Tuesday, March 30, 2021

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan Ramadan semakin hampir dan sudah tentu banyak promosi-promosi buffet Ramadan ditawarkan. Kali ini, aku ingin bawa korang ke buffet Ramadan yang aku kira sangat berbaloi dan boleh dipertimbangkan sekiranya ingin berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga ataupun sahabat handai. Ikuti butirannya !

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Ini merupakan kali pertama aku datang ke Restoran Rebung Chef Ismail nie dan aku sangat jatuh cinta sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran ini kerana ambience nya yang memberi 1001 nostalgia seakan-akan berada di warung-warung kampung yang klasik. Gituhhh sekali ayat aku kan. Skema ayam ke idakk ?

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Kita masih mendepani pandemik yang belum temu jalan penghujungnya. Namun tidak perlu risau, SOP di Restoran Rebung sangat diperketatkan bagi memastikan keselamatan pelanggan-pelanggan yang menikmati hidangan di sini. InsyaAllah, dengan SOP, Restoran Rebung mampu memuatkan 300 orang dalam satu masa. Kapasiti ini mengikut SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM. 
  1. Blue Room : 12 - 15 orang
  2. Red Room : 50 - 60 orang
  3. Green Room : 60 - 70 orang
  4. Yellow Room : 25 orang
  5. Stage area : 80 - 90 orang
  6. Anjung : 40 - 50 orang

Untuk buffet Ramadan di Restoran Rebung ini menawarkan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang datang berkunjung ke sini. Menurut pelanggan setia Restoran Rebung Chef Ismailnie, Daging Salai Masak Lemak Cili Api di sini sangat sedap dan merupakan hidangan signature nya setiap kali buffet Ramadan ditawarkan.

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Secara umumnya, Restoran Rebung mengetengahkan hidangan-hidangan tradisional masyarakat Melayu. Dengan bertemakan "A Touch of Heritage" pada tahun ini, aku pasti, ramai warga kota rindu akan masakan nenek dan ibu mereka di kampung. Tambah-tambah larangan merentas negeri masih berkuatkuasa. Tak perlu gusar dan tak perlu risau, boleh nikmati hidangan tradisional di Restoran Rebung kepunyaan Dato Chef Ismail ini.

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Selain itu juga, terdapat banyak kemudahan lain. Antaranya :
  • Ruang solat lelaki dan perempuan (Boleh menampung sehingga 20 orang dalam satu masa)
  • Restoran mesra OKU
  • Mempunyai lif turun naik
  • Parkir kereta yang banyak, RM4 sekali masuk (Boleh memuatkan 460 buah kereta dalam satu masa)

Untuk hidangan buffet Ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail, harganya adalah seperti yang berikut :

Dewasa : RM 84.80 nett
Kanak-kanak (5 - 11 tahun) : RM 53.00 nett

Tempoh pakej buffet Ramadan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan bermula 13 April 2021 sehingga 11 May 2021.

Buffet Ramadan 2021 : Restoran Rebung Chef Ismail

Sebarang tempahan boleh dapatkan butirannya seperti yang berikut :

Alamat : 5-2 Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur. 
Tel : 03 - 2276 3535 / 03 - 2276 2525
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com

Cepat, buat tempahan sekarang ! 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...