Saturday, March 16, 2019

Penghidap Autism Pertama dan Warga Emas Bakal Menawan Puncak Gunung Everest

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gunung Everest merupakan puncak gunung yang tertinggi di dunia. Puncak itu menjadi rebutan para pendaki di seluruh dunia namun ia bukanlah satu benda yang mudah. Perjalanan yang penuh liku dengan perbezaan suhu dan altitud memberi cabaran buat para pendakinya. Namun cabaran itu tidak mematahkan semangat warga emas dan juga penghidap autism ini untuk menawan puncak gunung Everets tersebut. Ikuti butirannya.


YB Bakri Sawir, ADUN serta Exco Kerajaan Negeri, yang berusia 60 tahun itu bakal menawan puncak Gunung Everest itu bersama rakan baiknya, yang juga seorang warga emas, Tn Haji Che Kamaruddin Mamat (67 tahun). Mereka bersama 4 pendaki yang lain akan mula penjelajahan untuk mendaki puncak Gunung Everest itu dalm masa yang terdekat ini.


Mengikut rancangan asal, beliau sepatutnya memulakan pendakian itu pada tahun lalu, namun atas faktor-faktor tertentu, hasratnya terpaksa ditangguhkan. Banyak cabaran YB Bakri Sawir terpaksa tempuhi untuk melakukan penjelajahan ini. Termasuklah fitnah yang tersebar di media sosial yang mengatakan pendakian ini mengandungi unsur-unsur penyalahgunaan wang rakyat. Ia sama sekali tidak benar kerana pendakian Gunung Everest ini sudah lama beliau rancangkan sejak sebelum Pilihanraya Umum ke-14 lagi.

Majlis penyerahan bendera serta barang kelengkapan pendakian yang dianjurkan oleh Malaysia Autism Foundation (JA Wellness Sdn Bhd) dengan kerjasama Malaysia Outdoor Recreation United (MORU Sdn Bhd) telah dilangsungkan.

Penyerahan bendera kepada YB Bakri Sawir

Malaysia Autism Foundation, yang ditubuhkan oleh YBhg. Dato’ Dr Sukarno Wagiman, berhasrat untuk mencungkil bakat‐bakat pengidap autism ke peringkat tertinggi dengan menaja salah seorang penghidap autism untuk turut sama-sama mendaki Gunung Everest itu. Namun ia terpaksa ditunda buat sementara waktu untuk membolehkan persediaan yang lebih rapi dibuat. Beliau percaya, pendakian ke Puncak Gunung Everest ini merupakan satu simbol kejayaan buat penghidap autism dan sekaligus membuktikan mereka juga boleh bersaing bersama masyarakat biasa yang lain.

YBhg. Dato’ Dr Sukarno Wagiman, pengasas Malaysia Autism Foundation

Untuk pengetahuan korang semua, JA Wellness merupakan sebuah sebuah pusat pemulihan penyakit‐penyakit kronik yang mengamalkan teknik penyembuhan tanpa ubat‐ubatan kimia, sebaliknya mengesyorkan kaedah penyembuhan alternatif berasaskan herbal serta terapi bukit (Hills Therapy). Ini merupakan kali pertama aku mendengar alternatif pemulihan seperti ini dan dikatakan ia banyak memberikan kesan positif kepada pesakit-pesakit kronik yang telah mendapatkan khidmat rawatan ini.

Penyerahan kelengakapan pendakian oleh Pengarah Operasi MORU kepada YB Bakri Sawir

Malaysia Outdoor Recreation United (MORU) yang di wakili oleh Ketua Pengarah Operasinya, En Khairil Zaibuddin, turut menyerahkan kelengkapan-kelengkapan pendakian yang berupa Jaket Kalis Cuasa (Down Jacket), Seluar Kalis Cuaca (Goretex) serta T‐Shirt yang akan digunakan oleh YB Bakri pada pendakian kelak. Kelengkapan ini mampu bertahan pada suhu rendah sehingga 5 celcius di bawah paras beku dan material nya sangat berkualiti.


Semoga perjalanan YB beserta pendaki-pendaki lain ke puncak Gunung Everest dipermudahkan. Semangat YB untuk menawan puncak Everest biarpon sudah menjangkau usia 60 tahun seharusnya dicontohi semua.

7 comments:

  1. Semoga cita-cita murni ini dipermudahkan dan semua yang bakal melakukannya akan diberkati dan selamat pergi serta kembali. Rawlins pun tak pasti boleh naik ke tak hehehe

    ReplyDelete
  2. wah.. YG dah menjangkau umur 60 tahun tapi amsih kuat dan bersemangat nak mendaki Puncak Everest.. Semoga selamat pergi dan selamat pulang kembali dengan semua yang menyertai..

    ReplyDelete
  3. GOOD luck untuk semua peserta. Rasa teruja pulak kak min bila warga emas dan autism nak buat semua ni. Heheh kak min sendiri rasa tak mampu nak buat hehe

    ReplyDelete
  4. Wah kagumnya kak ana baca entri ni. Umur dan faktor kesihatan bukan penghalang utk capai sesuatu impian. Semoga semua berjalan dengan lancar. And first time juga kak ana dgr tentang JA wellness ni

    ReplyDelete
  5. Wow hebwtnya seorg autism dh boleh nak smp gunung everest.. bukan gunung kinabalu tau.. nmpk yg seorg yg autism pun boleh menawan puncak atau buat perkara yg org normal kdg2 tak mampu nak buat.. tahniahh

    ReplyDelete
  6. Kagum sungguh rasanya. Kita yg sihat walafiat ni, nak pergu hiking bukit gasing yang rendah tu pun kemain liat. Termengah2 tiap kali hiking.

    ReplyDelete
  7. Wah rasa bangganya. Hebat betul diorang kan. Kita yang notmal ni pon tak mampu nak buat. Semoga dipermudahkan semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini