Thursday, March 21, 2019

Adventurers' Web Merupakan Tarikan Terbaru AEON Mall Nilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

AEON Mall Nilai merupakan pusat membeli-belah AEON terbesar di Malaysia dan ia baru sahaja dibuka kepada umum beberapa bulan yang lalu. Terdapat banyak kedai-kedai dari pelbagai jenama giat dibuka di sini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Terkini, The Adventurers' Web baru sahaja menapak di AEON Mall Nilai. Ikuti butirannya !


The Adventurers' Web ialah sebuah tempat riadah terbaru yang sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur. Tidak kira untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Terdapat pelbagai tarikan yang disediakan dekat dalam nie. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk merasai sendiri kemeriahan tempat ini dan apa yang aku boleh simpulkan, anak-anak muda pasti suka datang ke sini. Terdapat 3 tarikan utama di dalam The Adventurers' Web.

1. Dinosaur Rangers


Siapa yang tidak sukakan dinosaur, betul tak ? Semua pasti suka. Membesar dengan menonton filem-filem dinosaur membuatkan kita teringin untuk rasai sendiri berjumpa dengan dinosaur yang sebenar. Namun itu sangat mustahil untuk terjadi kerana dinosaur sudah lama pupus beribu-ribu tahun dahulu. Kalau dinosaur hidup lagi alamatnya kita tak hiduplah kat muka bumi nie dikk nonn. Hahaha



Di sini, pengunjung dapat melihat dan menyaksikan beberapa spesis dinosaur dan semuanya nampak seakan-akan hidup. Sungguh nampak seperti dinosaur yang sebenar. Pengunjung akan dibawa ke satu tempat untuk menyaksikan pertunjukan baby dinosaur dan memberi makan kepada dinosaur dewasa. Agak seronok ya sewaktu pertunjukan ini sebab ada plot twist sikit. Habis semuanya bertempiaran nak melarikan diri. Hahaha


Seterusnya, pengunjung akan dibawa untuk sama-sama mencari telur-telur dinosaur. Juga sangat best sebab ada plot twist di sini. Sambil mencari telur sambil berwaspada sebab takut ada dinosaur dewasa datang menyerang. Ada dinosaur serang ke semasa misi mengumpulkan telur-telur nie ? Hah yang tu anda kena rasai sendiri. Yang penting, sangat best ! Ada macam-macam lagi yang menarik dekat dalam section nie. Korang kena rasai semua tau nanti !


2. Monster House


Monster House adalah sebuah rumah hantu tetapi ia berbeza dengan rumah hantu yang anda semua pernah pergi. Tiada hantu yang bergerak akan mengganggu pengunjung ketika di dalam Monster House nie. Semuanya hanyalah bergantung kepada ketakutan dalam diri. Tempat ini menguji keberanian kita melalui pengetahuan kita terhadap hantu-hantu yang dipamerkan. Berani nak masuk ?



Monster House ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Dari yang kurang takut kepada yang sangat menakutkan. Sekiranya pengunjung tidak mampu lagi menahan rasa takut, mereka boleh give up dan keluar terus daripada Monster House tersebut tanpa perlu menyusuri rumah hantu ini sehingga ke penghujung.

Anda takut ? Sila keluar


Sangat menguji keberanian ya walaupun tiada manusia yang menjadi hantu untuk menakutkan kita di dalam tu. Hanya kita dan rakan-rakan lain, beserta perasaan takut dalam diri yang akan menemani kita menyusuri pameran-pameran ngeri dan menakutkan yang terdapat di dalam Monster House ini.


Pengunjung juga boleh mengenakan costume yang disediakan untuk bergambar kenangan di sini

3. Mini Science and Technology Discovery Centre

Tempat ini merupakan tempat interaktif di mana pengunjung dapat rasai sendiri dan mengagumi teknologi dan sains. Terdapat banyak pameran yang terdapat di dalam tempat ini di mana pengunjung boleh rasai dengan mencuba sendiri dan mengambil bahagian di dalam pameran ini.


Menarik sekali di ruangan ini di mana pengunjung boleh mengubah kedudukan dan bentuk pasir yang terdapat di situ dan lampu tersebut akan mengesan bentuk muka bumi yang bersesuaian dengan bentuk pasir yang dibina. Sekiranya anda buat ia berbukit, ia akan jadi bukit, dan sekiranya pasir itu berbukit tinggi, ia akan menunjukkan sebuah gunung berapi. Manakala permukaan pasir yang landai dan dalam, ia akan dikesan sebagai laut. Sangat menarik !


Terdapat macam-macam tarikan yang ada di section ini dan aku pasti ia akan membuatkan pengunjung teruja menyaksikan apa yang teknologi boleh hasilkan dan lakukan.

Baru aku tahu, dekat wang kertas terdapatnya nama Agong. Guna mata kasar tak dapat nak kesan sangat, tapi bila diletakkan di bawah microscope nie, baru nampak dengan jelas.

Robot berdansa. Pernah tengok ?

Selain itu, pengunjung juga boleh bermain lompat trampoline ini secara percuma. Ia berada di dalam section Mini Science and Technology Discovery Centre dan ianya 100% selamat untuk dicuba. Sangat mengujakan berada di dalam section ini. Macam-macam ada dan yang menariknya, pameran-pameran dalam nie akan berubah-ubah dari semasa ke semasa.


------------------------------------------------------------

Menarik bukan ? Korang pasti teruja untuk rasai sendiri pengalaman ini. The Adventurers' Web merupakan satu-satunya tarikan yang hanya ada di AEON Mall Nilai. Ya, ia hanya ada di AEON Mall Nilai SAHAJA.
.
Ia akan mula dibuka kepada umum pada hari Sabtu ini, 23 March 2019. Pengunjung yang hadir ke AEON Mall pada hari tersebut berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik beserta diskaun yang istimewa sempena hari pembukaan The Adventurer's Web. Pengunjung boleh menikmati diskaun sebanyak 20% dan sekiranya memiliki AEON Credit Service card, pengunjung berpeluang menikmati diskaun sebanyak 30% dari harga tiket sebenar.


200 keping tiket juga bakal diagihkan pada hari kejadian dan mereka berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Jangan lupa untuk rebut peluang keemasan ini pada hari pembukaan The Adventurers' Web.

THE ADVENTURERS' WEB

Second Floor, AEON Mall Nilai
No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ticket price : RM 49.00 (Harga biasa)
Early Bird Ticket : RM 25.00

16 comments:

  1. Wow cambest je , hari tu nak pergi tapi tak jadi , next time akan pergi jugak

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ye Aeon Mall Nilai ni.
    Siap ada adventure web disitu..
    Menarik la. Macam macam ada..
    Selalu yang kita tahu bila sebut mall ni ada kedai kedai dia je la..
    Harga tiket pun tak mahal.
    Boleh la terjah nanti.

    ReplyDelete
  3. Anak-anak I suka tengok dinosaur. Nak bawa mereka pergi ke sini during the school holiday.

    ReplyDelete
  4. Kat Nilai ada tempat macam ni. Ni dah macam Theme Park dah ni. Tak sangka dekat je ngan rumah I. Cuti sekolah ni makin ramai la pengunjung kat Aeon Nilai ni ye.

    ReplyDelete
  5. weh...bestnyaaa...esok dah bukak kan? kalau dekat mmg dah pergi dah...alaaaa...teringin nak rasa zaman Dinasour tuuu :D

    ReplyDelete
  6. Menarik... Anak-anak akan lebih seronok bermain dan belajar di sini. Jadi, boleh mengurangkan mereka dari bermain gadget... Bagus betul ada aktiviti menarik macam ni..

    ReplyDelete
  7. Aeon Nilai tak juah sangat dari rumah akak. Memang nampak menarik tempat tempat yang ada di Aeon Nilai. Nanti boleh bawa anak anak pergi Dinosaur Rangers dan belajar di mini science and technolgy tuh. Kakau monster house awal awal dah tolak sebab tak sanggup nak masuk .Hahaha ..no wonder aeon nilai besar kan. Sebab banyak tarikan di sana

    ReplyDelete
  8. Wah... Menarik nya! Seronok ni bawak anak anak. Confim depa. Enjoy sakan. Ker mamanya yang over. Hahaa..
    Kebetulan dah start cuti sekolah memang on time laaa baca citer zariff ni. Thanks tau sharing!

    ReplyDelete
  9. Wahhh. Dah hukak dah Aeon Nilai ni. Besar jugak Aeon yang kat sini patut la banyk aktiviti. Macam best je kalau pergi ni. Lepas ni tak ada la pergi ni je Nilai 3. Lepas ni pergi Nilai pergi Aeon Nilai pulak. Hahah

    ReplyDelete
  10. Bwst sangat tempat doa.. Macam-macam ada.. Nak pergi sini la nanti bawak anak-anak. Tapi rumah hantu tu kene masuk denga org besar.. Hahaahha.. Budak-budak kang takut. Hah

    ReplyDelete
  11. Seronok dan menarik tempat ni. Anak2 pasti excited bila dapat datang tempat macam ni. Boleh belajar sains, mengenali haiwan pra sejarah dan banyak lagi. Paling mengujakan rumah hantu tu heheheh. Serammmm

    ReplyDelete
  12. Wah menariknya! Pasni leh la berjalan ke nilai lak, nampak menarik sangat tarikan kat aeon ni ye!

    ReplyDelete
  13. I would love to visit Dinosaur Ranger but I don't know if I have enough guts to actually step foot even at the lower level of the Monster House. T.T I have graphic memory....it will probably haunt me for months..hahhha

    ReplyDelete
  14. It will definitely be worth it if you get the early bird ticket which only cost RM25. Looks like you guys are really having lots of fun here. :)

    ReplyDelete
  15. Adventurers web ni menakutkan juga ya. Untuk pemuda-pemudi yang nak cabaran baru, boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  16. Heyy menariknya tempat ni babe. Ada macam macam ya kat sini. Tengok tiket pon xdela mahal sangat. Seronok ni p habiskan ujung minggu kt sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini