Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk perkongsian kali ini, agak berbeza sedikit. Kalau sebelum ini aku berkongsi mengenai pakej buffet Ramadan, tapi kali ini aku nak berkongsi set Ramadan pulak. Untuk set Ramadan yang aku nak kongsi kali ini ialah set Ramadan di Ombak Kitchen. Ikuti butirannya.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Agak teruja untuk berbuka puasa di sini setelah sekian lama tidak makan makanan yang berkonsepkan shellout. Namun ini bukanlah kali pertama aku berkunjung ke Ombak Kitchen kerana sudah pernah makan di Ombak Kitchen cawangan Bukit Jelutong sebelum ini. Sebab itu aku sangat teruja kerana aku tahu betapa sedapnya hidangan shellout di sini.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Kunjunganku ke Ombak Kitchen kali ini di cawangan Bangsar. Dinasihatkan sekiranya kalian bercadang untuk berbuka puasa di sini supaya membuat tempahan terlebih dahulu akibat ruangnya yang agak terhad. Ombak Kitchen cawangan Bangsar agak sedikit kecil berbanding cawangannya di Bukit Jelutong. Namun begitu, ruangan parkir agak cukup luas dan banyak. Tak perlu nak berebut-rebut.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Sempena bulan Ramadan ini, Ombak Kitchen mengadakan promosi set Ramadan yang diberi nama Iftar Ramadan Seafood Cajun untuk penggemar makanan laut di luar sana. Cukup terkenal dengan jolokan "Best Cajun Seafood Restaurant in Town", ini adalah peluang terbaik untuk kalian merasai hidangan makanan laut yang fresh beserta sos cajun-nya yang sedap.
Berikut merupakan senarai harga set Ramadan 2021 di Ombak Kitchen.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Set Shifaa RM199.00++ (2-3 pax)
Appetizer: Satay ayam, Lamb Shawarma, Bebola daging
Combo seafood: Udang XL, Baby lobster, Scallop shell on, Clam Hamaguri, kentang, jagung, Sosej keju, Nasi.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Set Najwa RM399.00++ (4-5 pax)
Appetizer: Satay ayam, Lamb Shawarma, Bebola daging, Tiram bakar.
Combo seafood: Ketam XL (2 ekor), Udang XL, Scallop shell on, Clam Hamaguri, Blue mussel, kentang, jagung, Sosej keju, Nasi.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Set Alisha RM599.00++ (6-7 pax)
Appetizer: Satay ayam, Lamb Shawarma, Bebola daging, Tiram bakar.
Combo seafood: Alaskan King Crab, Ketam XL (3 ekor), Udang XL, Scallop shell on, Clam Hamaguri, Blue mussel, Sotong, kentang, jagung, Sosej keju, Nasi.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Sekiranya rasa tidak cukup, korang juga boleh tambah makanan laut yang ingin ditambah :
- Ketam UP Gred H7 RM49.90++
- Ketam Gred H7 RM79.90++
- Canadian Red Lobster RM119.90++
- Alaskan King Crab RM199.00++
Untuk set Ramadan Ombak KItchen ini, ia didatangkan sekali dengan hidangan pencuci mulut dan minuman secara buffet yang mana pelanggan boleh nikmatinya secara berterusan (free flow). Untuk pilihan pencuci mulut, terdapatnya kuih-muih tradisional, buah-buahan, kek dan macam-macam lagi. Manakala untuk air, biasanya akan dihidangkan beberapa pilihan air berperisa sebagai pilihan.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Untuk berbuka puasa kali ini, aku dan rakan-rakan memilih untuk menikmati Set Shifaa. Sesuai untuk dimakan oleh 2-3 orang. Pada mulanya rasa macam tidak cukup untuk kami berkongsi sehinggakan kami tambah lagi satus et. Namun tanggapan kami meleset apabila kami sudah cukup kenyang setelah menghabiskan set pertama itu. Hahahaha.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Tapi tetap dapat habiskan set kedua yang di-order sebab kami semua nie memang hantu makanan laut.
Untuk Set Shifaa nie, akan dapat 3 hidangan pembuka selera iaitu Chicken Satay, Lamb Shawarma dan juga Beef Meatball. Tapi sebab kami nak cuba Baked Oyster tu, jadi kami add on Baked Oyster.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Untuk hidangan utama, Set Shifaa akan mendapat udang extra large, baby lobster, scallop, blue mussel, clam hamaguri, kentang, potongan jagung cheese sausage dan juga nasi. Tapi masa kitorang berbuka di sini, tak ada baby lobster dan juga cheese sausage tu. Maybe dorang tukarkan kepada sotong dan juga tambahkan bilangan isi-isi lain kot. Tak apa, kalau korang datang and order korang tidak seperti di dalam poster, korang boleh tanya mereka.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Itulah lebih kurang apa yang korang akan dapat sekiranya megambil Set Shifaa nie. Kalau ambil set lain, lebih meriah dari segi isinya dan juga kuantitinya. Ikutlah bajet korang berapa dan berapa ramai pax. Apa-apa pon, memang sangat-sangat kenyang dan puas hati. Sesekali perut minta buka puasa makanan laut, kita layankan aje.
Kalau korang bercadang untuk berbuka puasa dekat Ombak Kitchen, bolehlah pergi ke cawangan Ombak Kitchen yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Pastikan korang menghubungi cawangan tu terlebih dahulu untuk buat tempahan, takut kalau korang walk in, tempat penuh, dah kempunan nanti.
Iftar Ramadan Seafood Cajun : Ombak Kitchen |
Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2, Lucky Garden 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel atau Whatsapp : 010 - 240 5946
Ombak Kitchen Bukit Jelutong
No.5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar, U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel atau Whatsapp : 010 - 220 5946
Waktu operasi :
3PM - 6PM (Khas untuk delivery)
Dine-in berbuka : 6PM hingga restoran tutup, 10.30PM
Website : www.ombakkitchen.my
Instagram : www.instagram.com/ombakkitchen
Facebook : www.facebook.com/ombakkitchen
No comments:
Post a Comment