Sunday, March 7, 2021

Selamat Ulangtahun Kelahiranku yang ke-28

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada 29 Januari yang lalu, Alhamdulillah bertambah setahun lagi usiaku. Semakin menghampiri angka 3 ya. Bersyukur sebab masih dipinjamkan umur dan masih diberikan kesihatan yang baik sehingga ke usia ini. Semoga Zharif terus sihat sehingga mencecah umur 100 tahun. Amin !


Untuk ulangtahun kelahiranku yang ke-28 tahun ini, agak berbeza sikit kerana tahun ini ada sambutan yang diaturkan oleh kawan-kawanku. Jarang-jarang berlaku ya sebab aku bukan jenis sambut hari lahir. Kalau sambut pon, aku sambut dengan keluarga sendiri dan juga bersama yang tersayang je (sekiranya ada). Aku lebih selesa begitu dan sambut pon bukan jenis beriya. Paling-paling cuma ada kek je dan itu sudah cukup membahagiakan aku.

Bahkan aku tak akan terkecil hati walaupun sekelumit sekiranya tiada yang wish birthday aku. Untuk sesetengah orang, mungkin akan rasa ianya satu benda yang pelik, tapi itulah hakikatnya. Sumpah aku takkan terasa hati langsung kalau tak ada yang wish biarpon kita rakan karib.



Walaupun begitu, sekiranya kawan-kawan aku nak juga buat sambutan untuk aku, aku takkan halang. Takkanlah aku nak halang, orang nak meraikan kita kot. Cuma aku akan rasa sangat nervous. Sumpah nervous sangat-sangat sebab i am not good with expression. Aku takut mereka-mereka yang dah susah payah buat itu ini, tapi reaksi aku cumalah sebegitu atau tidak mencapai expectation atau KPI yang mereka tetapkan. Itu yang aku takut.

Tapi percayalah, dalam hati aku dah meraung-raung dengan perasaan terharu atas usaha yang kalian buat. Cuma aku tak tahu nak zahirkan rasa terharu tu bagaimana. Sebab itu, aku tak suka buat apa-apa sambutan untuk diri aku. Bukan takat sambutan birthday je, sambutan apa-apa jelah yang menjadikan aku the centre of attention. Aku tak nak dorang rasa "Lahhh macam tu je reaksi dia". Aku harap kenyataan ini jelas menerangkan kenapa aku tak suka disambut. Bukan tak sudi, cuma aku akan jadi sangat stress memikirkan macam mana aku nak beri reaksi. 


Okay berbalik kepada cerita sambutan kelahiran aku tadi, sambutan yang kawan-kawan aku buat nie bukanlah satu kejutan pon. Aku dah tahu. Mereka sangat thoughtful nak juga sambut biarpon keadaan dunia ketika itu agak membataskan segalanya. Untuk ini korang faham-faham sendirilah ya. Hehe.




Terima kasih sangat-sangat buat Abg Rizman, Kak Lily, Rawlins, Maha, Kifli dan Faries sebab meraikan ulangtahun kelahiran aku tahun ini. Dan buat mereka-mereka yang memberikan ucapan selamat, terima kasih juga di atas ingatannya. Untuk mereka yang memberikan aku hadiah, terima kasih sangat-sangat.

You know who you are, thank you so so much 💖

Tak pasti macam mana dia tahu, ke aku pernah bagi tahu sebelum nie ? Hahaha.
 Thank you !! You know me so well 😉

Agak sedikit terkilan sebab tak dapat nak sambut dengan keluarga aku. Masa nie tidak dibenarkan untuk merentas daerah, jadi tak dapat nak balik ke rumah. Apa-apa pon, aku sangat gembira dan bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang baik dan sudi meraikan ulangtahun aku pada tahun ini. 

Itu sahajalah cerita sambutan ulangtahun kelahiran aku untuk tahun ini. Korang yang baca entri nie, doakan aku supaya terus dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik ya. Terima kasih. Hihi

1 comment:

  1. Happy belated birthday. Nnti dah umur 30an pun takde bezanya. Sama je perasaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini