Friday, January 11, 2013

Obses dengan Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum

Korang ada ke tidak, rasa obses terhadap seseorang artis ? Tak kisahlah siapa artis tu, asal dari mana, yang pasti korang sangat obses dengan dia. Sampaikan semua hal yang berkaitan tentang artis tu korang tahu. Ada tak ? Kalau korang tanya aku, yes aku ada. Aku obses dengan Dato' Siti Nurhaliza.


Tapi rasa obses nie semakin berkurangan bila aku semakin meninkat dewasa. Mungkin faktor umur dan kematangan yang membuatkan rasa obses ini berkurangan. Yang mana baguslah. Tak adalah aku taksub sangat dengan artis tu. Aku pon tak tahu macam mana boleh timbul rasa suka dan obses terhadap Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin sebab beliau cantik, sopan, berbakat dan baik. Tamban pula, lagu-lagu beliau sangat sedap didengar. Malah dulu selalu ternanti-nanti persembahan beliau di Anugerah Juara Lagu. Rindu nak tengok Dato' Siti berentap di atas pentas AJL. 

Apa-apa pon, aku akan tetap menyokong Dato' Siti Nurhaliza sampai bila-bila. Walaupun keobsesan aku dah berkurangan, tapi aku tetap menyokong beliau. Oleh itu, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Dato' Siti Nurhaliza pada hari ini. Semoga terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan terus menghasilkan karya-karya hebat di masa akan datang. 

Post edited : August 2021

34 comments:

  1. hamboiii obses sgt ni -__- .. hahha

    ReplyDelete
  2. Mak aihhhh, lamanya simpan entri. Memang obses habis ni. Keke. Aku pun ada gak la obses dengan artis. Tapi tak pernah ada entri khas pasal diaorang. Keke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik. Tiba-tiba aku rasa macam semua orang dekat sekeliling aku tahu aku suka Kpop :)

      Delete
  3. Assalamualaikum dik! comelnya kau sampai obses dengan Dato Siti. hihi. kita doakan yang terbaik untuk Dato Siti juga :)

    ReplyDelete
  4. pergh datuk siti nampak mesti terus jadikan awk adik angkat..heee

    ReplyDelete
  5. Obses kpop bhai..mane aq lyn Siti..hehehe

    ReplyDelete
  6. Aku obses pada


    Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop

    HEHEHEHEH larii

    ReplyDelete
  7. Saya pernah terobses dengan Lady Gaga masa tahun 2010, sampaikan saya download semua lagu dan menyanjung-nyanjungnya. Grr. Sekarang macam dah tak ada. :D

    ReplyDelete
  8. waaa.. siap buat entry untuk dato CT cayalah .,..hehhehe

    ReplyDelete
  9. best entry nihh Zharif .. ^^ keep it up :D

    ReplyDelete
  10. hahaha... untung siti ada peminat mcm u.. @__@

    ReplyDelete
  11. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete
  12. wow... x sangka ada gak yg obses ngn artis..
    i pun sme... tp lg teruk kot.. hhHahaha even smpi skrg. it never faded away =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang ada artis feveret , cuma kene pandai kawal diri tu je =)

      Delete
  13. dlo ak pernah benci jap siti sbb dia kahwin ngan dato K! tu dlo la, mse tgh berhigus, skrg bru ak tau, kte kna pcya pd jodoh dn takdir.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. benci siti jangan kawan aku , ceyhh . hahahha gurau je =D dah jodoh dia kan , kene terima . hewhew

      Delete
  14. Dulu memang minat siti. Tpi skrg Shila Amzah. Awesome !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. shila pon minat jugak tp xsampai obses lah . hewhew

      Delete
  15. hahaha , apsal tak pasan entri nih , CP pown sangat2 obses , err , suke ngan CT nih , hehehe

    CP suker CT ehehehe ~

    kalaw bab lagu CP memg khatam la , karok je , tak lengkap kalaw takde lagu CT ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah , khatam jugak lagu2 siti nie tp tak pernah gi karok lah . huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini