Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zaman semakin canggih, semakin kompak, semakin efisien dan semakin memudahkan. Terutama sekali bila bab gadget dan teknologi. Semakin hari semakin canggih. Sebagai seorang yang berjiwa muda biarpon umur tidak berapa nak muda, aku juga tidak mahu ketinggalan dengan arus permodenan teknologi dan gadget. Makanya, baru-baru ini aku telah mendapatkan satu fon telinga tanpa wayar daripada SUDIO. Ikuti butirannya !
Nama SUDIO sangat tidak asing lagi dalam menghasilkan pembesar suara atau fon telinga tanpa wayar yang canggih. Sehingga ke hari ini,telah banyak rekabentuk fon telinga tanpa wayar yang telah dihasilkan. Terbaharu, SUDIO menampilkan satu lagi fon telinga tanpa wayar iaitu SUDIO NIO.
Apa yang menrik untuk rekaan fon telinga tanpa wayar SUDIO NIO ini ?
Ketahanan bateri sehingga 20 jam
Ini merupakan satu spesifikasi yang sangat dititikberatkan kerana kita tidak mahulah fon telinga tanpa wayar kita cepat kehabisan bateri, betul tak ? Dengan ketahan bateri sehingga 20 jam, pecinta muzik boleh mendengar lagu kegemaran mereka dalam jangka masa yang lama.
Perlindungan IPX4
Pasti ramai tertanya-tanya apa itu IPX4. IPX4 ini merupakan satu spesifkasi di mana SUDIO NIO ini selamat untuk digunakan biarpon dalam keadaan hujan dan juga berpeluh. Ia tidak akan merosakkan SUDIO NIO ini sekiranya terkena percikan air seperti hujan ataupun peluh.. Atau dalam kata mudahnya, kalis air. Namun begitu, janganlah pulak korang pergi rendam SUDIO NIO nie dalam air pulak. Takut rosak pulak nanti.
Mempunyai panel sentuh dan tersambung secara automatik dengan peranti telefon
Spesifikasi ini sangat bagus kerana, ia memudahkan kita sebagai pengguna. Pakai sahaja, ia akan automatik tersambung. Selain itu, panel sentuh membolehkan kita mengawal fungsi seperti ingin mengangkat panggilan, mematikan panggilan, memainkan atau mematikan lagu, mahupon untuk menukar lagu. Semua boleh dengan hanya menyentuhnya.
- Single press : play/pause
- Double press : previous track (left earbud) / next track (right earbud)
- Triple press : reduce volume (left earbud) / increase volume (right earbud)
- 1 sec press : answer call
- 2 sec press : decline call
- 3 sec press : hang up call
Dibekalkan dengan 4 hujung bersayap (wing tip) yang berbeza
Spesifikasi ini sangat bagus bagi memastikan fon telinga tanpa wayar SUDIO NIO ini betul-betul muat dan mengikut aiz telinga penggunanya. Mudahlah sekiranya kita menggunakan SUDIO NIO ini untuk melakukan aktiviti lasak kerana ia tidak akan mudah terjatuh dan tertanggal dari telinga.
Menampilkan warna signature SAND
SUDIO NIO menampilkan 4 variasi warna yang berbeza dan warna Sand merupakan warna signature untuk rekaan SUDIO NIO ini. Memang cantik warna Sand nie. Tapi malang sekali, habis stock pulak masa aku beli nie. Jadi aku memilih warna Green. Okay jugalah warna hijau nie, unik dan jarang nampak. Terasa seperti bersemadi dengan alam semulajadi gituhh.
Menarik bukan ?
Jom dapatkan SUDIO NIO hari ini kerana sekiranya korang membuat pembelian sebelum 31 March 2021, korang akan mendapat satu Sudio Earbuds Care Kit secara PERCUMA ! Set penjagaan fon telinga tanpa wayar ini sangat bagus dan mudah untuk kita memastikan SUDIO NIO kita dalam keadaan bersih. Tambah-tambah kita masih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19, jadinya kena ambil berat mengenai kebersihan semua benda.
Tapi sebelum korang membuat bayaran, jangan lupa untuk masukkan kod "JEJAKA'" untuk menikmati potongan sebanyak 15% daripada harga sebenar. Berapa pulak harga SUDIO NIO nie ?
SUDIO NIO : RM 359
Sekiranya guna diskaun kod "JEJAKA", harga SUDIO NIO hanyalah RM 306 sahaja. Dan siap boleh dapat Sudio Earbuds Care Kit. Tunggu apa lagi ? Jom dapatkan SUDIO NIO anda hari ini. Boleh beli melalui laman sesawang SUDIO.
Laman sesawang : https://www.sudio.com/my/
Penghatanran adalah percuma di seluruh dunia dan mempunyai warranty selama 3 tahun. Jom dapatkan SUDIO NIO hari ini. Anda pasti tidak akan menyesal. Murah dan berbaloi !
No comments:
Post a Comment