkan dan uruskan.

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Sebelum balik tu, kitorang singgah makan tengahari dekat Kopi Ladang nie. Tak jauh pon dari tapak Santai Riverside tu. Waze je, nanti jumpalah. Inipon kitorang kebetulan jumpa. Nampak ramai je orang makan dekat sini. Mesti sedap sebab tu ramai. Jadi kami pon singgahlah. Katanya, kat sini korang kena cuba kopi dorang. Itu kira signature drink dorang. Harganya agak sedikit mahal untuk secawan kopi tapi heyy jangan complain. Starbucks harga dekat 20 hengget ko telan setiap minggu tak ada complain pon ya. 

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Apa-apa pon, seronok berkhemah dekat Santai Riverside nie. Satu percutian yang lain daripada percutian-percutian aku sebelum nie. Tak sabar nak pergi berkhemah lagi nanti kalau ada rezeki. Pergi camping nie, kalau kau pergi dengan geng satu kepala, memang best ! Pakatlah ajak kawan-kawan satu geng pergi berkhemah di sini. Tak perlu risau pasal tak ada pengalaman, kitorang pon pertama kali nie bercamping masak-masak sendiri bagai. Dah macam mak-mak siap bawak perkakas dapur. Hahahahaa

Berikut merupakan butiran Santai Riverside nie kalau kot-kot korang nak berkhemah dekat sini ke nanti.

SANTAI RIVERSIDE, JANDA BAIK PAHANG

Whatsapp : KLIK SINI 
Tel : En Azlan (012-921 3009 / 019-966 0196)
Facebook : Santai Riverside

Butiran harga berkhemah di Santai Riverside,
Sewa tapak khemah : RM60/malam
Sewa khemah : RM30/khemah (Boleh muatkan 4-6 orang bergantung saiz badan)

**Tempat barbeque disediakan, tapi jaring besi dan arang kayu bawa sendiri

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Santai Riverside, Janda Baik Pahang

Kalau nak beli buah tangan untuk bawa balik, bolehlah beli baju-baju yang dorang jual nie. Hihi. Okay dah, itu je nak cerita. Jom berkhemah lagi ! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...