Sunday, June 28, 2020

Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara Menerima Sumbangan Terowong Disinfeksi & Alatan Sanitasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia dan negara kita, pelbagai tempat dan rutin harian kita terbatas. Antara tempat yang teruk terjejas ialah taman tema hiburan, panggung wayang dan juga kawasan ibadah. Alhamdulillah, terdapat peningkatan kehidupan di mana banyak kawasan dibenarkan untuk beroperasi semula secara berperingkat. Apabila kerajaan mengumumkan pembukaan semula beberapa tempat secara berperingkat, ramai kini sudah menarik nafas lega. Namun banyak SOP perlu dipatuhi bagi mengelakkan kluster baharu Covid-19.


Pengumuman pembukaan semula tempat-tempat ibadah memberi kegembiraan buat semua. Alhamdulillah, kini lebih ramai boleh datang ke tempat-tempat ibadah. Terbaharu, Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang terletak di Bukit Damansara Kuala Lumpur menerima sumbangan dari ARB Berhad. Sumbangan ini berbentuk terowong disinfeksi dan juga beberapa alatan sanitasi yang cukup canggih dan terkini. 



Ini merupakan satu alternatif membendung jangkitan Covid-19 kerana tempat-tempat ibadah merupakan antara tempat yang menerima kunjungan orang ramai. Bagi mengurangkan risiko itu, proses disinfeksi dan sanitasi sangat penting bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk dikunjungi. 




Terowong disinfeksi dan juga alatan sanitasi yang disumbangkan lengkap dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) bagi mengesan suhu badan secara automatik. Kecanggihan teknologi kini dapat mengurangkan penglibatan manusia daripada terdedah dengan risiko jangkitan.

Selain terowong disinfeksi dan juga alatan sanitasi, pihak Masjid Saidina Umar Al-Khattab juga menerima 10 unit Humidifier White Combat yang dipercayai dapat melawan jangkitan virus corona. Pengguna tidak perlu risau terhadap bahan kimia yang digunakan kerana bahan-bahan kimia yang digunakan dalam alatan ini selamat digunakan untuk kegunaan manusia dan tidak mempunyai kesan masa panjang. Hal ini telah diperakui sendiri oleh Prof Dato Sri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah, seorang pakar perubatan yang terlibat secara langsung dalam penghasilan dan pengendalian alatan-alatan sanitasi ini.




Terowong disinfeksi ini diletakkan di pintu utama sebelum masuk ke dewan solat. Setiap pengunjung yang hadir perlu melalui terowong ini untuk diperiksa suhu dan menjalankan sesi disinfeksi. Hanya mengambil masa kurang dari seminit bagi melengkapkan proses disinfeksi ini. Pengunjung terlebih dahulu akan diimbas suhunya, dan kemudian mensanitasi tangan sebelum ke proses semburan mist. Mist disinfection ini dipercayai dapat membasmi kuman dan mengelakkan penyebaran kuman-kuman merbahaya. 

Terowong disinfeksi ini diperkenalkan oleh ARB Berhad (Aturmaju Resources Berhad). Pembuatannya sangat diselidik rapi sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Keberkesanan terowong disinfeksi ini akan dipantau dari semasa ke semasa. Pihak ARB Berhad berharap, dengen memperkenalkan terowong disinfeksi ini di Masjid Umar Al-Khattab Bukit Damansara, dapat menarik lebih banyak rumah-rumah ibadah untuk mengaplikasikan teknik yang sama. 



Manakala alatan pengimbas suhu ini merupakan sumbangan dari China Asean Harbour Info Malaysia Sdn. Bhd. Terdapat 4 unit telah disumbangkan oleh mereka untuk Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara dan setiap unit bernilai RM15,000. Manakala produk Humidifier White Combat dari White Factor ini pula bernilai RM1,000 setiap satu. Sebanyak 10 unit telah disumbangkan ke pihak masjid.

Humidifier ini menggunakan Hypocholorous Acid (HOCl) yang terbukti sangat mesra alam dan berkesan melawan pelbagai jenis patogen seperti MERS, SARS, HIV, Covid-19 dan juga pelbagai jenis bakteria dan kulat lain. Ia mendapat kelulusan dari FDA, EPA dan USDA. Digunakan meluas dalam pelbagai industri termasuklah perhotelan, perkhidmatan penyediaan makanan dan juga perubatan. Ia akan diselenggara oleh pihak ARB Berhad setiap 2 bulan sekali.



Terowong disinfeksi ini telah dirasmikan sendiri oleh wakil dari organisasi dan VIP yang hadir ke majlis penyerahan ini. Antaranya ialah Prof Dato Sri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah (Pakar Perubatan dan Pengerusi Sektor Kesihatan ARB Berhad), Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia), Pegawai MAIWP, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid, wakil-wakil dari syarikat ARB Berhad, White Factor dan juga China Harbour Info Malaysia Sdn Bhd. 

Pihak masjid sangat terhutang budi dan bersyukur di atas sumbangan terowong disinfeksi, alatan sanitasi dan humidifier yang disumbangkan ke masjid ini. Semoga dengan adanya inisiatif memerangi pandemik Covid-19 ini dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk ke rumah-rumah ibadah semula setelah beberapa bulan dibiarkan sunyi dan sepi. 

10 comments:

  1. Rawlins suka dengan peralatan canggih nie. Rawlins pernah lalu terowong disinfeksi tu ketika nak masuk salah satu kedai makan di Bangi.

    Rindu nak solat kat masjid.

    ReplyDelete
  2. Bagus ada terowong begini di masjid setidak tidak nya tak lah risau utk berjemaah di masjid ya tak? Semua masjid harus ada alat ini.

    ReplyDelete
  3. wahhhh bagusnya bila masjid ambil langkah keselamatan rapi macam ni sekali. bagi contoh kepada masjid yang lain. yang rindu masjid dah boleh beribadah dengan tenang & selamat

    ReplyDelete
  4. Bagus banyak pihak yg sama menyumbang dalam usaha mengekang covid 19..moga pihak yg terlibat mendapat keberkatan di samping memudahkan urusan para jemaah menunaikan solat.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, bagusnyaaa sumbangan macam ni tatkala memang memerlukannya..lagi pulak supaya dapat sesama mengimarahkan mesjid/surau berjemaah..takde laa dah di sekat kosong, bertambah kosongnya kann...

    ReplyDelete
  6. Bagus dpt sumbangan macam ni. Sekrg patutnya semua masjid sediakan.. Huhu.. Takdela risau bila yang dtg solat tu kan

    ReplyDelete
  7. Semoga banyak lagi alatan canggih disediakan di masjid lain. Rumah ibadat memang mnjadi tumpuan berhimpun kan. Tahniah kepada mereka yang terlibat

    ReplyDelete
  8. bagus juga terowong ni. canggih, dan memudahkan orang ramai. kalau lebih banyak NGO derma kan bagus.

    ReplyDelete
  9. Harap semua masjid ada alatan mcm ni so tak lah risau org nk ke masjid. Sis pun tunggu je ni masjid kat umah ni bukak..nak berjemaah dgn org2 sana

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... terima kasih kepada penyumbang... Semoga akan banyak lagi masjid yang ada teknologi macam ni. Kat sini pun sekarang dah buka Masjid...

    ReplyDelete