Assalamualaikum
4 Mei yang lalu, aku dan adik-beradik aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC Kuala Lumpur. Kitorang bertolak seawal jam 9 pagi. Kakak aku memang semangat gila sebabnya dia memang kaki novel. Memang Pesta Buku Antarabangsa nie makanan dia.
Sebagai seorang pelajar, kerajaan Malaysia telah memberi RM250 baucer buku. Secara jujurnya, aku memang tak tahu nak beli apa dengan baucer yang aku ada sebabnya aku bukan jenis membaca. Tak minat sangat buku-buku nie. Shopping baju ke, kasut ke, hah tu makanan aku. Kalau buku, macam lambat lagi kot.
Untuk tidak membazir, aku bagilah baucer RM150 untuk kakak aku dan selebihnya aku belanja untuk diri aku. Tengoklah apa yang boleh dibeli dengan menggunakan baucer nie. Aku pon tak pasti apa je yang dapat dibeli sebabnya banyak syarat nak gunakan baucer buku yang kerajaan bagi nie.
Aku sedang mencari bag laptop sebenarnya tapi tak jumpa-jumpa kedai yang jual dan boleh terima baucer buku sebagai pembayaran. Lama-kelamaan aku menjadi sangat bosan berada dalam PWTC nie. Dengan sesaknya, berhimpit-himpit dengan orang ramai. Jadi serabut. Aku pon keluarlah mencari makanan. Naik kematu aku pusing-pusing dalam tu.
Tak pergi jauh pon. Keluar dari bangunan tu je. Nak ambil nafas sikit. Nampak ais krim RM1.50 tepi jalan pon jadilah. Nak cari makanan lain kena berjalan jauh sikit. Malas pula nak berjalan cari makanan lepastu kena patah balik. Makanan yang dijual dalam PWTC nie pula mahal gila. Takut tengok harga. Jadi aku cuma duduk-duduk dekat luar tu je makan ais krim tepi jalan. Agak-agak rasa dah okay, baru masuk semula dalam PWTC tu.
Nampak ada satu karikatur melukis-lukis gambar wajah, aku jadi tertarik dan cuba dapatkan satu potret untk diri aku. Makan aku menadahlah muka aku dekat situ untuk dia lukis. Sekali hasilnya, Allahu. Takut tengok. Seakan-akan memerli diriku. Hahahaha. Apa-apapun, terima kasihlah ya. Mujur RM10 je buat lukisan nie. Kalau tak, menyesal pon ada. Hahahaha
Alhamdulillah, akhirnya kakak aku berjaya mendapatkan semua novel yang dia nak beli dan dia berjaya gunakan semua baucer buku yang aku bagi tu. Muka banyak gembira bila kitorang berjumpa semula tu. Berplastik-plastik ya dia beli. Berat dia tak payah cakap. Memang berat sangat.
Hasil memborong |
Alang-alang dah sampai Kuala Lumpur nie, wajiblah singgah ke Berjaya Times Square. Aku nak kena cari baju untuk dinner kos aku pada 15 Mei ini. Tak tahu nak pakai baju apa sebab temanya adalah "masquerade". Yang pasti, kena cari topeng untuk tema ini. Baju tu tengoklah mana yang berkenan dan sesuai, aku belilah. Hampir 2 jam jugalah mencari baju dan topeng ang sesuai. Kesian dekat adik-beradik aku dengan si Shikin sebab kena menunggu lama. Kita balas dendamlah, sebab tadi kita yang menunggu dorang shopping dekat pesta buku. Sekarang giliran mereka pula. Hahahaha
Alhamdulillah, semua barang yang aku cari, aku berjaya dapatkan. Walaupon mengambil masa yang sangat lama. Kesian dorang kena tunggu. Tahu-tahu dah jam 8 malam weyhh. Masa untuk pulang. Dah lama sangat kitorang keluar nie.
Post edited : August 2021
Assalamualaikum dik zarep. Curi-Curi Cinta tu novel terbaru Siti Rosmizah ke? aduhh nak kena pergi beli ni. akak big fans dia kot. hahahaha. perghhh banyak gila membeli buku. menyesal tak pergi haritu :(
ReplyDeletewaalaikumsalam kak sheila =) aah kot saya pon xberapa tau . rugi lah kak sheila sbb kat pesta buku nie je dapat discount . kat luar harga biasa , katanya =)
DeletePesta buku best! Tapi sebab aku pergi masa jet lag aku belum hilang, aku jadi penat sangat :(
ReplyDeleteOn the side note, asyik pergi TS je eh? Hihi
sbb kau excited sgt kan nak pergi ? hahahha . kau an peminat tegar novel jugak kan =P
DeleteTS tu dh mcm syurga membeli belah pakaian tau tak =P best best !!
banyak gila novel?! :O
ReplyDeletedah lama tak pergi pesta buku T_T
biasalah , peminat tegar novel lah katakan . huhu =D
Deletegila banyak novel. argh, meroyan aku nengoknya. Oh baru tau lelaki pon memilih jugak ek.
ReplyDeletehahahaha nie mesti pon peminat novel jugak kan ?
Deletememilih time perlu sahaja =) huhu