Assalamualaikum dan salam sejahtera
Boleh dikatakan memang hampir setiap tahun aku akan membawa keluarga aku datang berbuka puasa di Me'nate Steak Hub. Cuma tahun lalu akibat pandemik, tak dapat berbuka di sana. Tahun ini, Alhamdulillah, dengan semakin turunnya kes Covid-19 di negara kita, banyak restoran-restoran dan hotel-hotel membuka semula tawaran buffet Ramadan di tempat mereka. Tidak ketinggalan, Me'nate Steak Hub juga turut menawarkan hidangan buffet Ramadan untuk puasa tahun ini.
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Me’nate Steak Hub merupakan sebuah jenama restoran yang menawarkan steak Halal terbaik di Malaysia. Reputasinya cukup sempurna dalam menyajikan hidangan steak tiada tandingan. Alhamdulillah, tahun ini Me'nate Steak Hub berpeluang semula untuk menawarkan hidangan buffet Ramadan untuk bulan puasa pada tahun ini dengan SOP yang ketat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Buffet Ramadan kali ini menawarkan lebih 70 hidangan dari pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan. Masih mengekalkan menu steak dan makanan barat dan tempatan sebagai pilihan utama. Paling istimewa, sudah tentu Kambing Panggang Bukhari bersama Nasi Mandhi yang pasti bakal menambat pengunjung yang datang berbuka puasa di sini. Untuk penggemar hidangan tempatan, jangan risau. Juga turut disajikan adalah Nasi Tomato, Mee Soto, Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang digoreng panas dan kuih-muih tradisional.
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Harga pakej buffet Ramadan 2021 Me'nate Steak Hub
Dewasa : RM89.90
Kanak-kanak : RM49.90 (Bawah 5 tahun PERCUMA)
Untuk setiap tempahan
awal pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung
terma dan syarat. Selain itu juga, Me’nate Steak Hub ada menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak untuk pelanggan-pelanggan setia yang inginkan kelainan.
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Ouh ya, bagi mereka yang menginginkan daging premium, Me'nate juga menawarkan pakej makanan barat premium yang boleh dinikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan. Terdapat dua pakej FAMILY PLATTER, satu Set A (Premium Family Package) dan Set B (Super Premium Family Package). Kedua-dua set ini boleh dinikmati sehingga 5 ke 6 orang. Terdapat 11 menu bagi setiap hidangan FAMILY PLATTER dan hidangan pemanis mulut diberikan secara percuma dari kaunter buffet. Inilah masanya untuk anda dan keluarga menikmati hidangan daging istimewa yang premium dari Me'nate dengan tawaran harga yang sangat berbaloi.
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Untuk Ramadan kali ini, Me'nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu MeatLab yang mana ia boleh djadikan sebagai hidangan berbuka bila di rumah atau dijadikan sebagai ole-ole semasa balik ke kampung. Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Me'nate juga amat berbesar hati sekiranya mana-mana syarikat atau badan-badan korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me'nate untuk menganjurkan sebarang ebntuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim sepanjang bulan Ramadan ini. Diskaun istimewa bakal diberikan kepada mereka yang berminat.
Untuk anda yang ingin menikmati hidangan buffet Ramadan di Me'nate Steak Hub, bolehlah ke cawangan-cawangan Me'nate yang berikut :
- SETAPAK : 019 - 3911 047
- SHAH ALAM : 019 - 4771 047
- BANGI : 019 - 2611 047
- SEREMBAN : 014 - 3511 047
- MELAKA : 014 - 6040 047
- JOHOR BAHRU : 013 - 7510 347
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Untuk cawangan di Ampang, mereka hanya akan menyediakan menu istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef
bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang. Selain itu di Me’nate
Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima
hingga ke enam orang, sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar
untuk 2 orang. Untuk cawangan AMPANG : 016 - 8795 947
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi cawangan-cawangan
Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau bertanya tentang pakej yang di
sediakan.
Buffet Ramadan 2021 : Me'nate Steak Hub |
Kemudahan surau juga turut disediakan di setiap cawangan. Apa tunggu lagi ? Cepat buat tempahan sekarang untuk menikmati diskaun istimewa. Jumpa di Me'nate Ramadan ini. Hihi
No comments:
Post a Comment