Thursday, January 17, 2013

Test pizza baharu

Assalamualaikum

Saja nak hebahkan, hari ini bermulalah promosi pizza baharu yang diberi nama Golden Crab Claw Pizza. Nama agak sedikit susah ya nak menyebutnya. Orang tak ada gigi mesti tersembur-sembur nak menyebut. Sebelum pizza ini dijual kepada umum, kami staff-staff Pizza Hut dah rasa dulu. Hihi


Bahan-bahan yang terkandung di dalam pizza ini ialah buah ceri, isi ketam beserta penyepitnya, chicken chop, nanas, bawang dan cheddar cheese yang ditabur di atas crust. Sos pula menggunakan sos salsa yang digaul dengan lime powder. Jadi dia bagi rasa pedas dan masam dalam masa yang sama.



Biasanya promosi pizza baharu didatangkan di dalam set dan menu baharu yang lain. Untuk set pizza baharu nie, didtangkan dengan air iaitu Golden Passion Fizz. Bagi aku, air nie sangat-sangat sedap. Mungkin sebab ada asa buah markisa dalamnya. Kalau pesan set pizza baharu nie, akan dapat sekali dengan air nie.


Test produk tersebut berlaku pada hari Selasa. Kesemua produk-produk baharu, kitorang akan rasa pada hari itu. Di samping itu juga, kitorang diajar macam mana nak sediakan produk-produk baru nie mengikut standard procedure yang ditetapkan. Sangat tak beruntung kepada staff yang cuti pada hari test produk baharu. Melepaslah makan pizza free.



Lepas semua dah tersedia, masa untuk makan ! Susun meja panjang-panjang, makan beramai-ramai. Seronok ! Nama pon makan free, siape je yang tak suka, ye dakk ? Hatta staff yang cuti pada hari test produk pon sanggup datang tempat ekrja semata nak makan dan cuba pizza baharu nie. Gigih !


Lupa nak bagi tahu, bukan setakat menu makanan je yang baru, uniform pon turut baru okey. Warna t-shirt nie serius cantik dan menyerlah. Aku betul-betul suka. Cumanya tak ada kolar. Nampak seperti tidak formal. Tapi biasanya uniform sebegini hanya bermusim sahaja. Lepas dah habis promosi sesuatu pizza tu, akan kembali semula kepada unfiorm lama. T-shirt baru nie merupakan penghargaan kepada peminat Pizza Hut Malaysia yang menge-like facebook page rasmi Pizza Hut Malaysia. Dah satu juta likers. Hebat ! Aku yang kerja dekat Pizza Hut nie pon belum like lagi. Hahahaa


Tiba-tiba rindu dengan uniform lama. Aku dah tak akan pakai unifrom lama nie lagi rasanya sebab aku akan berhenti hujung bulan yakni pada 27 Januari. Berbaki 10 hari sahaja lagi perkhidmatan aku di Pizza Hut Banting. Sedih nak tinggalkan tempat nie tapi aku terpaksa pergi. Pergi ke mana ? Hehe


Dan dan je bila aku nak berhenti, Pizza Hut menaikkan kadar gaji untuk setiap staff. Aiyoo. Masa aku kerja dari bulan June tahun lepas tak nak pula dorang naikkan gaji. Nie aku dah nak berhenti baru sibuk nak naikkan. Ouh ya, oleh kerana aku bekerja di Pizza Hut bersama adik perempuan aku, maka beliau pon turut menamatkan perkhidmatannya di sini. Sibuk je dia nak ikut resign juga. 


Seronok juga bekerja satu bumbung dengan adik sendiri. Adik lambat datang kerja, si abang punch card-kan si adik. Si abang lambat, adik tolong punch card-kan. Team work itu penting ya untuk survive. Kah !

Kbye itu je nak certa. Nanti aku update lagi ya.

Post edited : August 2021

16 comments:

  1. haha..mmg bgus adik berdik kje tempt sme..hehe...awat nk bernti dpt offer study ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab keputusan permohonan tu keluar the end of january . dapat tak dapat permohonan tu tetap nak berhenti kerja =)

      Delete
  2. Erm... bila la nak merasa pizza zharif hidang nie... gagagaga :P

    ReplyDelete
  3. Tk boleh bela nasihat kau tu, DONT TRUST ANYONE :P

    ReplyDelete
  4. Sebelum minimum wage diperkenalkan dapat berapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.50 satu jam . 5 ringgit untuk satu jam OT =)

      Delete
    2. On average sebulan dapat berapa? maaf banyak tanya. Kalau rasa public sangat nak jawab, sila jawab di facebook message saya. Thanks! :)

      Delete
  5. mcm best je zharif ni kerja kat pizza. tup tup nak berhentin dah? hehe tapi takpe, ada rezeki insyAllah untuk further study. ok? Goodluck !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best best =) aah nak berhenti dahh , insyaAllah lah kalau ada rezeki sambung blajar tu , kita sambung ^__^ thanx aliff =)

      Delete
  6. ada daniel wafiy n taib.diorg kerja situ ke!?klu ye,taknak pegi pizza hut banting!huarhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dorang kerja situ , kenal ke ? datang je , jangan segan2 oke =) dorang bukan makan orang pon =) hewhew

      Delete
  7. terbaek ! lapor ...

    datang singgah sini :D

    http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/01/menunjukkan-anu-giler.html

    ReplyDelete
  8. kalau nak mohon kerja pizza kan,umo brpe baru lepas nak masuk?kalau umo 15 dpt ke idak?

    ReplyDelete