Tuesday, May 14, 2013

My psychology batchmates UPSI

Assalamualaikum

Sekarang, aku nak war-warkan gambar kelas yang kitorang shoot pada bulan lepas. Sebenarnya, dah dapat lama gambar-gambar nie, cuma ta sempat-sempat aku nak update dalam blog nie. Jadi, kali nie terimalah gambar-gambar ini.


Sebenarnya, batchmates aku ada 14 orang kesemuanya. Tapi yang lagi 4 tu, ada hal yang tidak dapat dielakkan untuk join. Jadi dorang semua tak dapat nak bergambar bersama. Maka tak lengkaplah gambar batchmates aku. Apa-apa pon, photoshoot perlu diteruskan sebab memang kami telah dijadualkan untuk bergambar pada hari tersebut.







Bagi aku, dua gambar bawah nie sangat membazir. Sebab apa, sebab tak cantik. Aku ingat photographer tu akan edit dan crop biar bagi dekat. Jadi gambar kitorang full. Tup tup jadi macam nie. Macam nie aku sendiri pon boleh buat kot. Sumpahlah burukgila. Betul ke syarikat photography nie. Macam amatur je.



Dua pulak tu dia bagi. Kalau satu, gagahlah lagi. Dahlah soft copy dia tak bagi. Aku siap call kot. Tetap tak nak bagi. Apa punya company gambarlah nie. Dulu masa aku kat matrik, orang tu siap bagi satu soft copy kot untuk kami semua. Semua gambar yang dia ambil semua dia letak dalam tu. So nak upload gambar tu dekat mana-mana pon senang. Kualiti tak pecah. Ini bagi hard copy, lepastu hasilnya hampehh.


Total harga semua RM32 ringgit, 2 keping gambar saiz besar dan 4 gambar melintang macam dekat atas nie. Okey ke harga itu untuk kualiti dan gambar yang diberi ? Dua gambar yang tak cantik tu dan tak bagi soft copy buat aku rasa nak maki hamun syarikat gambar nie. Entah pape entah. Masa kat matrik dulu, oran tus iap bagi semua raw photo gambar yang diambil kot. Tapi ini, macam hampehhh.

Lebih bai kitorang ambil gambar sendiri. Lagi bagus agaknya. Errr




Psychology UPSI batch keempat, RAPAT

Dinner yang aku bagi tahu sebelum ini ditangguh ke 31 Mei. Tak tahulah sama ada dpat join ke tidak sebabnya aku ingat nak ikut hantar pengantin ke Johor pada tarikh tersebut. Masalahnya baju dan topeng aku dah terlanjur beli. Haishhh boleh pulak tukar-tukar tarikh saat akhir.

Post edited : August 2021

16 comments:

  1. hahaha !! lawak laa awak nie .. bersahaja jea .. pape pon photoshoot kelas memang seronok, boleh nampak muke2 yang takley blah ..
    mai laa blog sy http://sakinahmajid.blogspot.com/ ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, masa tulah kita dapat tengok ekspresi muka semua orang. yangpemalu pon turut berposingtau, curlassss

      Delete
  2. Terbaik... study biar sampai 4flt okey... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dik, perghh style korang. merapatkan ukhwah.. nice :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) alhamdulillah, harapnya begitulah =)

      Delete
  4. Bapak best photoshoot macam ni!

    ReplyDelete
  5. untung la kelas x ramai.. wat photoshoot xpenuh frame pon.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, batch kitorang cuma 14 orang je . batch sebelum nie sampai 40 org . perghh padat gila

      Delete
  6. lorh dak upsi ke.. aha..dekat dah dengan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, dah dua bulan lebih jugak lah kat perak nie =)
      wahh boleh singgah umah, eh >__< hahaha

      Delete
  7. Hihi zhariff kau doakan photographer company yg ambil pic kau n awan2 ni insaf yer.. Mmg kalo akak pon berangin tau haish

    ReplyDelete