Assalamualaikum
28 April yang lalu, majlis kahwin kakak Faries, Nazrah, telah diadakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun sehari sebelum tu, banyak masalah berlaku. Akad nikah telah berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 27 April pada jam 6.00 petang. Masa akad nikah tu hujan lebat gila-gila sampaikan kawasan rumah Faries hampir banjir.
Majlis nikah berlangsung dengan sempurna. Kakak Faries sah menjadi isteri kepada Ikhwan dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. Mari aku sajikan gambar-gambar ketika majlis pernikahan berlangsung.
Macam yang aku cakap tadi, lepas je majlis akad nikah, hujan turun dengan lebatnya. Kawasan rumah Faries hampir banjir, tapi tak adalah sampai air naik. Cumanya tanah kawasan rumah dia jadi lembik. Kalau pijak atasnya, kaki jadi terbenam. Jadi, ini merupakan satu masalah yang cukup besar sebab malam dan besoknya merupakan majlis resepsi kedua mempelai.
Habis semua kawasan berlecak sana-sini. Tempat tetamu nak makan semua berlumpur. Memang kotor sangat-sangat. Nak makan pon tak selesa sebab basah dan berlumpur. Nak lalu pon tak boleh sebab kalau pakai selipar, selipar boleh hilang dalam lumpur. Masa nie, semua orang dah mula bingung dantak tahu nak buat apa untuk atasi masalah tanah yang lembik berlumpur di khemah makan. Orang-orang kampung pon mula ikhtiar menggunakan petua-petua orang dahulu kala untuk berhentikan hujan dan tak nak bagi hujan turun.
Aku tak tahu pasal petua nie. Jadi bila nampak dorang pasang lilin bawah sinki, buat aku tertanya-tanya. Sebelah lilin tu pula, ada bawang merah yang direndam di dalam air. Nampak macam mengarut dan tak ada kena mengena dengan hujan turun. Tapi ini yang orang lama-lama amalkan untuk ikhtiar tk nak bagi hujan turun.
Walaupun keadaan basah berlumpur, majlis pada belah malam tetap perlu diteruskan sementara orang kampung cuba ikhtiar lain mengatasi masalah tu. Pulanya, malam tu kakak-kakak si Faries suruh aku jadi pengapit. Memang tidak ya. Aku paksa Faries ambil alih. Hahahaha. Dahlah baju lari tema, memang tak tahu menahu langsung tema malam tu warna hijau. Pakai sarung je baju yang aku bawa dari rumah si Faries tu.
Selesai majlis bersanding malam tu, orang-orang kampung sibuk mengangkut pasir dan tanah untuk mengatasi masalah lumpur di khemah-khemah. Dapat pasir dan tanah entah dari mana pon aku tak tahu. Hanya sedikit bahagian sahaja yang dapat diatasi, lepastu datang pula masalah baru. Meter paip pula pecah. Tak tahu apa puncanya, yang pasti air tak ada malam tu. Abang ipar Faries bertungkus-lumus menyambungkan paip tu semula. Dorang sambung tanpa guna meter, jadi air yang kitorang guna malam tu percuma. Hahahaa.
Tema pagi tu adalah kelabu. Mak Faries suruh beli baju yang sama dekat pekan untuk aku tapi aku tak nak sebab baju tu mahal gila. Plus, aku tak guna sangat baju kemeja. Jadi macam membazir je kalau beli untuk dipakai satu kali sahaja. Lagipula, aku bawa je baju warna kelabu. Memang lain daripada mereka, tapi tetap warna kelabu juga. Hihi
Pagi tu, satu longgokan pasir ada dekat depan rumah Faries. Sebelum majlis berlangsung jam 11 tu, orang kampung bertungkus-lumus cover tanah lumpur dengan pasir tu. Alhamdulillah berjaya mengatasi masalah tanah berlumpur dan meter paip pon berjaya dibetulkan semula. Pagi tu macam ajaib gila sebab semua masalah selesai. Cuaca pon cukup baik pada hari itu.
Tak lama kemudian, family aku pon sampai. Masa keluarga aku sampai, aku sedikit terkejut sebab semua keluarga aku mengikut tema keluarga pengantin. Walhal dorang tak tahu pon warna tema pengantin apa. Entah macam mana boleh sedondon pon tak tahulah. Rupa-rupanya, Faries bagi tahu. Laaa patutlah.
Habis sahaja makan, family aku pon beransur pulang. Aku dah siap packing bag dan tinggal angkut ke kereta je. Aku dari hari Rabu dah datang sini lepas habis interview SPA hari tu. Nie family aku terus hantar aku balik UPSI. Apa-apa pon, nak ucap selamat pengantin baru pada pasangan mempelai, Nazrah dan Ikhwan. Semoga berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Post edited : August 2021
rajinnya buat entry kenduri kahwin akak aku.btw terima kasih zharif banyak tolong semasa kenduri berlangsung dan sebelum berlangsung =)
ReplyDeletesama2 =D cakap kat ibu kau terima kasih gak dah banyak bagi aku macam2 =)
Deletetahniah buat pengantin
ReplyDeleteterima kasih bagi pihak pengantin =)
DeleteAssalamualaikum zarep. alhamdullilah syukur. menangis syaiton tengok abg paris kawin. hehehe. insyallah time darurat tu, Allah terima keadaan kamu itu.
ReplyDeletewaalaikumsalam kak sheila =) alhamdulillah . BTW kak sheila , yang kahwin tu kakak faries . faries xde abang =D
Deleteamboii ni anak beranak ibu sekali memang suka bergambar hehehehehehe
ReplyDeleteHappening !
memang !! keturunan darah yang mengalir gitewwww . hahahahaa
Deletecomel ibu zarep . !
ReplyDeletewahhh terima kaseh =D
DeleteBestnya pergi kenduri kahwin. Btw, kau dengan Faries ni memang rapat eh
ReplyDeleteboleh tahan lah rapatnya =D
DeleteSaya ada pengalaman mengenai hal ini.. time sekolah dulu2.
ReplyDelete.. saya faham maksud awak... teruskan usaha.
.. penulisan dan gaya bahasa yg baik.. tahniah...
Feel free to visit my blog :: Tips Isteri Power
pengalaman apa nie ? saya tak faham >___<
Deletebtw thanx =)
Hihi, kat mana kenduri ni, tai part yg mcm nak banjir tu mmg agak takut... N part air free tu... Hahahha
ReplyDeletenie kat bandar seri jempol, rumah kawan saya =)
Delete