Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila diri dah rabun nie, baru rasa terkilan dan rindu kondisi penglihatan mata aku yang dulu. Hilang satu nikmat yang Allah beri. Sungguh, penglihatan yang jelas amatlah berharga. Bersyukurlah kalian sekiranya masih mempunyai penglihatan yang jelas. Cuba juga ikhtiar untuk pulihkan mata rabun nie. Selain rawatan lasik, mata yang rabun adakah mustahil untuk dipulihkan dengan ubat-ubatan ataupun supplement ? Ikuti butirannya.
Sebenarnya bila kita dah rabun, agak mustahil untuk dipulihkan melainkan kita membuat rawatan lasik. Makanan tambahan yang diformulakan untuk membantu penglihatan kita yang terdapat di pasaran, hanya mampu menambah baik sahaja, tapi untuk memulihkan itu satu benda yang hampir mustahil.
Tapi tak apalah, asalkan ia dapat membantu penglihatan kita ke arah yang lebih baik, itu sudah cukup. Mesti korang tertanya-tanya, cakap-cakap nie macam nak sarankan makanan tambahan untuk mata je. Yes tepat sekali ! Memang aku nak sarankan satu makanan tambahan untuk kesihatan mata.
Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan satu makanan tambahan untuk mata. Oleh kerana penglihatan aku semakin memburuk, apa salahnya ikhtiar dengan mengambil makanan tambahan. Alhamdulillah lah, ada peningkatan. Tapi tetaplah masih rabun. Macam aku cakap tadi, rabun nie sekali ko dah kena, memang tak hilang.
Produk tersebut ialah MyClarity. MyClarity merupakan suplemen untuk penjagaan kesihatan mata berkelas premium. Ia dihasilkan untuk pemeliharaan kesihatan mata yang optimal. Formulasi MyClarity merupakan gabungan makanan terbaik alam semulajadi untuk kesihatan mata seperti Blackcurrant, Bilberry, Marigold, Eyebright, Lutein dan Zeaxanthin. MyClarity direka khusus berdasarkan kajian bertahun Dr. Lili Asma Ismail dan sesuai diamalkan oleh segenap lapisan umur.
Dr. Lili Asma merupakan pengasan untuk produk MyClarity ini. Beliau adalah seorang pakar penjagaan mata yang telah berkecimpung dalam industri penjagaan mata. Selain dari menjadi Profesor Madya disebuah universiti swasta tempatan, Dr. Lili juga banyak menyumbang kepada penyelidikan berkaitan penjagaan mata. Hasil penulisan saintifik beliau berkaitan penjagaan mata banyak diterbitkan oleh jurnal ilmiah tempatan dan antarabangsa. Sebab itu, aku yakin untuk mencuba produk MyClarity nie.
Banyak kebaikan yang boleh didapati dengan mengamalkan MyClarity secara berterusan. Antaranya:
- Membantu mencegah pembentukan selaput Katarak
- Membantu mencegah Rabun Dekat
- Membantu mengawal Rabun Dekat pada kanak-kanak
- Membantu meningkatkan fungsi otak
- Membantu mengurangkan keletihan mata
- Membantu menghalang keadaan mata kering
- Membantu membina dan menguatkan otot mata
- Membantu melancarkan peredaran dalam badan dan menguatkan sistem pernafasan
- Membantu memelihara kesihatan mata secara keseluruhan
- Membantu menguatkan sistem imuniti badan
Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku mengamalkan MyClarity nie. Belum ada perubahan yang ketara cuma mata aku kurang lesu sedikit berbanding sebelum nie. Kalau sebelum nie, mengadap laptop lama, mata akan mula rasa pedih. Kena berhenti rehat kejap, buat kerja lain baru boleh sambung semula mengadap laptop. Tapi sekarang, mata aku okay je. Tak ada rasa pedih dan lesu biarpon 3 jam straight mengadap laptop.
Sebenarnya, bukan mereka yang rabun sahaja yang perlu mengambil MyClarity nie. Malah mereka-mereka yang senantiasa mengadap laptop, juga amat disarankan untuk mengamalkan pengambilan MyClarity nie.
- Pengguna Kanta sentuh/contact lens
- Mata yang kering dan penat
- Sering terdedah dengan penggunaan berterusan kepada peralatan elektronik
- Pemandu kenderaan yang sering memandu jarak jauh
- Sering terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan
- Rabun jauh dan dekat
- Masalah rabun malam
- Membaca atau buat kerja dekat dalam jangka masa yang panjang
Jika anda tergolong dalam golongan di atas, makanya sesuailah untuk mengamalkan pengambilan supplement MyClarity.
Nak consume MyClarity nie mudah je, hanya perlu ambil sekali sehari pada waktu pagi sebelum makan. Tinggal tuang air dan goncang sebati. Untuk dapatkan kesan yang significant, pengamal MyClarity boleh mengikut langkah-langkah atau pantang larang yang disarankan.
