Sunday, March 10, 2019

A&W Buka Cawangan Baharu di Ekocheras Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru nie aku singgah ke Ekocheras Mall. Ekocheras Mall nie baru sahaja dibuka pada umum pada tahun lepas dan pernah tular suatu ketika dahulu kerana dekorasi dalamannya seakan-akan bangunan tidak siap. Namun begitu, aku dapat saksikan banyak perubahan yang sedang berlaku di sini. Dan setiap lot kedai sudah hampir dipenuhi oleh pelbagai jenama. Termasuklah restoran makanan segera paling lama bertahan, iaitu Restoran A&W.


Pembukaan cawangan A&W di Ekocheras Mall ini merupakan cawangan A&W yang ke-47. Walaupun nombor 47 itu tidak memberi maksud apa-apa, namun pembukaan cawangan baru merupakan satu pencapaian yang dibanggakan bagi pihak A&W. Sebagai peminat makanan A&W, aku tak nak ketinggalan untuk sama-sama meraikan cawangan baharu mereka.

Cawangan terbaru A&W di Ekocheras Mall

Penyanyi cantik, Nabila Razali, hadir ketika majlis pelancaran cawangan terbaru di Ekocheras Mall

Sebelum ini hangat diperkatakan restoran A&W hampir ditutup. Kini, dengan nafas baharu, A&W kembali bangkit dengan penuh motivasi untuk terus membina nama dan tempat di hati masyarakat. A&W mensasarkan 60 buah cawangan di penghujung tahun 2021 dan mensasarkan untuk mencapai sehingga 100 cawangan A&W di seluruh negara.



Namun begitu, nombor bukanlah segalanya bagi A&W. Yang penting adalah kepuasan pelanggan terhadap makanan yang ditawarkan dan juga servis yang diberi. Diharapnya dengan pembukaan cawangan terbaru A&W di Ekocheras Mall yang berkonsepkan modern dan hipster ini, dapat memenuhi keperluan dan trend masa kini.

Mr George Ang, CEO of A&W Malaysia and Nabila Razali


Untuk pengetahuan semua, A&W merupakan restoran makanan segera paling tua di dunia. Ia mula diperkenalkan pada umum pada tahun 1919 di Lodi, California dan semenjak dari itu, A&W terus mendapat tempat di hati para pelanggan dan terus melebarkan sayap ke persada antarabangsa termasuklah di negara kita, Malaysia. Tahniah buat A&W di atas ulangtahunnya yang ke-100.


20 comments:

  1. This is totally random but baru tahu A&W ni berasal dari California. Haha. Selama ni aku ingat A&W ni Canadian company sebab itu yang aku belajar masa degree dulu. Rupa-rupanya, A&W Canada memang Canadian company tapi the rest of A&W around the world memang berasal dari California.

    ReplyDelete
  2. Bestnya A&W..Lama dah tak pekena...EkoCheras Mall pun akak tak pernah terjah lagi..boleh la plan bawak family jenjalan dan lepak kat A&W. Teringin plak nak minum rootbeer dia yang best sangat....

    ReplyDelete
  3. Masa kecik pernah rasa A&W. Pastu tiba tiba restoran ni macam senyap sepi.
    Orang kata dah tutup dah. Sedih je rasa.
    Sebab membesar bersama kan. Ni dah banyak cawangan dia balik.
    Dah dibuka. Nanti nak terjahlah a&w.
    Boleh perkenalkan dekat anak anak pulak.

    ReplyDelete
  4. Sis dr sekolah dh makan A&W ni dan sampai sekarang umur nak masuk 50 dah still jd favorite sis. Sekarang memang rajin le makan sebab dah dekat je gan rumah kat PJ.. Paling sis suka de dulu sampai skrg corny dog dia n coke float. Untung le org2 cheras dh ada cawangan kat sana

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan A&W ni. dulu masa study selalu juga pergi makan, suka kat air root beer dengan ice cream vanilla tu jer.. Ni ada branch baru, nanti bila2 nak terjah la sini.

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya A&W buka cawangan baru dekat Ekocheras Mall. Lagi ramai yang berduyun nak makan A&W nanti. Bila pergi A&W akak suka air fliat dia tuh .Mug pun besar. Puas minum kan. Menu yang ditawarkan sedap dan menarik. Makan burger A&W sedap dna mengenyangkan jugak .Tahniah A&W sebab mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka cawangan baru.

    ReplyDelete
  7. Selalu lalu EkoCheras. Tak tau kedai apa dah ada kat dalam ni. Huii...lama betul tak minum Root Beer float kat A&W ni.Whoa! dah ulang tahun ke seratus? Lama bertahan.

    ReplyDelete
  8. Bestnya eko cheras dah ada a&w. Suka giler root beer dia. Susah skarang ni kalau nak cari a&w. Cawangan dia macam dah tak banyak. Kat kuantan ni tak tau la ada ke x. Huhuhu.

    ReplyDelete
  9. Setiap kali ke A&W mesti wajb pekena rootbeer float..dapat coneydog pon layan jugak..tahniah A&W sebab pegang title restoran makanan segera paling tua di dunia..

    ReplyDelete
  10. Terbaik bila mampu buka new branch yang ke 47 pula tu. Memang hebat. Sudab pasti oeminat A&W bergembira dengan pembukaan cawangan baru ini. Cx sejenis yang jarang dengan A&W tapi ramai sangat peminatnya tak kira dari pelusuk mana sekalipun, semua suka dan teruja. Waima cx tak pandai kinum air A&W ni, tapi tahniah cx ucapkan buat A&W atas pembukaan cawangan baru! Anyway nabila nabila razali nyanyi tak? Cumi² atau vroom²? Hik²

    ReplyDelete
  11. Rootbir dan onion rings A&W tetap tiada pengganti di hati ini. Oh my. Sedapnya dapat float time panas2 kan. Pastu kalau Zharif belanja lagi la best. Hehe. Tahniah A&W.

    ReplyDelete
  12. Emi dulu2 tak terbiasa pun makan a&w ni. Tapi sejak a&w ada buka branch baru nearby ofis emi, tersuka tanpa sengaja pulak. Hehe

    ReplyDelete
  13. kak liez mmg suka sgt A&W sebab cornydog tu.. memang favourite. dah 100 tahun ye A&W ni..
    memang patut kekalsampai sekarang sebab lain dari yang lain dr fastfoods yg lain..

    ReplyDelete
  14. Lamanya tak gi makan A&W. Paling best kalau datang sini, definitely air float ni. Memang kaw kaw, tak dapat nak move on, hahahaha.

    No wonder kita kenal A&W dulu dari lain-lain brand sejak kecik. Rupanya ni antara restoran tertua di dunia. Nice info

    ReplyDelete
  15. wah bestnya ! dulu AA&W ada cawangan dekat area I stay tapi, dah tutup. Tutup pasal apa tak tau la hehe ^^

    ReplyDelete
  16. Alahaii nampak air tu terus rasa nak pergi A&W berdrkatan tau.. Lama giler tu dah tak rasa menu dekat sini.. Tahniah A&W utk pembukaan terbaru ni

    ReplyDelete
  17. Oh my!!! That's my favorite fast food.... I love foods and beef Coney so much!!! Wanna go grab again!!!!

    ReplyDelete
  18. congrats to one of my fav FnB chain. I hope they open more and near me. I stay very far from Cheras hence I miss the event haha. Hmm I miss their root bear float now

    ReplyDelete
  19. Wah! Dah lama i tak lepak kat A & W dah. Teringat juga their fried chicken, waffles and of course root bear float memang sedap lah. Nanti i nak makan lunch kat sana.

    ReplyDelete
  20. even though I would probably never go there...but still I am happy that a&w is branching out rather than closing down. I was devastated that they wanted to shut down the pj one...luckily they didnt...please branch out more A&W..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini