Tuesday, March 19, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : PWTC Menawarkan Lebih 250 Hidangan Citarasa Warisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan Ramadhan dah. Rasa macam baru semalam beraya. Tup-tup lagi beberapa minggu dah nak masuk bulan puasa. Nak masuk bulan puasa nie, mulalah ramai tengah riki-riki tempat best untuk berbuka puasa kan ? Nahhhh, Restoran Riverside PWTC lah tempat yang dicari. Ikuti butirannya !


Restoran Riverside yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini sering menjadi pilihan warga kota untuk berbuka puasa. Maklumlah, biasanya di kawasan Kuala Lumpur, lepas habis waktu kerja jam 5 petang tu, jalan mula jammed dan padat. Kadang tu sampai terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Oleh sebab itu, warga kota sering menjadikan Restoran Riverside PWTC sebagai tempat untuk mereka berbuka puasa.

Pasukan Chef PWTC

Restoran Riverside menjadi pilihan berbuka puasa kerana ia menawarkan lebih 250 juadah makanan yang berkonsepkan citarasa warisan. Cakap je menu turun-temurun apa yang korang nak makan, insyaAllah ada tersedia di sini. Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih, akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu.


Win dish ! Sotong Masak Sambal Petai. Sedap gila ! Sotong sangat fresh


Antara menu-menu yang ditawarkan di sini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah. Macam-macam variasi juadah bukan ? Pasti korang rambang mata dan tak tahu nak mulakan dengan menu yang mana satu dulu.


Kambing panggang akan dihidangkan setiap hari. Pasti terangkat makan kambing panggang ebrsama sos lada hitam dan sos cendawan. Laku keras kambing panggang di sini. Dah ambik sekali pasti nak beratur dan ambil lagi.

Antara menu-menu tambahan lain termasuklah
  • 13 jenis ulam-ulaman
  • 6 jenis keropok
  • 8 jenis jeruk
  • 7 jenis ikan masin
  • 14 jenis sambal dan salad dressing
  • 13 jenis kerabu
  • Pelbagai variasi hidangan panas seperti Kambing Goreng Berempah, Ketam Goreng Telur Masin dan Oat


Dah makan sedap-sedap tu, anda pasti ingin menutupi hidangan berbuka puasa dengan pencuci mulut yang manis dan lazat. Jangan risau, hidangan pencuci mulut di Restoran Riverside PWTC tidak pernah mengecewakan. Pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu. 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, mousse dan puding, 3 jenis bubur dan aneka biskut Melayu. Pilihan air juga pelbagai tau. Ada minuman sejuk dan minuman panas. Pilih je nak minum aiar apa.




Ramai warga kota memilih untuk berbuka puasa di sini kerana terdapatnya pakej berbuka puasa persendirian dan korporat. Hanya RM98 untuk seorang (minimum 100 dan ke atas). Pakej ini termasuk dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6 petang.


Menarik kan ? Jom pakat ramai-ramai datang berbuka puasa di sini. Kalau buat tempahan awal, boleh dapat diskaun lagi. Butiran buffet Ramadhan di Restoran Riverside PWTC adalah seperti berikut :

BUFFET RAMADHAN @ Restoran Riverside PWTC

8 Mei 2019 - 3 Jun 2019 (Jam 6 petang sehingga jam 10 malam)
Dewasa : RM 88.00 seorang
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) : RM 45.00 seorang
Warga emas (60 tahun ke atas) : RM 75.00 seorang

EARLY BIRD PRMOTION (Tempah sebelum 5 Mei 2019)
Baucer Ramadhan : RM75.00 seorang (valid digunakan sehingga 3 Jun 2019)

Cara tempahan : 
Terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC (Buka jam 9 pagi hingga 5 petang)
Hubungi talian 03 - 2614 6701 / 03 - 2614 6702
Melalui applikasi Fave dan 11street


RIVERSIDE RESTAURANT, PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC)
Level 3, 41 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Website : www.pwtc.com.my

Jom pakat ramai-ramai bawa satu family atau rakan-rakan satu office berbuka puasa di PWTC !

17 comments:

  1. Erm... Pagi pagi perut tengah lapar, sekali baca entri pasal makanan..
    Rasa nak ngis.. Sebab semuanya menggoda..
    Rasa macam tak percaya je puasa bakal muncul tak lama lagi..
    Banyak juga kawan kawan dah buat review..
    Boleh buat list ni nanti nak makan kat mana kan..

    ReplyDelete
  2. Klaau bulan puasa, mesti carik kuih manis2 basah2 untuk berbuka dulu sbb tekak dah kering satu hari. Suka tgk kuih2 Melayu yg di sediakan ni. Pelbagai sungguh. Tu siap ada akok ke tu?

    ReplyDelete
  3. Sedapnye makanan makanan ni, Restaurant Riverside PWTC serves.really decent food and pricing wise they are not too expensive as well.

    ReplyDelete
  4. wahhhh 250 juadah boleh pecah perut wak.. tapi tgk gulai2 tu lahaii bestnya

    ReplyDelete
  5. Memang sedap kat sini. Lemamg dengan rendang dia Kak Bell suka sangat. Nanti iftar jom makan kat sini. Semua menu kampung yang lain pun kena dgn citarasa Kak Bell.

    ReplyDelete
  6. sedapnya menu makanan berbuka puasa kat PWTC. Boleh tahan murah bawah RM100 je, kena try sekali iftar kat sini bulan ramadan nanti. Nasib baik dekat dengan office kat Sentul tu

    ReplyDelete
  7. Uih.. 250 jenis hidangan.. Banyak tu.. Alahai.. Dah nak puasa pun kan. Tengok semua hidangan ni rasa tak sabar nak berbuka puasa nanti..

    ReplyDelete
  8. Banyaknya makanan kat buffet ramadhan PWTC ni. Tak pernah bebeuka puasa dekat sini. Maybe this year boleh plan ajak husband buka puasa dekat sini la nanti. Makanan dianpun semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  9. Wah best nyer and there are so many dishes to choose from. The sotong masak sambal petai looks so appetizing

    ReplyDelete
  10. Bila nak masuk Ramadhan ni memang banyak tawaran buffet ramadhan diadakan. Memang best dan jadi rambang mata nak pilih makan kat mana . Di PWTC ni banyak juga pilihan menubyang ada. Sampai 250 menu.. Rambang mata nak memilih macam ni. Harga yang ditawarkan pun berpatutan

    ReplyDelete
  11. Lokasi dia pun strategik kan, kat tengah2 KL. Sesuai sangat la kalau nak buat majlis buka puasa dengan rakan sekerja. Habis kerja terus ke sini.

    ReplyDelete
  12. Walawehhhh banyaknya juadah yg ditawarkan. Memang makan boleh feeling habis. Sangat berbaloi dengan harga yg ditawarkan

    ReplyDelete
  13. Meriah sungguh juadah utk ramadan kat sini..best terutama sotong sambal petai tu, berbuka dgn lauk tu..perghhh nikmat sungguh.

    ReplyDelete
  14. Tahun ni tak sempat nak ke sini seperti tahun tahun lepas. Tapi takpe bulan puasa nanti Insyaallah kalau ada rezeki boleh datang berbuka kat sini kan. Btw tq sharing.

    ReplyDelete
  15. Wah.. dekat KL yea lokasi dia.. boleh la pi kalau macam tu.. tengok pada menu pun menyelerakan kesemuanya.. syok kalau dapat berbuka puasa dengan famili kat sini

    ReplyDelete
  16. Bestnya boleh enjoy makan makanan variasi tu, biasanya orang Semananjjung makanan dia pedas-pedas lazat ^^ yummy !

    ReplyDelete
  17. so fast dah bulan ramadhan... great to hv such a nice buffet.. with so many nice nice yummy food to choose from, or more accurate, to eat it all..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...