- Detox. Wajib detox tubuh badan sekurang-kurang 3 hari sebelum ambil MyClarity. Cara detox ialah mengambil tea detox atau Natural detox Clean Tea yang dijual di pharmacy. Ambil 2 satchet detox pagi dan malam.
- Ambil MyClarity di waktu pagi sebelum makan.
- Minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari.
- Kurangkan caffeine dan minuman bergas.
- Amalkan minum lemon water suam/panas tanpa gula untuk membantu melancarkan darah dan supaya tubuh lebih beralkali.
- Kurangkan seafood seperti kerang, udang dan sotong untuk elakkan toksin. Kurangkan juga pengambilan fastfood.
- Amalkan senaman kardio/ jogging/ treadmil untuk meningkatkan metabolisma tubuh supaya mempercepatkan penyerapan untuk kesan yang lebih efektif.
- Setiap kotak MyClarity mengandungi 20 satchet untuk penggunaan 1 bulan. Ambil MyClarity pada setiap hari dan rehat pada hari minggu, hari Sabtu dan Ahad.
Bila baca arahan pengambilan MyClarity nie, baru aku tahu pengguna tak perlu ambil MyClarity pada hari Sabtu dan Ahad. Patutlah cuma ada 20 sachet je dalam kotak tu. Awalnya aku sedikit runsing. Satu kotak untuk satu bulan, tapi cuma ada 20 sachet sahaja. Bila baca arahan pengambilan tu barulah aku faham.
Untuk mereka yang mempunyai penyakit berikut, sangat-sangatlah sesuai untuk mengamalkan MyClarity nie.
- Glaukoma/Katarak awal : Dinasihatkan untuk mengamalkan MyClarity sekuarang-kurangnya 6 bulan.
- Rabun jauh/dekat : Amalkan MyClarity 1 tahun untuk kesan yang lebih efektif dan tahan lama.
- Diabetic Retinopathy dan Hypertensive Retinopathy : Amalkan MyClarity 1 tahun untuk kesan yang lebih efektif dan tahan lama
- Asthenopia/mata kering/rabun malam dan lain-lain masalah mata : Selepas simptom berkurang dan masalah mata selesai, anda boleh terus amalkan MyClarity untuk mengekalkan efek positif dan sebagai prevention/mengelakkan dari penyakit mata yang lain.
Jom kita amalkan MyClarity untuk menjaga kesihatan penglihatan mata kita agar dapat berfungsi dengan maksima dan sihat sehingga di hari tua. Sesungguhnya nikmat mata yang Allah beri pada kita tidak ternilai harganya. Marilah sama-sama kita menjaga pinjaman tuhan yang paling berharga ini.
Info lanjut mengenai MyClarity :
Instagram : https://www.instagram.com/myclarityhq/
Facebook : https://www.facebook.com/myclarity/
Elok sangat la consume MyClarity ni. Sis pun rabun jauh tapi tak teruk lah. Rasa dia ada cam Ribena?
ReplyDeleteribena mcm lebih masam sikit tp yg nie just nice. balance dgn manis dia
DeleteAkak nak cubalah nanti. Macam best. Siap bg shaker ke tu? Sedondon warna purple. Selalu bab penjagaan mata, memang jarang la cari suplimen khas kan. Tq share Zharif.
ReplyDeleteaah dapat sekali dgn shaker. yes ! sy pon jarang jumpa supplement kesihatan utk mata. tu yg nak cuba tu sbb dh rabun
Deleteboleh try ni. sejak work from home mata cepat jadi letih. bagi kat mak pun okay ni.
ReplyDeleteyerr, dok mengadap laptop manjang, mata jadi penat
DeleteSis pun sekarang dah pakai spek. Masa memandu je la sb tk nampak jauh. Rimas jugakan pakai spek. Nanti nak tryla minuman ni. Buah dr keluarga beri memang bagus untuk mata dan kaya antioksidan.
ReplyDeletesamalah kita. kalau drive malam especially. mmg kena capai spec mata. hahahha
DeleteThanks bro for sharing this.. I personally think this is a good product for myself tho! I dah start pakai cermin mata sejak Darjah 6 lagi.. Huhuhu.. memang tak best pun sebab sangat leceh especially bila kita nak buat activity lasak dll.
ReplyDeletei feel you now. mmg leceh sikit bila pakai spec mata.
DeleteSaya pon rabun ni. Ada supplement untuk mata jugak rupenye.
ReplyDeleterisau jugak kalau setiap hari mengadap laptop n fon ni. rasanya masih tak perlu pakai specs lagi. boleh cuba ni utk jaga penglihatan mata
ReplyDeletePaling suka kalau jenis supplement kinuman gini, mudah nak telan dan hadam.. rasanya tentu sedap tu.. boleh cuba, sebab Sis ni rabun jauh dan silau..
ReplyDeleteKo pakai je spek, Sis uka nengok, nampak matang nauu..
bagus lah ada supplement khas untuk kesihatan mata. rasa semua orang kena makan ni kan? sebab kerja sekarang mostly semua menghadap laptop
ReplyDelete